Posts

Showing posts from July, 2017

Rakyat menyampah pemimpin pentingkan kekayaan

Image
KUALA LANGAT - Rakyat menyampah dengan sikap segelintir wakil rakyat UMNO yang ghairah mengaut kekayaan untuk diri sendiri, berbanding berjuang membela rakyat. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata wakil rakyat itu sebelum ini hidup susah serta menggunakan kereta murah, namun hidupnya berubah sekelip mata menjadi kaya.

Masa terbaik runtuhkan empayar DAP - Zahid

Image
MELAKA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inilah waktu terbaik semua jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bersatu meruntuhkan kubu pembangkang yang diketuai DAP. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden berkata, tempoh dua penggal pembangkang memberi pelbagai janji palsu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan Ke-13 sudah berlalu, dan mandat sebenarnya harus dikembalikan kepada BN.

Pinggan tak retak, nasi tak dingin - Zahid

Image
MELAKA - Penegasan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk tidak kembali kepada UMNO dialu-alukan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden itu berkata, UMNO juga tidak akan sesekali menerima kembali bekas pemimpin yang gila talak yang hanya mahu kekal berkuasa.

Jangan cuba lobi jadi calon PRU-14: Zahid

Image
AYER KEROH - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin UMNO di semua peringkat supaya tidak melobi untuk dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu, sebaliknya berkata, beliau bersama Datuk Seri Najib Razak sudah mempunyai maklumat individu yang sesuai untuk diangkat sebagai calon.

Tangani Isu Integriti Di Semua Pintu Masuk Negara - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Isu integriti pegawai dan anggota yang bertugas di semua pintu masuk sempadan negara perlu ditangani dengan sewajarnya agar tidak menjejaskan imej dan menimbulkan prasangka negatif terhadap usaha penguatkuasaan yang dilaksanakan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata perkara itu adalah antara syor yang dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Mengenai Keselamatan ICQS (Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan) Bukit Kayu Hitam, Kedah, yang dipengerusikannya di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

RM2 juta baiki Pasar Gantung Tawau

Image
TAWAU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan RM2 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina semula gerai Pasar Gantung Tawau yang musnah dalam kebakaran pada 14 Julai lalu. Timbalan Perdana Menteri turut mengarahkan pembangunan semula itu dilaksanakan segera bagi membolehkan peniaga di pasar terbabit kembali mencari rezeki.

Sasar bina 500,000 rumah di tapak kumbahan

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 500,000 unit perumahan awam akan dibina di tapak kumbahan menggunakan teknologi moden dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Timbalan Perdana Menteri berkata, kediaman berkenaan dibina menerusi kerjasama pintar kerajaan menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan sebuah syarikat swasta. Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perumahan tidak mengumumkan syarikat berkenaan.

TPM Ucap Tahniah Kejayaan Jun Hoong Lakar Sejarah

Image
Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan Cheong Jun Hoong sebagai kebanggaan negara dengan melakar sejarah, menjadi atlet Malaysia pertama meraih pingat emas pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary pada Rabu (Khamis di Malaysia). "Tahniah #cheongjunhoong juara dunia acara 10m platform wanita. Sejarah tercipta dan menjadi kebanggaan negara .Terima kasih atlet negara," katanya dalam laman Twitter beliau. Penerjun berusia 27 tahun berasal dari Perak itu, yang merupakan gandingan Pandelela Rinong meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat 397.50 mata dalam acara 10m platform individu wanita. Bekas juara dunia, Si Yajie dari China, memenangi pingat perak dengan catatan 396.00 mata, manakala rakan sepasukannya, Ren Qian, yang meraih pingat emas Sukan Olimpik 2016 di Rio, menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengumpul 391.95 mata, menurut laman web rasmi Fina; www.fina.org.

TPM Ahmad Zahid Meriahkan Rumah Terbuka KBS

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Axiata Arena, Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Bukit Jalil. Beliau yang tiba pada pukul 6.30 petang disambut oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan meluangkan masa kira-kira setengah jam di majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 tetamu itu.

Dasar Keselamatan Negara diperkasa - PM

Image
PUTRAJAYA - Dasar Keselamatan Negara akan menjadi dasar payung dan rujukan kepada dasar sedia ada berkaitan keselamatan negara termasuk Dasar Keselamatan Dalam Negeri dan Dasar Pertahanan Negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Dasar Keselamatan Negara yang digubal selaras dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 menetapkan sembilan Nilai Teras Negara yang perlu dipertahankan melalui 20 strategi utama.

Peserta Parlimen Mahasiswa Boleh Diangkat Jadi Calon - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Peserta Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017 boleh diangkat menjadi calon pilihan raya berdasarkan kualiti perbahasan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata berdasarkan pemerhatiannya, pada persidangan kali ketiga ini, peserta berjaya mempamerkan perbahasan yang baik dengan intipati yang berkualiti.

Jangan kacau politik, pembangunan Bagan Datuk: TPM

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan penduduk Bagan Datuk yang dahagakan pembangunan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan perpaduan dalam kalangan penduduk Melayu, Cina dan India perlu diperkukuhkan agar lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan di daerah itu.

Jaga disiplin ketika di Tanah Suci - TPM

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bakal jemaah haji supaya menjaga disiplin diri sepanjang berada di Tanah Suci ketika menunaikan rukun Islam kelima itu. Timbalan Perdana Menteri berkata, jemaah haji Malaysia sudah diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai yang terbaik di dunia dan ia perlu terus dipertahankan.

Pil Kuda: Malaysia, Thailand Jalin Kerjasama

Image
KUCHING: Malaysia dan Thailand menjalinkan kerjasama dalam memerangi kegiatan penyeludupan dadah, terutama pil kuda yang semakin berleluasa di Kelantan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelbagai modus operandi digunakan sindiket berkenaan termasuk melalui jalan gajah dan jalan tikus di kawasan sempadan, selain kawasan perairan di negeri berkenaan, khususnya Sungai Golok.

KDN Perhalusi Isu Kerakyatan ADUN Pujut

Image
KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperhalusi isu kewarganegaraan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah seterusnya bakal diperincikan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah membatalkan pemecatan wakil rakyat pembangkang itu sebelum ini berhubung isu pemilikan dua kerakyatan.

Tetapkan KPI Sekat Kemasukan Dadah di Sempadan

Image
KUCHING - Polis Kelantan diarah meningkatkan usaha membanteras gejala penyeludupan dadah dari negara jiran, terutama dalam aspek siasatan dan pengawasan 'jalan-jalan tikus' di sekitar kawasan sempadan negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sendiri telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu buat Ketua Polis Kelantan, untuk mengambil tindakan bagi menyekat kemasukan bahan terlarang itu ke dalam negara dengan lebih drastik.