Posts

Showing posts from September, 2016

Tahanan Guantanamo Warga Malaysia Mungkin Dipindahkan Ke Penjara Di Tanah Air

Image
NEW YORK - Mohamad Bashir Lap, seorang daripada dua tahanan warga Malaysia di kem tahanan Guantanamo Bay, mungkin dipindahkan ke penjara di tanah air dan menjalani proses deradikalisasi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu dimaklumkan dalam pertemuannya dengan Perutusan Khas Amerika Syarikat Mengenai Penutupan Guantanamo, Lee Wolowsky di sini pada Rabu.

UMNO, BN Sabah Mampu Berdepan Parti Baharu - Ahmad Zahid

Image
NEW YORK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman akan tetap mantap dan mampu menangkis sebarang serangan di sebalik usaha menggerakkan satu parti pembangkang di negeri itu. Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Zahid Mahu Proses Pembahagian Harta Pusaka Dipercepatkan

Image
NILAI - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan agar agensi yang terlibat dengan pengurusan dan pembahagian harta pusaka supaya berusaha menyelesaikannya dalam tempoh kurang daripada tujuh hari waktu bekerja. Katanya inisiatif itu boleh diusahakan bagi kes yang tiada pertelingkahan waris, tidak melibatkan harta dengan nilai jutaan ringgit dan mempunyai dokumen yang lengkap.

Konflik Syria Perlu Berakhir Sekarang - Ahmad Zahid

Image
NEW YORK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penuh bersemangat dan bertenaga di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu memberitahu masyarakat antarabangsa bahawa selepas berlarutan selama lima tahun, sekarang adalah masa untuk menyelesaikan sama sekali konflik di Syria. Sejak 2011, Timbalan Perdana Menteri berkata, konflik itu telah menular dengan mencetuskan krisis kemanusiaan secara besar-besaran yang menyebabkan semua pihak berusaha keras untuk menanganinya.

TPM Ahmad Zahid Sangkal Dakwaan Negara Dalam Ketidaktentuan

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa negara kini berada dalam keadaan ketidaktentuan terhadap pelbagai perkara termasuk dalam bidang ekonomi dan politik. "Ramai yang kata seolah-olah negara kita tidak stabil dalam bidang ekonomi, tidak stabil politik, kononnya masyarakat kita berpecah belah, kononnya berlaku perbezaan pendapat kerana kita berlainan agama dan budaya.

Pelan Strategik Perangi Dadah Kebangsaan Kini Di Peringkat Draf Akhir - Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan berada di peringkat draf terakhir dan dijangka dibentang dalam mesyuarat Kabinet untuk kelulusan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah meneliti draf berkenaan bersama-sama Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, selain melibatkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).

Penculikan Di Pulau Pom Pom Dipercayai Dilakukan Kumpulan 'Kidnap For Ransom' - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Penculikan tiga kru kapal nelayan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah malam tadi dipercayai didalangi kumpulan 'kidnap for ransom' (KFR) atau 'penculikan untuk tebusan', kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata kumpulan itu dipercayai bergerak di kawasan Filipina khususnya di kepulauan berhampiran dengan Malaysia.

Kekalahan Di Negeri Tertentu Disebabkan Ketidakseragaman BN - Ahmad Zahid

Image
KEPALA BATAS - Kekalahan Barisan Nasional (BN) di negeri tertentu dalam pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 berpunca daripada ketidakseragaman parti-parti komponennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata adalah penting bagi pemimpin dan anggota UMNO serta parti-parti komponen BN untuk bertindak seragam daripada sudut kerohanian dan pemikiran bagi memastikan BN terus jitu dan kuat.

Tun Abdullah Pemimpin Terbaik, Tidak Pernah Beri Komen Negatif - TPM

Image
KEPALA BATAS - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin contoh kerana tidak pernah memberikan komen negatif terhadap pemimpin lain selepas tidak lagi menjadi perdana menteri. Beliau berkata Abdullah yang lebih mesra dipanggil Pak Lah ialah pemimpin yang layak untuk dianugerahkan sebagai tokoh pemimpin terbaik.

UMNO Sentiasa Amalkan Konsep Perkongsian Kuasa - Ahmad Zahid

Image
KEPALA BATAS - UMNO sentiasa mengamalkan konsep perkongsian kuasa tanpa pernah membolotnya hanya untuk orang Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh UMNO dalam Barisan Nasional (BN) membolehkan gabungan parti itu menang dan terus memerintah negara.

Ahmad Zahid Tekankan Pentingnya Kerjasama Jitu Untuk Menangi Pulau Pinang

Image
BALIK PULAU - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menasihati parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk mengikut rentak gerak kerja UMNO di Pulau Pinang untuk mengambil alih negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). UMNO sedia berkongsi ilmu dan membantu parti seperti Gerakan dan MCA serta meningkatkan lagi kerjasama dengan semua parti komponen BN untuk memenangi negeri itu, katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau, di sini hari ini.

Ancaman Daesh Bukan Manipulasi, Publisiti Atau Rekaan - TPM

Image
BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia bukanlah suatu manipulasi, publisiti atau sengaja diada-adakan. "Saya ingin memberitahu rakyat bahawa ancaman Daesh ini memang benar," katanya di sini.

Teng should think as a BN man

Image
Penang BN chairman Teng Chang Yeow totally failed to understand the message in Umno vice-president Zahid Hamidi's speech when opening the Balik Pulau Umno division delegates meeting this morning. Maybe Teng took it from the mind scope of the DAP and the opposition. He should have realised how Umno has been refraining itself from responding to criticism hurled by its political partners in Barisan Nasional, and Teng himself is of no exception.

Pertemuan Dr Mahathir Dan Anwar Tiada Keikhlasan - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam adalah pertemuan politik yang tiada keikhlasan. Beliau juga melihat usaha Dr Mahathir untuk menemui Anwar yang sebelum ini merupakan seteru politiknya itu sebagai tindakan politik terdesak, semata-mata untuk meraih sokongan daripada pihak pembangkang.

Dua Lagi Negara Sumber Pengawal Keselamatan - Zahid

Image
PUTRAJAYA - Dua buah negara lagi akan menjadi negara sumber tenaga kerja pengawal keselamatan di Malaysia selain daripada Nepal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata cadangan dua buah negara sumber baharu bagi pengawal keselamatan itu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat.

TPM Maafkan Pihak Sebar Fitnah

Image
SUNGAI BULOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaafkan pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya beliau diserang angin ahmar di Padang Terap, semalam. "Jangan begitu, tak elok mendoakan yang tidak baik untuk orang lain. Tak apalah kita maafkan mereka.

Kehebatan Pemimpin UMNO Datang Daripada Sokongan Akar Umbi - Ahmad Zahid

Image
JASIN - Kehebatan pemimpin UMNO bukan datang daripada diri mereka semata-mata sebaliknya datang daripada sokongan anggota peringkat akar umbi parti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti itu berkata pemimpin UMNO perlu sedar kedudukan dan jawatan dipegang mereka hari ini adalah suatu amanah yang diberikan anggota peringkat akar umbi parti.

Ahmad Zahid Gesa Parti Komponen BN Rancakkan Persediaan PRU14

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya merancakkan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Beliau berkata mereka perlu sentiasa turun padang dan membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama golongan miskin.

UMNO Bukan 'Bursa Saham' Kaut Keuntungan, Kepentingan Peribadi - Ahmad Zahid

Image
ALOR SETAR - Semua anggota dan pemimpin UMNO diminta tidak menggunakan parti itu sebagai 'Bursa Saham' untuk mengaut keuntungan dan kepentingan peribadi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata mereka yang menggunakan peperangan politik untuk mendapatkan 'ghanimah' (harta rampasan perang) hanya akan membawa kehancuran kepada parti.

UMNO, BN Perlu Berhenti Bersikap Defensif, Sebaliknya Perlu Ofensif Dalam Media Sosial

Image
KUALA NERANG - Timbalan Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhenti bersikap defensif, sebaliknya perlu menggunakan pendekatan ofensif dalam media sosial supaya rakyat tidak terkeliru dengan fitnah yang dibuat pelbagai pihak. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 87 peratus rakyat Malaysia aktif dalam media sosial dan medium itu seharusnya digunakan bagi meningkatkan kredibiliti parti dan kerajaan.

UMNO Perlukan Calon Yang Disenangi Pengundi Dan Boleh Menang PRU 14 - Ahmad Zahid

Image
KANGAR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerlukan calon yang disenangi rakyat dan boleh menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Beliau berkata tindakan sesetengah anggota parti yang menolak calon pilihan pucuk pimpinan dan menganggapnya sebagai orang luar harus dibuang kerana ia sudah tidak relevan lagi dalam perkembangan politik semasa.

Kaji Semula Kursus Kemasukan Pelajar Agama Ke Universiti Timur Tengah - Zahid

Image
GURUN - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan kajian dilakukan bagi mengembalikan semula kursus khas kemasukan pelajar aliran agama ke universiti di Timur Tengah, yang dimansuhkan kira-kira 10 tahun lepas. Timbalan perdana menteri berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam diminta mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mewujudkan semula kursus itu.

Semangat Kesalingan Dalam UMNO Pacu Kecemerlangan Memimpin Rakyat - Zahid

Image
LANGKAWI - Semangat saling menghormati dan membantu yang telah lama wujud dalam kalangan pemimpin dan anggota UMNO, mampu memacu kecemerlangan parti untuk terus bersama rakyat, kata Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata semangat kesalingan ini semakin penting semasa UMNO menghadapi ujian getir untuk membuktikan keupayaannya mengekalkan keyakinan rakyat.

TPM bayangkan Jamal tanding Parlimen Sg Besar PRU14

Image
SUNGAI BESAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan supaya Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi melepaskan satu jawatan yang disandangnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata salah satu jawatan itu perlu diberikan kepada calon lain dalam PRU akan datang.

Ujian sebenar BN Sungai Besar, Kuala Kangsar ialah PRU

Image
SUNGAI BESAR - Kemenangan selesa calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar banyak dipengaruhi oleh faktor jentera luar yang berkampung untuk membantu calon, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata ujian sebenar kepada kedua-dua UMNO bahagian itu ialah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, apabila tiada lagi orang luar datang untuk membantu mereka berkempen.

UMNO Perlu Ambil Kira Kepentingan Bukan Melayu - Ahmad Zahid

Image
SABAK BERNAM - UMNO perlu mengambil kira kepentingan golongan bukan Melayu kerana parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu sentiasa mendapat sokongan mereka dalam pilihan raya umum selama ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO masih dan tetap memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Hari Kebangsaan 2016 Meriah, Papar Semangat Cinta Negara

Image
KUALA LUMPUR - Semangat dan rasa cinta kepada negara jelas tergambar hari ini apabila ribuan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat berkumpul untuk bersama-sama memeriahkan perarakan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, walaupun dalam keadaan hujan renyai awal pagi tadi. Bertepatan dengan tema 'Sehati Sejiwa', semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan terserlah di wajah setiap peserta mahupun pengunjung acara perbarisan dan perarakan yang mula membanjiri dataran bersejarah itu seawal 6.30 pagi.

Ketepikan Perbezaan, Pastikan Perpaduan Dan Kebersatuan - TPM Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia harus mengetepikan perbezaan latar belakang demi memastikan perpaduan dan kebersatuan kaum di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata selain itu, rakyat juga perlu menjalin semula hubungan yang difikirkan retak untuk mencapai tujuan tersebut.