Posts

Showing posts from March, 2017

82 Peratus Projek Pembangunan Dijanjikan BN Siap Sehingga 15 Mac

Image
KUALA LUMPUR - Sebanyak 82 peratus projek Aku Janji Kerajaan Persekutuan (AKP) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan peruntukan RM72.26 bilion telah siap sepenuhnya sehingga 15 Mac lepas. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara projek terlibat adalah Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh ke Semantan sepanjang 23 kilometer melibatkan 12 stesen.

M'sia-Indonesia sepakat tangani jenayah perairan sempadan

Image
AYER KEROH - Pasukan Polis Marin dan Polis Air Indonesia (POLAIR) akan bekerjasama lebih rapat bagi meningkatkan keselamatan merentasi sempadan di perairan negara khususnya di Tawau, Sabah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata perkara itu dibangkitkan dalam pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya, Ketua Polis Republik Indonesia (KAPOLRI), Jenderal Polisi Tito Karnavian di ibu negara, semalam.

Perubahan iklim mengancam dunia - TPM

Image
MELAKA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perubahan iklim dunia yang membawa kepada ancaman kepada kesihatan penduduk perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat dunia. Timbalan Perdana Menteri berkata, perubahan iklim dunia serta isu kesihatan itu yang menjadi masalah antarabangsa harus ditangani secara bersama.

Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Tambah Baik Pengurusan Senjata Api RELA - TPM

Image
MELAKA - Kerajaan telah menubuhkan pasukan khas yang berperanan melaksanakan beberapa langkah segera dalam menambah baik pengurusan senjata api Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata menerusi pasukan khas berkenaan, urusetia persenjataan RELA akan melaksanakan piawaian baharu yang perlu dipatuhi anggota dan pegawai RELA dalam penggunaan senjata api jabatan itu.

Malaysia mahu bekerjasama dengan negara anggota ASEAN dalam industri pertahanan - TPM Zahid

Image
LANGKAWI - Malaysia perlu bekerjasama dengan negara anggota ASEAN yang lain bagi meraih peluang daripada pertumbuhan dalam industri pertahanan di rantau ini yang dijangka menjana kira-kira AS$100 bilion menjelang 2030. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata Malaysia telah menghasilkan beberapa komponen yang baik dan bersedia untuk berkongsi teknologi dan pengetahuan itu dengan negara anggota ASEAN yang lain.

Usaha Malaysia Kurangkan Residivis Bekas Banduan Diikitiraf Antarabangsa - Zahid

Image
KLUANG - Masyarakat antarabangsa mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam membantu banduan melalui proses pemulihan di penjara, terutamanya dalam mengurangkan kadar residivis yang kini pada bawah sembilan peratus, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kadar residivis atau kesalahan berulang oleh bekas banduan pada tahun lepas ialah pada 8.59 peratus.

Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat TPM Somalia

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari Somalia, Mohamed Omer Arteh di pejabatnya di bangunan Parlimen. Dalam pertemuan hampir setengah jam itu, kedua-dua pemimpin mengambil kesempatan membincangkan pelbagai perkara berkaitan hubungan Malaysia dan Somalia.

Penglibatan belia dalam radikalisme membimbangkan - TPM Zahid

Image
PUTRAJAYA - Penglibatan golongan belia dalam gerakan radikalisme di negara ini didapati agak membimbangkan ekoran 80 peratus daripada tangkapan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 20 September tahun lalu melibatkan mereka yang di bawah umur 40 tahun. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu, satu garis panduan mengenai Pencegahan Fahaman Ekstremisme dan Radikalisme dalam Kalangan Masyarakat telah dihasilkan dalam usaha memberi pengetahuan, pendedahan dan panduan kepada semua mengenai ancaman gerakan berkenaan.

Penulisan Sejarah Harus Berdasarkan Fakta - TPM Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Penulisan sejarah harus berdasarkan fakta dan bukan sekadar mengikut perspektif penulis yang mahu menaikkan nama seseorang tokoh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ini pernah berlaku apabila buku sejarah sesuatu negeri atau republik ditulis mengikut perspektif penulis hingga menyebabkan tokoh asal yang membuka negeri itu diketepikan dan sebaliknya nama tokoh lain ditonjolkan.

Malaysia sedia bincang dengan Korea Utara - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Kementerian Luar bersedia mengadakan perbincangan dengan delegasi Korea Utara, di negara ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik mengenai nasib 11 rakyat Malaysia yang dihalang pulang di Pyongyang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Wisma Putra akan berbincang dengan mereka (Korea Utara) untuk menyelesaikan masalah ini secara baik," katanya.

PM Najib Jamin Kerajaan Berusaha Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Korea Utara

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara. Perdana Menteri berkata fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara pulang ke tanah air dengan selamat.

Jong-nam murder: Be professional, Zahid tells North Korean officials

Image
KUALA LUMPUR - Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has told North Korean officials doubting the cause of death of Kim Jong-nam to be professional in their actions.  He said those who doubted the cause of death and what killed the half-brother of North Korean leader Kim Jung-un can always refer the matter to the police and the Health Ministry.