Posts

Showing posts from May, 2017

KDN panggil Ketua Pengarang akhbar bahasa Inggeris

Image
KUALA NERUS - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata pihaknya amat kecewa terhadap tindakan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan sambil tajuk muka depannya 'Malaysian terrorist leader'. Katanya, KDN akan memanggil Ketua Pengarang akhbar terbabit bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan mereka yang disifatkannya sebagai tidak sensitif terhadap umat Islam di negara ini. "Esok kita akan panggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya hari ini. "Jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab," katanya ditemui pada Program Penerapan Nil

Kawalan Sempadan Dipertingkat

Image
KUALA NERUS - Malaysia meningkatkan pemantauan dan kawalan keselamatan di sempadan negara bagi memastikan ekstremis dari Marawi yang menjadi buruan tidak menyusup ke dalam negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pintu masuk ke dalam negara sudah diletakkan dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi. "Selain itu, lorong-lorong tikus dipantau agensi kawalan sempadan, polis marin mengawal pantai bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). "Di Pantai Timur Sabah, kita memperkuatkan kedudukan ESCOMM dan agensi penguatkuasa yang ada di sana. "Kita tidak mahu negara kita turut menjadi ancaman," katanya pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di sini. Ahmad Zahid berkata, polis sudah melakukan penahanan semalam dengan beberapa orang yang termasuk dalam senarai syak PDRM. "Malah, kita tidak aka

TPM tunai tarawih bersama 2,000 penduduk

Image
KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Isyak dan tarawih bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di sini, malam ini. Timbalan Perdana Menteri tiba kira-kira jam 8.30 malam diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, dan disambut Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi. Ahmad Zahid menunaikan solat Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid negeri, Aizi Saidi Abd Aziz.  Timbalan Perdana Menteri kemudian menyertai hadirin menikmati moreh dengan juadah pulut panggang dan bubur pulut hitam. Terengganu adalah negeri pertama dikunjungi Ahmad Zahid untuk berbuka puasa sempena Program Penerapan Nilai Murni di bulan Ramadan, selepas mengumumkan akan ke setiap negeri bagi majlis berbuka puasa bersama rakyat. -Berita Harian

Jangan Pandang Sepi Nasib Rakyat Yaman - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Ketika isu-isu berkaitan Syria, Palestin dan Myanmar terus mendapat perhatian dunia, krisis yang melanda Yaman tidak harus dilupakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata konflik berdarah di Yaman, yang bermula pada 2014, telah meragut dan mencederakan berpuluh-puluh ribu orang dan menyebabkan kemusnahan di negara itu.