Posts

Showing posts from April, 2016

Keperluan Kaum Cina Terus Diberi Perhatian

Image
Keperluan kaum Cina terus mendapat perhatian kerajaan apabila peruntukan RM500,000 disediakan bagi menaik taraf dua buah sekolah di sini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peruntukan itu akan disalurkan untuk menaik taraf kemudahan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Min dan Sekolah Kebangsaan Pujut Corner demi keselesaan pelajar.

RM743 Juta Untuk ATM Bina Jalan Di Pedalaman Sarawak

Image
Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM743 juta untuk pembinaan jalan di kawasan pedalaman seluruh Sarawak di bawah projek Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata projek itu dilaksanakan oleh Kor Jurutera ATM melibatkan jalan sepanjang 1,223km.

Peruntukan RM70 Juta Bina Jambatan Kampung Long Lama

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan RM70 juta bagi pembinaan jambatan di Kampung Long Lama, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan. Beliau sebelum itu menggunakan feri yang digunakan penduduk sebagai pengangkutan untuk berulang-alik di dua kawasan di kampung itu yang dipisahkan oleh Sungai Baram.

Najib, Zahid Bergerak Ke Kawasan Pendalaman

Image
MIRI, 29 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bergerak ke kawasan-kawasan pendalaman bagi menemui rakyat pada pilihan raya negeri ini. Najib akan bersama masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lawas, 260km dari sini, dan DUN Telang Usan, 130km dari sini, dengan majoriti penduduknya terdiri Orang Ulu.

Kerajaan Terbuka Kepada Cadangan Syarikat Perniagaan Mengenai Pekerja Asing

Image
Kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai pengambilan pekerja asing dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, untuk sementara kerajaan terbuka kepada cadangan dan syor daripada syarikat perniagaan mengenai perkara itu dan majikan juga meminta supaya pembekuan itu ditarik balik.

Beri pelbagai insentif majukan sektor runcit

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif dan insentif secara langsung dan tidak langsung untuk manfaat sektor peruncitan di negara ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar perniagaan peruncitan adalah kunci ekonomi moden negara dan penyumbang ekonomi keempat terbesar negara selepas industri minyak dan gas, pertanian dan pembuatan.

Kerajaan Belum Putuskan Isytihar Bukit Merah Kawasan Bencana

Image
Kerajaan belum memutuskan mengisytiharkan Bukit Merah, Perak, yang terjejas ekoran cuaca panas dan kering akibat El-Nino, sebagai kawasan bencana kerana perlu meneliti aspek perundangan dan kewangan berkaitan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Persekutuan sudah menerima permohonan daripada kerajaan negeri Perak berhubung pengisytiharan kawasan Bukit Merah sebagai kawasan bencana.

Kejayaan PNB Perlu Dijadikan Penanda Aras Syarikat Agensi Amanah

Image
Kejayaan yang dicapai Permodalan Nasional Bhd (PNB) perlu dijadikan penanda aras kepada syarikat agensi amanah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata syarikat agensi amanah perlu mencontohi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara perniagaan yang dilaksanakan PNB.

NTP Hasilkan Inisiatif Bermanfaat Kepada Rakyat

Image
Program Transformasi Negara (NTP) yang dilaksanakan kerajaan telah menghasilkan inisiatif bermanfaat secara mapan dan inklusif demi menentukan tiada rakyat yang tertinggal dalam usaha negara mencapai status berpendapatan tinggi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu memerlukan keberanian dan azam dan ketika Malaysia memasuki tempoh lima tahun terakhir menuju status negara maju menjelang 2020, kerajaan terus cekal untuk menentukan kita sampai di garisan penamat.

Calon Langsung BN Adalah Formula Unik

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan formula meletakkan calon langsung BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) adalah unik demi kepentingan rakyat negeri ini. Beliau berkata formula Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem itu telah mewujudkan sikap toleransi dan semangat setiakawan dalam kalangan parti komponen dan ia harus difahami rakyat untuk kepentingan mereka.

RM15.38 Juta Bagi Naik Taraf Jalan Ulu Krian

Image
Kerajaan meluluskan peruntukan RM15.38 juta bagi menaik taraf Jalan Ulu Krian Fasa II sepanjang 10.25km, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Selain itu, katanya jaringan telekomunikadi di kawasan pedalaman itu akan turut dinaik taraf bagi memudahkan penduduk menikmati akses internet dengan lebih mudah.

Jangan jadikan penculikan empat rakyat Sarawak modal politik

Image
JULAU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar parti pembangkang yang mempolitikkan kes penculikan empat rakyat Sarawak di perairan Sabah. Beliau berkata, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa Filipina masih berusaha mengadakan rundingan untuk membebaskan tebusan itu.

Budaya BN Beri Perkhidmatan Terbaik, Cemerlang

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sememangnya menjadi budaya Barisan Nasional (BN) dalam memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada rakyat. Beliau berkata perjuangan BN menjurus kepada kesinambungan perkhidmatan cemerlang secara berpanjangan dalam soal memajukan kawasan luar bandar, termasuk melalui bidang pendidikan.

Isu Agihan Kerusi, Pembangkang Tidak Cekap

Image
KAPIT, 25 April - Perbalahan yang tidak berkesudahan dalam pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menunjukkan pembangkang tidak mampu menjalankan urus tadbir yang baik, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Itulah sebab parti-parti pembangkang bertelagah sesama sendiri dalam beberapa kawasan pilihan raya termasuk di luar bandar, katanya kepada pemberita selepas memberi sokongan moral kepada calon-calon BN di pusat penamaan calon Baleh, Pelagus dan Bukit Goram, pada Isnin.

Populariti Adenan Jadi Faktor Kemenangan Besar BN

Image
Bahang pilihan raya negeri yang semakin dirasai di Sarawak pada ketika ini mirip dengan pencapaian luar biasa Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2004. Ketika itu, selepas 22 tahun kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, pengundi begitu bersemangat untuk melihat perubahan dan memberi kemenangan besar kepada BN yang dipimpin oleh perdana menteri baharu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Zahid Iringi Calon BN Di DUN Baleh

Image
KAPIT: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, Tan Sri Dr James Jemut Masing ke pusat penamaan calon sebentar tadi. Mereka yang diiringi kira-kira 2,000 penyokong berarak sejauh 500 meter dari Hotel Meligai ke Dewan Suarah Kapit.

JTKSM Digesa Lebih Proaktif Salur Maklumat Peluang Pekerjaan Sektor 3D

Image
Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) supaya lebih inovatif dan proaktif untuk menyalurkan maklumat yang lebih menarik berhubung peluang pekerjaan dalam sektor 3D (bahaya, kotor dan sukar). Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad mencadangkan supaya JTKSM melakukan pengubahsuaian sistem promosi pekerjaan sektor 3D itu dengan memberi imej yang lebih baik dan berkualiti untuk menarik ramai rakyat tempatan mencari pekerjaan itu.

RTC Bukti Kerajaan Tidak Pinggir Masyarakat Luar Bandar

Image
DUNGUN - Kewujudan 10 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di seluruh negara membuktikan kerajaan tidak meminggirkan masyarakat luar bandar dalam arus pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha melakukan perimbangan dari segi pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Semangat Perpaduan Tidak Boleh Hanya Di Mulut

Image
DUNGUN - Semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin dan anggota UMNO perlu melekat dalam jiwa dan bukan hanya di mulut, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perpaduan yang menjadi penguat dalam usaha untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang juga perlu diperkukuhkan mulai sekarang dengan menyingkir persepsi negatif pihak lain.

Pemimpin Umno Dungun Zahir Solidariti Hadapi PRU-14

Image
DUNGUN - Program Himpunan Padu Rakyat Dungun di sini hari ini menyaksikan Ketua UMNO Bahagian Dungun Datuk Din Adam dan bekas ketuanya Datuk Rosli Mat Hassan menzahirkan solidariti di hadapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ia berlaku secara spontan apabila Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO menjemput Rosli naik ke pentas bagi menyatakan sokongan kepada Din dalam usaha merampas kembali tiga kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Dungun dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14)akan datang.

Tunjukkan Penghargaan Atas Perkhidmatan Terbaik Kerajaan

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah tiba masanya bagi masyarakat bandar menghargai usaha-usaha kerajaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Timbalan Perdana Menteri berkata penghargaan pada masa ini terhadap Sarawak, perlu diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang.

Tok Nan pemimpin luar biasa

Image
MUKAH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Tan Sri Adenan Satem sebagai `manusia luar biasa'. Timbalan Perdana Menteri berkata, Ketua Menteri berusia 72 tahun itu adalah pemimpin yang ringkas, mudah didekati dan memiliki jiwa rakyat yang cukup tebal.

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera: 20 kementerian capai KPI 100 peratus

Image
PUTRAJAYA: Sebanyak 20 kementerian mencapai sasaran 100 peratus bagi 98 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) bagi 2015, manakala lima lagi kementerian mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu dimaklumkan pada Mesyuarat Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan beliau di Perdana Putra di sini, hari ini.

Gajet Canggih Jejak Penyeludup Di Sempadan

Image
Di dalam perbincangan Meja Bulat Jenayah Permasalahan Sempadan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) di Kangar, baru-baru ini, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan supaya satu rangka kerja keselamatan sempadan Malaysia-Thailand dirumus bagi menangani kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia serta isu keselamatan lain di sempadan kedua-dua negara. Bahkan penemuan kubur besar di dalam kem di hutan berhampiran sempadan di Wang Kelian tahun lalu, menunjukkan pemerdagangan manusia semakin berleluasa. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan bahawa negara kerugian sehingga RM7 bilion setahun akibat masalah sempadan negara yang dibolosi, termasuk kerugian barang bersubsidi.

Kerajaan Campuran UMNO-PAS Beri Banyak Kebaikan Kepada Malaysia - Dr Zakir Naik

Image
Kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam, kata pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik. Katanya beliau bukannya mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran.

MIT Syarat Baharu Sertai PDRM

Image
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan ujian psikometrik, Malaysian Integrity Test (MIT), iaitu ujian penilaian sahsiah diri, sebagai prasyata pengambilan baru anggota PDRM mulai tahun ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ujian itu diperintiskan sejak tahun lepas dan didapati ia sesuai dengan matlamat pasukan itu bagi memastikan warga polis yang direkrut berkualiti dan berintegriti tinggi.

Perubahan Geopolitik Perlukan ASEAN Tingkat Kerjasama, Keterangkuman

Image
ASEAN kini menjadi perhatian strategik kuasa-kuasa besar dan ini memerlukan kerjasama dan keterangkuman pertahanan dan keselamatan serantau dipertingkatkan lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ASEAN perlu memainkan peranan proaktif sebagai pemacu kuasa utama dalam menghadapi cabaran ini dan pada masa sama menyesuaikan diri dengan persekitaran keselamatan yang dinamik dan sentiasa berubah.

Malaysia Sasar 15 Emas Pada ASC 2016

Image
Malaysia menyasarkan 15 pingat emas pada Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) ke-11 yang akan berlangsung dari 23 hingga 28 Sept ini di sini. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata sasaran itu boleh dicapai berasaskan prestasi Malaysia pada ASC ke-10 di Vietnam yang telah berjaya merangkul sembilan emas.

Seramai 131,841 Penagih Dikesan Sejak Januari 2010

Image
Seramai 131,841 penagih dadah dikesan dalam negara sejak Januari 2010 hingga Februari lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata menurut statistik yang dikeluarkan Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), penagih lelaki adalah seramai 127,797, manakala 4,044 orang merupakan penagih dalam kalangan wanita.

Gapena Perlu Hasilkan Lebih Banyak Karya Futuristik

Image
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) perlu menghasilkan lebih banyak karya penulisan dan sastera berbentuk futuristik yang boleh menggambarkan bentuk politik dan budaya negara di masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ia penting untuk memberi gambaran kepada generasi hari ini bagaimanakah keadaan negara selepas tahun 2020 ataupun setelah negara mencapai usia kemerdekaan 100 tahun pada 2057.

Penemuan Bom Di Damansara Perdana Tiada Kaitan Dengan Keganasan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penemuan bom buatan sendiri di sebuah kondominium di Damansara Perdana awal pagi ini tiada kaitan dengan pengganas Daesh. Beliau berkata berdasarkan siasatan awal polis, penemuan itu dipercayai lebih bermotifkan kepada aktiviti jenayah melibatkan beberapa individu dan bukan tujuan keganasan.

Terima Hakikat, Penjelasan Derma RM2.6 Bilion

Image
Semua pihak perlu menerima penjelasan mengenai derma RM2.6 bilion dan menjadikan isu itu satu titik noktah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata selain menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa derma itu datang daripada negaranya, pihak yang telah memutarbelitkan isu berkenaan juga perlu menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.

Jangan Politikkan AES, Kata Ahmad Zahid

Image
Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pelaksanaan sistem AES bukan satu tindakan menghukum sebaliknya ia merupakan langkah pencegahan memandangkan jumlah kemalangan termasuk kemalangan maut di negara ini amat membimbangkan.

Zahid Tiba Di Kuching Untuk Lawatan Kerja

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 7.45 semalam untuk lawatan kerja ke Sarawak. Hari ini beliau dijadual menghadiri dua program iaitu Sejiwa Senada di Samarahan dan majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Entawa Undop di Sri Aman sebelum dijadual pulang ke Kuala Lumpur, petang ini.

Kempen 11 Hari Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Mencukupi

Image
Kempen selama 11 hari untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan pada 7 Mei ini adalah mencukupi untuk parti-parti politik, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata bagi Barisan Nasional (BN), ia harus menggunakan tempoh tersebut dengan bekerja keras untuk memenangi hati pengundi.

Dr Zakir Naik Seorang Yang Bijak, Tidak Promosi Keganasan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik sebagai seorang yang bijak sambil menafikan ilmuan Islam itu mempromosikan keganasan. Ahmad Zahid berkata pemantauannya terhadap syarahan-syarahan Dr Zakir di beberapa negara serta tindakan Kanada dan United Kingdom tidak membenarkannya memasuki negara-negara berkenaan tidak memperlihatkan beliau mempromosikan keganasan.

Prosedur Operasi Standard Urus Keselamatan Aset Strategik Dikaji Semula

Image
Prosedur operasi standard (SOP) pengurusan keselamatan segala aset strategik negara perlu dikaji semula susulan bentuk ancaman keganasan yang semakin berubah dari semasa ke semasa. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata definisi aset strategik sebelum ini hanya memfokuskan kepada aset-aset penting kerajaan perlu diperhalusi semula memandangkan banyak aset-aset penting kini dimiliki pihak swasta termasuk stesen janakuasa elektrik dan stesen televisyen.

TPM hadir sambutan Vaisakhi

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis rumah terbuka Gurdwara Sahib Sentul sempena Hari Vaisakhi, di sini hari ini. Timbalan Perdana Menteri, tiba di Gurdwara Sahib Sentul jam 10.30 pagi dan meluangkan masa bersarapan bersama tetamu. Beliau disambut Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh.

Program Melatih Bakal Juara Di Usia Muda Perlu Diperhebatkan

Image
Program latihan sistematik dan bersepadu bagi melatih bakal-bakal juara sejak peringkat usia muda perlu diperhebatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata usaha pencarian bakat-bakat muda ini perlu dilakukan di seluruh negara dan tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja.

Dr Zakir Berterima Kasih Kepada Kerajaan Benarkan Ceramah Di Melaka

Image
BESUT, 13 April - Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kebenaran kepada beliau menyampaikan ceramah di Melaka Ahad ini. Beliau menyatakan rasa syukur walaupun tajuk ceramah ditukar dan menganggap ia cabaran biasa sebagai pendakwah. Pada awalnya beliau dijadual menyampaikan ceramah bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' kemudian ditukar kepada 'Women's Right In Islam'.

Kerajaan Benar Dr Zakir Berceramah Di Melaka, Perlu Tukar Tajuk

Image
Kerajaan membenarkan pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik mengadakan syarahan umum di Melaka namun perlu menukar tajuk syarahannya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron supaya majlis dijadualkan pada 17 April di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) itu diteruskan dengan tajuk yang berbeza.

PRN Sarawak: Calon BN Setakat Ini

Image
Sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan hari ini, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah pun menamakan dua per tiga daripada calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi 82 kerusi yang akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang. Berikut adalah senarai calon BN berkenaan termasuk empat calon langsung, yang telah diumumkan setakat ini:

Sejarah Pilihan Raya Negeri Sarawak Sepintas Lalu

Image
Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum. Bagaimanapun, pada tahun 1970 dan 1974, Sarawak mengadakan pilihan raya bagi negeri dan kawasan Parlimen secara serentak.

Perjanjian Lebuhraya Pan Borneo Sabah dimeterai

Image
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyaksikan majlis memeterai perjanjian pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Rakan Penyampai Projek atau Project Delivery Partner (PDP), Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP) di Bangunan Perdana Putra, di sini. Pada majlis itu, Kerajaan Persekutuan diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob; Kerajaan Sabah diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman manakala BHP diwakili Pengarah Urusan, Shahelmey Yahya.

Bagan Datoh Bakal Jadi Hab Pendidikan

Image
Penekanan berterusan diberikan kepada bidang pendidikan di Bagan Datoh dalam usaha menjadikan daerah kecil ini satu daripada hab pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Justeru itu, katanya, pelbagai perancangan dan usaha giat dilakukan untuk merealisasikan matlamat itu setelah ia mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat Perlu Diberi Perhatian Kerana Miliki 'Kuasa'

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesejahteraan rakyat terutama golongan kurang bernasib baik wajar diberi perhatian kerana mereka mempunyai 'kuasa' dalam menentukan pemerintahan negara. Timbalan Perdana Menteri berkata kuasa rakyat itu akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada kerajaan pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU).

Tidak Adil Label Etnik Uighr Pengganas

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata adalah tidak adil untuk melabelkan semua individu daripada etnik Uighr sebagai pengganas. Sebaliknya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat segelitir etnik berkenaan berada di negara kedua atau ketiga sebagai pelarian politik mahupun ekonomi.

Tun M, Jangan Hilangkan Rasa Hormat Rakyat

Image
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya melakukan sesuatu perkara yang boleh membuatkan rakyat hilang hormat terhadapnya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Dr Mahathir supaya pihak luar mencampuri urusan dalaman negara ini, adalah bercanggah dengan prinsip yang beliau sendiri tegakkan sebelum ini.

Zahid Rasmi Projek Rancangan Tebatan Banjir Bernilai RM75 Juta

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam merasmikan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Intan bernilai RM75 juta sebagai rancangan jangka panjang yang mampu bertahan sehingga 2100. Projek kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu merupakan sambungan daripada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) merangkumi kerja pembinaan tambak batu sepanjang 2.2km, terbahagi kepada dua zon bermula Disember tahun lepas dan dijangka siap hujung 2018, bagi mengatasi masalah hakisan tebing dan banjir.

Kebenaran Terbukti Apabila PAC Keluarkan Laporan Mengenai 1MDB

Image
Kebenaran akhirnya terbukti apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), sebuah badan dwipartisan, mengeluarkan laporan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditunggu-tunggu. Laporan itu membuktikan bahawa percubaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tukang kempennya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak berasas dan didorong oleh kepentingan politik.