Posts

Showing posts from January, 2018

Integriti penentu kemenangan calon PRU-14

Image
FAKTOR calon berperanan penting bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu pilihan raya itu. Oleh itu, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, Barisan Nasional (BN) akan memastikan semua calon dipilih mempunyai ciri disukai pengundi. Dalam hal ini, mungkin lebih penting ialah elemen integriti yang perlu ada pada setiap calon BN. Atas sebab itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini menjelaskan, semua calon BN bagi PRU-14 sedang menjalani tapisan integriti sepenuhnya bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan sebarang salah laku, membabitkan integriti. Setiap calon bukan sahaja perlu bersih sebarang isu yang membabitkan rasuah, penyalahgunaan kuasa, skandal atau sebarang perkara yang bercanggah dengan perundangan, tetapi juga mesti kelihatan bersih. Inilah yang dimahukan oleh pengundi hari ini. Walaupun diberitakan yang semua negeri sudah menghantar nama calon untuk PRU-14, bagi Ahmad Zahid, tidak ada tolak ansur dalam isu pemilihan calon. Ahmad

Banyak Perkara Baik Dilakukan Kerajaan Berbanding Janji Manis Pembangkang - TPM

SHAH ALAM - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak perkara yang jauh lebih baik berbanding pembangkang yang lebih gemar menabur 'janji-janji manis', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kerajaan juga sentiasa berpijak di bumi yang nyata dalam memberi khidmat kepada rakyat dan tidak menjanjikan 'bulan dan bintang'. "Kita harus yakin apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini lebih baik daripada janji-janji yang dilontarkan (oleh pembangkang), termasuk berhajat untuk 'mengecat langit". "Dalam keadaan ini kita jangan hanya melihat bintang di langit tetapi kita juga harus lihat rumput di bumi. Insya-Allah kita akan buktikan itu," katanya dalam sidang media selepas melepaskan peserta Larian Amal Antartika di perkarangan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini. Seramai 2,300 peserta menyertai larian amal anjuran All Women Expedition to Anta