Posts

Showing posts from February, 2017

10 perwakilan Malaysia baharu buat kunjungan ke atas Timbalan Perdana Menteri

Image
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan seramai 10 ketua perwakilan Malaysia yang baharu di Pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di sini. Daripada 10 ketua perwakilan itu, sembilan dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu, Iran, Hungary, Ireland, Laos, Kazakhstan, Argentina, Baharin, manakala seorang lagi sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India. 

Profesion Kewartawanan Harus Diperincikan

Image
BANDUNG - Profesion wartawan mesti diperincikan sebagai satu bentuk peraturan diri, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam Beliau berkata, adalah perlu bagi mentakrifkan semula wartawan dan penulis media supaya soalan seperti siapa yang layak menjadi wartawan boleh ditangani secara serius. "Jika sekarang sesiapa saja boleh menulis dan mempunyai kemudahan mewujudkan kredibiliti, kuasa dan kebenaran, maka profesion kewartawanan harus memberi tumpuan untuk membincangkan kebenaran dan manifestasinya.

TPM mahu SAM bantu jayakan TN50

Image
PUTRAJAYA - Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) memainkan peranan proaktif dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50) menerusi wadah penulisan sukan. Menurut Timbalan Perdana Menteri, bidang sukan antara cabang yang perlu diberi perhatian dalam TN50 dalam usaha memastikan lebih banyak kejayaan dapat dilakar negara di pentas antarabangsa menjelang tiga dekad akan datang.

Malaysia tuan rumah sidang kemuncak menangani pembiayaan pengganas 2017

Image
KUALA LUMPUR - Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Pengganas (CTF) ketiga selama empat hari mulai 20 Nov ini, manifestasi sokongan dan komitmen negara dalam menangani pembiayaan untuk pengganas dan keganasan. Sidang kemuncak CTF sebelum ini dianjurkan dan diasaskan bersama oleh unit risikan kewangan Australia dan Indonesia. Persidangan itu pertama kali berlangsung di Sydney pada 2015 dan Bali pada 2016.

Menjaga kebajikan tahanan sebahagian daripada kejayaan deradikalisasi

Image
KUALA LUMPUR - Satu daripada aspek penting program deradikalisasi untuk pengganas ialah penekanan yang diberi terhadap kebajikan tahanan serta keluarga mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata dalam kebanyakan kes, tahanan merupakan pencari nafkah bagi keluarga, dan penahanan mereka sudah pasti menjejaskan kehidupan keluarga masing-masing.

Dialog TN50: Ekstremisme Dan Perpaduan Kaum Antara Dibahas

Image
NILAI - Isu pendidikan, ekonomi, institusi agama, perpaduan kaum dan ekstremis agama merupakan isu utama yang mendominasi Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan golongan belia, baru-baru ini. Sesi dialog itu dipengerusikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bermula 8.30 malam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan timbalan perdana menteri menjawab soalan yang diutarakan peserta.

QDF diselaras MKN, JPM bantu pelarian Rohingya

Image
PUTRAJAYA - Dana Pembangunan Qatar (QDF) akan diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi berkaitan bagi membantu 56,135 etnik Rohingya pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Mengenai Pengurusan Etnik Rohingya Pemegang Kad UNHCR di Malaysia di Perdana Putra di sini, hari ini.

Zahid: DAP Sedang Alami Krisis Kepercayaan, Rakyat Perlu Analisis

Image
LUNDU - Tindakan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang anggota Parlimen DAP Melaka keluar daripada parti itu merupakan satu manifestasi masalah dalaman dan krisis kepercayaan yang sedang dihadapi parti pembangkang itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Saya dimaklumkan tiga ADUN dan seorang Ahli Parlimen dari Melaka itu telah keluar parti," kata timbalan perdana menteri.

Jangan riak dengan kekuatan BN: TPM

Image
LUNDU - Penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus riak, takbur dan terlalu yakin dengan kekuatan parti itu sehingga membuatkan mereka lalai dan tidak keluar mengundi pada 18 Februari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sikap terlalu yakin itu hanya akan menjejaskan peluang BN untuk menang selesa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

Perlu adakan kajian jika Sabah mahukan PRN berasingan - TPM

Image
KOTA KINABALU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sekiranya kerajaan Sabah mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) secara berasingan daripada pilihan raya umum (PRU). Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN).

TPM Ahmad Zahid nafi ada peletakan jawatan menteri, nama Anifah disebut

Image
KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan dakwaan ada menteri kanan meletak jawatan sebagai satu pembohongan oleh Menteri Besar Selangor. "Saya ingin mengesahkan bahawa tidak ada sebarang peletakan jawatan oleh mana-mana menteri kanan. Saya tahu Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) merujuk status laman sosial beliau (kepada) Datuk Seri Anifah Aman (iaitu) Menteri Luar, telah meletak jawatan," katanya di sini hari ini.

Qatar Setuju Bantu Pelarian Rohingya Di Malaysia

Image
DOHA - Qatar melalui Qatar Development Fund (QDF) bersetuju untuk membantu pelarian Rohingya dari Myanmar yang berada di Malaysia. Melalui kerjasama itu, QDF akan menyalurkan bantuan kewangan, manakala Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadi penyelaras projek.

Rakyat Malaysia Dikecualikan Bayaran Visa Ke Qatar

Image
DOHA - Rakyat Malaysia yang berkunjung atau melancong ke Qatar akan dikecualikan daripada bayaran visa tidak lama lagi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata persetujuan rasmi ini diberikan secara peribadi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani selepas perkara itu dibangkitkan pada pertemuan mereka di sini.

Lesen Tempatan Untuk Rakyat Malaysia Di Qatar

Image
DOHA - Rakyat Malaysia yang tinggal di Qatar menerima berita gembira apabila lesen memandu Malaysia mereka secara automatik boleh ditukarkan kepada lesen memandu tempatan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keluhan rakyat Malaysia mengenai isu lesen memandu disampaikan kepada Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani, semalam.

Rakyat India Di Luar Negara Dikecualikan Visa Ke Malaysia, Kata TPM

Image
DOHA - Warganegara India yang kini menetap di luar negara turut menikmati faedah pengecualian visa apabila melancong dan berkunjung ke Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata keputusan Kabinet untuk mengecualikan visa kepada pelancong dari India sebelum ini sewajarnya diberikan juga kepada rakyat negara itu yang menetap di luar India dalam usaha menggandakan jumlah kemasukan pelancong kumpulan itu.

TPM hadir Majlis Santapan Malam

Image
BANDAR SERI BEGAWAN - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam hadir di Istana Qashr Al-Meezan di sini, bagi Majlis Santapan Malam dihoskan Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah. Ia sempena lawatan kerja rasmi sehari Timbalan Perdana Menteri ke Brunei. Sebelum itu, beliau mengadap Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam di istana sama. Timbalan Perdana Menteri berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 10 malam. -Berita Harian