Posts

Showing posts from June, 2016

Serangan Di Lapangan Terbang Istanbul Tindakan Amat Dikesali - Ahmad Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan pengebom bunuh diri di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul semalam amatlah dikesali dan harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh masyarakat antarabangsa. Menurut laporan dari Turki, keganasan itu mengorbankan 41 orang dan lebih 230 orang lagi cedera.

Bekas Menteri Kembali Ke Kabinet, Timbalan Menteri Naik Pangkat, Husni Berhenti

Image
Bekas menteri dan seorang timbalan menteri dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan dan penyusunan semula Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Ketika membuat pengumuman itu dalam sidang media di sini, Najib turut memaklumkan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhasrat menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi, selain akan menyusun semula tugas menteri-menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Hidupkan malam terakhir Ramadan mengejar Lailatul Qadar - PM

Image
Datuk Seri Najib Razak mengajak umat Islam menghidupkan malam terakhir Ramadan dengan beribadah dan berdoa agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar. Perdana Menteri berkata, di penghujung Ramadan atau lebih tepat lagi pada 10 malam terakhir, terdapat satu malam dinamakan Lailatul Qadar seperti dinyatakan dalam surah al-Qadar.

Saya juga pernah jadi tahanan ISA -Ahmad Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini akan berkongsi dengan penonton Astro Awani mengenai pengalaman hidupnya termasuk sebagai seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menerusi segmen 'ObvioUsly Harith Iskander (OHI)'. Rancangan bual bicara bersahaja itu akan turut mengupas pengalaman Ahmad Zahid sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan.

Jangan Sebarkan Rahsia Kerajaan Kepada Pihak Luar

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan penjawat awam agar menjaga rahsia kerajaan daripada disebarkan kepada pihak luar sebagaimana janji yang dibuat ketika mula berkhidmat. Katanya walaupun terdapat penguatkuasaan dari segi undang-undang bagi mengekang perkara itu daripada berlaku, individu itu sendiri haruslah mempunyai rasa bertanggungjawab pada diri sendiri dan menguatkuasakannya sendiri pada diri masing-masing.

Demam Tidak Halang Ahmad Zahid Kotakan Janji Demi Rakyat

Image
Walaupun tidak sihat, namun demi janji kepada penduduk Parlimen Bagan Datoh, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap gigih menghadiri Majlis Tadarus al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh. Ahmad Zahid yang tiba kira-kira 11.15 pagi dengan berjubah putih turut menyertai bacaan tadarus bersama 1,245 peserta dari seluruh kawasan Bagan Datoh.

Ketepikan perbezaan demi kemakmuran negara - TPM

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam di negara ini mengetepikan perbezaan pendapat dan politik demi kemakmuran negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun umat Islam di negara ini mempunyai latar belakang dan pendirian politik berbeza, matlamat mereka adalah sama iaitu memastikan kesyumulan Islam, perpaduan ummah serta berada dalam negara yang diredai Allah.

Badan Korporat Perlu Bantu Golongan Tidak Bernasib Baik

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu badan korporat menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan tidak bernasib baik. Beliau berkata harta yang dimiliki wajar dikongsi bersama, namun pemberian tersebut perlulah dihulurkan secara ikhlas.

PATI Dinasihat Dapatkan Dokumen Perjalanan Sah Untuk Pulang Beraya - Ahmad Zahid

Image
Semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia diminta pergi ke kedutaan masing-masing di negara ini untuk mendapatkan dokumen perjalanan sementara serta merta bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal meraikan Aidilfitri. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati semua PATI supaya tidak menggunakan tekong atau ejen tidak sah kerana ia boleh membahayakan nyawa mereka.

TPM Ahmad Zahid Harap Agensi Penguatkuasaan Fahami Tugas Media

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agensi-agensi penguatkuasaan memahami tugas media, yang antara lainnya bertujuan memberi kesedaran mengenai agensi berkenaan kepada masyarakat. Sambil meminta laporan mengenai sesebuah agensi penguatkuasaan tidak disalahertikan, beliau berkata dalam dunia tanpa sempadan kini, media berperanan memberi liputan dan pendedahan mengenai agensi penguatkuasaan.

Ternyata Calon BN Produk Kepimpinan Pilihan Rakyat DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

Pemilihan calon yang diputuskan oleh kepimpinana parti Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar membuktikan produk kepimpinan yang terbaik untuk rakyat. Demikian yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui bahawa perkara tersebut menjadi salah satu faktor melakarkan kemenangan BN di parlimen ini.

1,000 Berbuka Puasa Bersama Zahid

Image
Hampir 1,000 orang menghadiri Program Penerapan Nilai Murni Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Sri Satria, di sini, hari ini. Majlis turut dihadiri isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Parlimen serta pemimpin UMNO.

Gerak Kerja Tersusun, Perpaduan Jentera Antara Faktor Kemenangan BN

Image
Gerak kerja tersusun dan perpaduan kukuh jentera Barisan Nasional (BN) adalah antara faktor yang membawa kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Selangor. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun berdepan banyak kepayahan dan halangan namun, dengan kerjasama semua jentera parti di setiap peringkat, ia akhirnya membuahkan hasil buat BN.

Mastura bertekad teruskan perjuangan suami

Image
Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baharu, Datin Mastura Mohd Yazid melahirkan rasa syukur atas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, sebentar tadi. Beliau juga bertekad meneruskan perjuangan suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

PRK: BN pertahan kerusi Sungai Besar

Image
Seperti dijangkakan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) malam ini. Budiman Mohd Zohdi menerima 16,800 undi dengan undi majoriti sebanyak 9,191 mengalahkan dua lagi calon Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur (Parti Amanah Negara).

BN perlu pastikan semua pengundi putih keluar mengundi

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa jentera Barisan Nasional (BN) untuk memastikan semua pengundi, terutama pengundi putih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar esok. Timbalan Perdana Menteri berkata, jika hujan sekali pun pada hari pengundian, ia bukan alasan untuk jentera parti kerana kereta yang cukup sudah disediakan bagi tujuan berkenaan.

Pindaan Akta Kanak-kanak Harus Diwartakan Segera

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak 2015 yang diluluskan dapat diwartakan segera. Beliau berkata ini penting bagi menghalang kes penderaan dan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak seperti pedofilia terus meningkat di negara ini.

Kerajaan Tak Terbabit Bawa Masuk Pekerja Asing

Image
Kerajaan tidak terbabit dalam urusan membawa masuk pekerja asing ke negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sebaliknya, beliau berkata, urusan itu dilakukan oleh syarikat dan majikan yang memerlukan pekerja asing, manakala pihak kerajaan hanya memberi kelulusan pengambilan masuk pekerja asing berdasarkan keperluan oleh industri-industri dan syarat-syarat perundangan yang ketat.

Tiada Wang Tebusan Dibayar Untuk Pembebasan Empat Rakyat Malaysia

Image
Tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina, demikian tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, mengesahkan wang sebanyak RM12 juta diserahkan pihak keluarga mangsa kepada pasukan ke-selamatan yang mengendalikan kes berkenaan di Sandakan, Sabah itu, namun ia tidak berada dalam simpanan polis.

Pengundi Atas Pagar Diminta Tidak Terpengaruh Dakyah Pembangkang

Image
Pengundi atas pagar di Kuala Kangsar dinasihat supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) di sini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata pihak pembangkang pastinya akan melakukan pelbagai percubaan pada hari-hari terakhir kempen untuk menggoyahkan sokongan dan dukungan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN).

4 Lagi Nelayan Malaysia Dibebaskan

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan empat lagi nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dibebaskan kerajaan negara itu. Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka dijangka tiba di negara ini bersama dua lagi nelayan dari Sekinchan, Selangor, yang mendapat pengampunan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Dua Nelayan Sekinchan Dibebas Dan Dibawa Pulang Esok

Image
Dua nelayan di Sekinchan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai menceroboh perairan negara itu, akan dibebaskan dan dibawa pulang esok. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi telah menandatangani surat pengampunan terhadap nelayan berkenaan, Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong.

TPM Akan Kemuka Cadangan Pembangunan Lembah Bernam Kepada Kabinet

Image
Kawasan Lembah Bernam berpotensi dijadikan kawasan pembangunan baharu yang dikenali sebagai Kawasan Kemajuan Lembah Bernam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan Pusat memandangkan kawasan yang merangkumi Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam di Selangor serta sekitar Tanjung Malim dan Bagan Datoh di Perak mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

Terjemahkan Sokongan Bagi Jayakan Kelangsungan Pembangunan

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penduduk Kuala Kangsar perlu menterjemahkan sokongan mereka menerusi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bagi meneruskan kelangsungan pembangunan di kawasan itu. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengumumkan pelbagai projek pembangunan di kawasan itu, dan sokongan kepada calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, pastinya melicinkan lagi pelbagai projek yang telah dirancang.

Sentiasa Imarahkan Masjid

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta umat Islam sentiasa mengimarahkan masjid, bukan sekadar pada bulan Ramadan sahaja, tetapi perlu diteruskan sepanjang tahun. Beliau berkata pengisian pelbagai program yang bertumpu di masjid-masjid seperti di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Selangor yang akan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu misalnya, perlu diteruskan sepanjang tahun.

Kemenangan BN Beri Peluang Kerajaan Majukan Kuala Kangsar

Image
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar akan memberi peluang kepada kerajaan untuk membawa lebih banyak pembangunan di kawasan itu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menerusi kemenangan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid itu nanti, ia membolehkan usaha menyambung legasi perjuangan arwah suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga penyandang kerusi berkenaan.

PRK Kuala Kangsar Dan Sungai Besar Paling Aman Dalam Sejarah

Image
Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar, Selangor setakat ini adalah yang paling aman dalam sejarah PRK negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata walaupun ada PRK yang pernah diadakan pada bulan Ramadan, namun ia berbeza dengan kempen di sini dan Sungai Besar.

MRSM Kedua Untuk Anak Polis Bakal Dibina Di Perak Tahun Ini

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak khusus untuk anak-anak anggota polis. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata MRSM itu merupakan yang kedua seumpamanya selepas yang pertama di Kulim, Kedah, bagi menempatkan anak-anak anggota polis yang layak dari seluruh negara.

2,630 Bot Nelayan Diberi Unit AIS Secara Percuma

Image
Kerajaan membekalkan alat Sistem Pengesanan Automatik (AIS) secara percuma kepada 2,630 bot pukat tunda Zon B dan C di seluruh negara bagi mempertahankan hak nelayan jika mereka didakwa menceroboh kawasan perairan negara jiran. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem berteknologi tinggi dari Jerman itu dapat memastikan keselamatan nelayan termasuk mencegah daripada menceroboh kawasan perairan negara jiran.

Kes Rogol Pulau Tioman, Tiada Yang Akan Terlepas

Image
Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya akan memastikan tiada sebarang unsur 'cover up' dalam kes-kes jenayah yang membabitkan pegawai kerajaan, termasuk dalam kes seorang gadis yang didakwa dirogol dan didera secara seksual di Pulau Tioman. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan tiada sesiapa yang akan terlepas dari dikenakan tindakan sekiranya terdapat bukti jelas mereka melakukan jenayah.

UMNO Kesal Dengan Kempen Tun Dr Mahathir

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan terpengaruh dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen menentang calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kedua-dua kawasan Parlimen itu. Timbalan Perdana Menteri itu percaya pengundi telah menetapkan hati dan jiwa masing-masing terhadap BN dan tidak akan terpengaruh dengan sebarang kenyataan bekas perdana menteri itu.

TPM ziarah jenazah anggota RELA maut nahas

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini menziarahi jenazah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang maut dalam kemalangan petang tadi. Zainol Fuad Zahar, 52, yang sudah lima tahun menjadi anggota pasukan itu maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kuala Kangsar - Manong dekat Kampung Ketior, kira-kira jam 6 petang tadi. Mangsa adalah anggota RELA yang bertugas membuka pintu kenderaan Ahmad Zahid ketika tiba di Manong untuk program RELA Bersama Pemimpin petang tadi.

TPM Ahmad Zahid Lawat Pusat Media PRK Kuala Kangsar

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa beramah mesra dengan warga media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar. Beliau yang tiba pukul 4.45 petang, meluangkan masa selama setengah jam meninjau operasi di pusat berkenaan, selain turut beramah mesra dengan pengamal media yang membuat liputan pada PRK itu.

Elak Sentuh Isu Agama Dan Kaum Dalam Kempen PRK

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pemimpin parti politik tidak menyentuh isu agama dan kaum dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi memelihara keharmonian masyarakat pelbagai bangsa di negara ini. Timbalan Perdana Menteri berkata pemimpin politik sendiri sepatutnya lebih bertanggungjawab dan beretika supaya isu-isu sensitif berkaitan agama dan kaum tidak dibangkitkan.

Mungkin Wujud Kempen 'Reverse Psychology' Untuk Benci BN

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan wujudnya kempen berbentuk 'reverse psychology' untuk memburukkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. Naib Presiden BN itu menjelaskan 'reverse psychology' bermakna seseorang itu seolah-olah memberi pujian kepada BN tetapi sebenarnya menimbulkan kebencian terhadap parti itu.

Umat Islam Diseru Beri Imej Baik Terhadap Islam

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan umat Islam agar memberi gambaran baik terhadap Islam kepada golongan bukan Islam bagi menghakis fenomena Islamofobia. Timbalan Perdana Menteri menyeru umat Islam agar memberi gambaran baik dengan menjaga keharmonian beragama dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

Kerajaan Komited Sedia Rumah Untuk Rakyat

Image
Kerajaan komited untuk melihat setiap rakyat di negara ini mempunyai rumah sendiri termasuk mereka yang kurang kemampuan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata golongan kurang berkemampuan di bandar khususnya turut tidak dipinggirkan apabila kerajaan membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) untuk keselesaan mereka.

TPM Ahmad Zahid Luangkan Masa Tinjau Bazar Ramadan Di Kuala Kangsar

Image
Walaupun sibuk dengan jadual yang padat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini tidak melepaskan peluang menyertai orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan di Arena Square di sini. Beliau tiba di bazar itu pada 5.20 petang dan meluangkan masa kira-kira 40 minit meninjau bazar tersebut sambil membeli pelbagai juadah berbuka puasa.

Saya Harap Nizar Bertaubat, Kata Ahmad Zahid

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertaubat apabila menggunakan nama 'Allah' dalam membuat pelbagai dakwaan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO itu berkata Mohammad Nizar sepatutnya berubah dan bermuhasabah diri kepada Allah apabila tidak lagi menjadi menteri besar.

Mastura Calon Terbaik Wakili BN

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Datin Mastura Mohd Yazid adalah calon terbaik ditampilkan bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar. Beliau berkata Mastura, 55, balu kepada penyandang kerusi Parlimen itu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad adalah individu paling sesuai sehingga tiada faktor luaran yang mampu menolak kejituannya.

Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Menteri Keselamatan Awam Vietnam

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Awam Vietnam, Senior Leftenan Jeneral To Lam, di pejabatnya di Perdana Putra, di sini. To Lam yang dilantik ke jawatan itu pada April lepas, sedang dalam rangka lawatan ke negara-negara ASEAN dengan Malaysia adalah negara pertama yang dikunjunginya.

BN Tidak Minat Layan Kerenah Pembangkang

Image
Barisan Nasional (BN) tidak berminat melayan kerenah serta masalah dalaman pakatan pembangkang yang telah banyak menimbulkan masalah kepada rakyat negeri ini sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang bermula hari ini. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, BN sebaliknya lebih berminat untuk mendekati dan memahami keperluan rakyat sekali gus mencari jalan merungkai permasalahan yang dihadapi mereka.

Bekas Tentera Zaman Jepun Terima Kunjungan TPM Ahmad Zahid

Image
Seorang bekas tentera pada zaman Jepun, Sabran Asfar tidak menyangka menerima kunjungan tetamu istimewa di rumahnya hari ini. Kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke rumah Sabran, 97, di Kampung Sri Sentosa di Sekinchan di sini, nyata menceriakan warga emas itu yang kematian isterinya lapan tahun lepas.

AIM Bantu Banyak Keluarga Keluar Daripada Garis Kemiskinan

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah berjaya membantu banyak keluarga keluar daripada garis kemiskinan, sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Timbalan Perdana Menteri berkata sejak ditubuhkan 29 tahun lalu, AIM berjaya mencapai objektifnya dalam menyediakan pembiayaan kredit mikro kepada golongan miskin untuk mengusahakan pelbagai kegiatan ekonomi.

BN Guna Pendekatan Dekati Jiwa, Minda Pengundi

Image
Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan mendekati jiwa dan minda pengundi dalam usaha memenangi undi mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN tidak berasa riak dan takbur dalam pertandingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Ahmad Zahid Harapkan Kematangan Politik Dalam Kempen Dua PRK

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap parti yang bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) dapat terus mengekalkan kematangan politik semasa berkempen sepertimana dipaparkan pada proses penamaan calon hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata kematangan politik itu dapat dilihat berdasarkan suasana tenang dan keharmonian yang ditunjukkan antara penyokong dan calon parti-parti bertanding ketika proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak.

Budiman Serasi Dengan Penduduk Setempat

Image
Meskipun menganggap dirinya sebagai calon 'underdog', Budiman Mohd Zohdi, calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, cukup dikenali dan serasi dengan penduduk di kawasan itu. Ini kerana, beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Panjang yang berada di bawah Parlimen berkenaan selain Sekinchan.

Proses Penamaan Calon PRK Sungai Besar Ditutup Pada 10 Pagi

Image
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang diadakan di Dewan Seri Bernam di sini, ditutup pada 10 pagi. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan proses penamaan ditutup dan dijangka mengumumkan senarai calon rasmi yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar selepas ini.

Siasatan Kematian Menantu TPM Dijangka Selesai Satu Atau Dua Minggu

Image
Siasatan terhadap kes kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi dijangka selesai antara satu dan dua minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Beliau berkata siasatan itu meliputi semua aspek profesionalisme perubatan, termasuk amalan dijalankan serta pengamal perubatan bertugas ketika rawatan diberikan kepada mangsa.

Siasatan Kes Kematian Menantu TPM Sedang Dijalankan - Dr Subramaniam

Image
Siasatan terhadap kes menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar semalam, sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kematian dan beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Kunjungan Ahmad Zahid Ke Jepun Buka Laluan Kerjasama Lebih Erat Bangun Industri Halal

Image
Lawatan rasmi pertama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Jepun minggu lepas atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan sahaja mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala yang telah lama terjalin tetapi juga membuka laluan bagi kerjasama dalam bahagian pertumbuhan baharu terutamanya industri halal. Banyak yang boleh ditawarkan Malaysia kepada Jepun dari segi pengalaman negara dalam mengeluarkan barangan dan perkhidmatan halal memandangkan jangkaan kedatangan lebih sejuta pelancong dan atlit beragama Islam ke Jepun apabila Tokyo menjadi tuan rumah kejohanan Olimpik 2020.