Posts

Showing posts from March, 2016

AS Perketat Syarat Program 'US VWP' Berikutan Serangan Keganasan Di Eropah Dan Turki

Image
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) memperketatkan syarat Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat (US VWP) berikutan situasi keselamatan semasa, terutama serangan keganasan di Eropah dan Turki. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Alejandro Mayorkas semasa pertemuan mereka di pejabat Mayorkas di sini Rabu.

Kerajaan Terima Tujuh Cadangan Pihak Swasta Tingkat Keselamatan Di Kawasan Sempadan

Image
Kerajaan menerima tujuh cadangan daripada pihak swasta dengan pelbagai pendekatan teknologi dan pembinaan untuk mempertingkat keselamatan kawasan persempadanan negara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerahkan kesemua cadangan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menelitinya.

Malaysia Yakin Dapat Sertai Pengecualian Visa Amerika Tahun Ini

Image
Malaysia yakin dapat menyertai Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat (US VWP) penghujung tahun ini jika usaha mengurangkan peratus penolakan permohonan visa Amerika tercapai. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada masa ini, kadar penolakan permohonan visa Amerika di kalangan rakyat Malaysia adalah sebanyak 3.34 peratus, kebanyakannya disebabkan masalah teknikal iaitu kesalahan mengisi borang permohonan.

Zahid Tiba Untuk Lawatan Kerja Di AS

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini Selasa untuk lawatan kerja seminggu termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear. Sidang kemuncak dua hari itu akan bermula Khamis ini di Pusat Konvensyen Walter E. Washington.

688,766 warga asing diberi kerakyatan

Image
Kerajaan menganugerahkan sijil kewarganegaraan kepada 688,766 warga asing sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga 31 Januari lalu. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata daripada jumlah itu, tiga warga negara asal paling ramai diberi kerakyatan ialah China iaitu 69,904 orang; diikuti Indonesia (38,024) dan India (19,301).

MT UMNO akan bincang keahlian Muhyiddin, Mukhriz

Image
Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahli UMNO bakal ditentukan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti yang akan datang. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa isu keanggotaan Muhyiddin dan Mukhriz dalam parti akan dibincangkan dalam MT nanti.

Zahid Lakukan Lawatan Kerja Ke Washington DC

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan kerja ke Washington DC dari 29 Mac hingga 4 April bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear. Sidang kemuncak itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Walter E. Washington pada 31 Mac dan 1 April, kata kenyataan dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini.

KDN keluar 89,771 lesen senjata api

Image
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan sebanyak 89,771 lesen bagi memiliki senjata api sehingga 31 Disember lalu. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 12,917 lesen adalah bagi senjata api jenis pistol; 1,789, raifal (2,243); shortgun (63,145); pumpgun (7,731) dan lain-lain senjata seperti senapang pelali, stungun, speargun serta penembak paku, 1,946 lesen.

Jangan Lupa Jasa Polis

Image
"(Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada)". Betapa gah dan sinonim tema sambutan Hari Polis ke-209 yang berlangsung kelmarin dan disambut meriah di seluruh negara Buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), pastikan tema itu selaras dengan matlamatnya. Masyarakat pula harus akur betapa besarnya pengorbanan anggota PDRM

Ahmad Zahid Serah Kepada Polis Pantau Perhimpunan Tertutup Esok

Image
Polis akan memantau perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam esok. Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turut menyertai perhimpunan itu yang dilihat cuba memburuk-burukan kepimpinan negara.

TPM rasmi mesyuarat agung MCPF

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-23 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini ssemalam. Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi MCPF dan Naib Pengerusi yayasan itu, Tan Sri Lee Lam Thye.

Rukun Tetangga akan dijenamakan semula

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Rukun Tetangga (RT) akan dijenamakan semula dan diberi pengisian baharu sesuai mengikut perubahan semasa. Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, pembabitan golongan muda termasuk remaja akan dibuka bagi membolehkan RT memperluaskan fungsi dan peranannya.

Najib Lancar Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Atasi Kemalangan

Image
Kerajaan memandang serius jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini dan menjadi tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan lebih proaktif untuk menanganinya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata menyedari akan hakikat itu, jabatan baharu diwujudkan dalam PDRM iaitu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengantikan Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik berkuat kuasa hari ini, khas untuk penguatkuasaan trafik dan menangani kes kemalangan jalan raya.

Tangani penyeludupan manusia, Malaysia guna dasar kemanusiaan

Image
Malaysia akan meneruskan komitmen dalam menangani isu penyeludupan dan pemerdagangan manusia di rantau ini walaupun bertindak atas dasar kemanusiaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, isu itu kerap dibincang di pelbagai platform termasuk pertemuan dalam kalangan pegawai kanan (SOM) negara anggota ASEAN.

Isu Ancaman Pengganas Bukan Kenyataan Politik

Image
Pendedahan kerajaan mengenai ancaman keselamatan di Malaysia bukan satu kenyataan berunsur politik, sebaliknya ia harus diambil serius oleh semua pihak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.   Katanya beliau telah beberapa kali mendedahkan Malaysia tidak terlepas daripada ancaman keselamatan oleh pengganas termasuk adanya perancangan untuk menculik pemimpin negara tetapi ada pihak memandang kenyataan itu sebagai berunsur politik.

Proses Bali Berakhir Dengan Deklarasi Bali

Image
Persidangan Proses Bali berakhir semalam dengan Deklarasi Bali mengenai Penyeludupan Manusia, Pemerdagangan Orang dan Jenayah Berkaitan. Deklarasi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur antaranya menyatakan bahawa ketika mengiktiraf negara-negara yang berdaulat untuk melindungi sempadan dan menentukan dasar migrasi mereka, usaha menangani migrasi rentas sempadan yang tidak teratur memerlukan pendekatan serantau yang menyeluruh, berdasarkan prinsip perkongsian beban dan tanggungjawab bersama.

Malaysia Dan UNHCR Akan Tubuh Pasukan Petugas Atasi Sindiket Kad Palsu

Image
Malaysia telah mencapai kesepakatan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk menubuhkan pasukan petugas bersama bagi mengatasi masalah pengeluaran kad palsu UNHCR oleh sindiket.   Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara tindakan segera yang diambil oleh pasukan petugas bersama itu ialah meminta semua pemegang kad UNCHR terlibat membuat pendaftaran semula.

Negara sumber perlu bertanggungjawab: Ahmad Zahid

Image
NUSA DUA (BALI): Malaysia menegaskan perlunya pendekatan bersepadu diambil untuk memastikan negara sumber bertanggungjawab terhadap rakyat mereka yang menjadi pelarian ekonomi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan komitmen negara anggota Proses Bali Mengenai Penyeludupan dan Pemerdagangan Manusia serta Jenayah Rentas Sempadan Berkaitan (Proses Bali) untuk bekerjasama membanteras kegiatan itu.

Letupan Bom Di Brussels Peringatan Perlunya Banteras Pengganas

Image
Insiden letupan bom di Brussels, Belgium menjadi peringatan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia bahawa keganasan tidak akan berakhir selagi tidak berusaha bersungguh-sungguh membanterasnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata walaupun dalang insiden tersebut masih belum dikenal pasti namun dipercayai adalah angkara pengganas.

Malaysia Kini Telah Jadi Negara Destinasi Pemerdagangan Manusia

Image
Malaysia kini menjadi negara destinasi bagi sindiket pemerdagangan manusia menempatkan pendatang, ekoran kemajuan dan peluang pekerjaan yang ada, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kerajaan sedang mengambil beberapa langkah segera untuk menangani perkara itu kerana ia boleh membawa kepada masalah jenayah domestik oleh rakyat asing.

Zahid Hamidi Tiba Di Bali Untuk Hadiri Proses Bali

Image
BALI - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini semalam untuk menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Keenam Proses Bali mengenai Penyeludupan Manusia, Pemerdagangan Orang dan Jenayah Rentas Sempadan (Proses Bali) di sini. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dan delegasi disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai oleh Timbalan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Roseli Abdul dan para pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Lebih 17,000 Perkahwinan Lelaki Tempatan Dengan Wanita China Tidak Didaftar Dari 2011-2015

Image
Lebih 17,000 perkahwinan antara lelaki tempatan dengan wanita warga China tidak didaftarkan sepanjang 2011 hingga 2015, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa jumlah itu adalah satu setengah kali ganda lebih tinggi daripada jumlah perkahwinan lelaki tempatan dengan wanita warga China yang didaftarkan sepanjang tempoh sama, iaitu 11,623 pendaftaran.

Anwar Diberi Peluang Berjumpa Pelbagai Pihak Sejak Dipenjara

Image
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan mengadakan 360 perjumpaan dengan pelbagai pihak sehingga 13 Mac, sejak menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh pada Februari 2015.   Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata sebanyak 152 perjumpaan yang melibatkan tujuan rawatan kesihatan telah diadakan di Penjara Sungai Buloh.

Pengganas Mahu Bentuk Kesultanan Sulu Di Sabah

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa pengganas Sulu telah melantik 'panglima' di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dalam usaha membentuk semula kesultanan Sulu di negeri itu. Beliau berkata maklumat itu diperoleh daripada soal siasat terhadap enam tali barut pengganas Sulu yang ditahan pihak keselamatan di Sabah selain bahan-bahan bukti seperti pemacu pena dan dokumen-dokumen.

Ahmad Zahid Hadiri Proses Bali Rabu Ini

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Proses Bali mengenai Penyeludupan Manusia, Pemerdagangan Orang dan Jenayah Rentas Sempadan Berkaitan di Bali, Indonesia, Rabu ini. Kenyataan media dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari Isnin berkata Ahmad Zahid akan menyampaikan kenyataan menteri pada persdidangan itu.

Kaukus Parlimen Mengenai Perjudian Haram Bakal Ditubuhkan

Image
Kaukus Parlimen mengenai perjudian haram akan ditubuhkan bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap masalah itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berharap kaukus itu dapat ditubuhkan secepat mungkin bagi membolehkan pihak kerajaan dan pembangkang bersama-sama menggubal langkah efektif untuk memerangi judi haram.

Beri Kesetiaan, Ketaatan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Pemimpin UMNO

Image
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan anggota-anggota parti supaya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin yang menerajui parti itu. Beliau yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO berkata sikap berbelah bahagi merupakan permulaan kepada segala permasalahan, yang akhirnya akan merugikan parti dan perjuangan.

Zahid Ramal Undi Popular BN Sarawak Meningkat Di PRN Ke-11

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangka undi popular Barisan Nasional (BN) Sarawak meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, seiring dengan populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Zahid berkata, berdasarkan kajian oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang lalu populariti Adenan Satem mencapai tahap hampir 84 peratus pada Januari 2016 berbanding 74 peratus pada Jun 2015.

Hati-Hati Dengan Pemimpin Umpama 'Keluang Dan Kelawar

Image
Rakyat diingatkan agar tidak menyokong sesetengah pemimpin yang bersikap umpama 'keluang dan kelawar' yang hanya turun padang untuk berkhidmat kepada rakyat secara bermusim. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa memberikan peringatan itu berkata pemimpin terbabit hanya datang melawat semasa buah-buahan dalam 'musim berbuah' dan kemudian menghilang apabila musim itu berakhir.

GLC Perlu Contohi Langkah PNB Laksana Penjimatan Kos

Image
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) disaran mencontohi kejayaan Permodalan Nasional Bhd (PNB) melaksanakan langkah penjimatan kos pengurusan sepanjang tempoh 38 tahun penubuhan agensi tersebut. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara contoh terbaik dilaksanakan oleh PNB adalah mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja walaupun mempunyai tugasan tambahan.

Kajian Holistik Perlu Dalam Memerangi Dadah

Image
Satu kajian holistik perlu dilakukan dalam usaha mendidik masyarakat umum mengenai bahana penyalahgunaan najis dadah terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah, kata Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan. Beliau berkata kajian itu hendaklah mengenal pasti punca pelbagai masalah berkaitan penyalahgunaan dadah dan seterusnya merangka rancangan terperinci untuk membanteras gejala najis dadah yang berlarutan selama ini.

Parlimen: Kerajaan Diminta Sedia Mekanisme Terbaik Penuhi Keperluan Tenaga Kerja Industri

Image
Kerajaan perlu menyediakan mekanisme baharu dalam menyediakan tenaga kerja tempatan untuk industri yang terjejas berikutan pemberhentian pengambilan pekerja asing baharu yang diputuskan kabinet baru-baru ini.   Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) berkata pihak industri terutama kontraktor dan pelabur kini berdepan masalah tenaga kerja terutamanya dalam sektor yang dikategorikan sebagai 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar.

Kerajaan Letak Penanda Aras Tinggi Universiti Lahir Graduan Cemerlang

Image
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meletakkan penanda aras yang tinggi kepada universiti-universiti awam bagi melahirkan graduan cemerlang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak mahu hanya menjadi 'jaguh kampung' dalam soal pendidikan, sebaliknya dicontohi di peringkat global.

Taktik Baharu Warga Asing Terdesak Masuk Malaysia Secara Haram

Image
Warga asing dari negara sumber yang terdesak untuk bekerja di Malaysia kini menggunakan taktik baharu untuk memasuki negara ini secara haram susulan pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara berkenaan. Penangguhan tersebut turut membabitkan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

Sebat majikan ingkar

Image
Kerajaan menerusi jemaah menteri dalam mesyuarat di Putrajaya, semalam, memutuskan tidak ada lagi pengambilan pekerja asing yang baru. Malah, kerajaan akan melaksanakan hukuman sebat kepada majikan dan ejen yang tidak mematuhi peraturan membabitkan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa serta merta.

Polis Diarah Beri Perhatian Peningkatan Kes Jenayah Di Sarawak

Image
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan memberi tumpuan terhadap kes jenayah yang mencatat peningkatan di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta pengarah-pengarah setiap jabatan di Bukit Aman, juga diminta melihat aspek yang perlu ditingkatkan dari segi mengurangkan kes jenayah sehingga menyebabkan peningkatan itu.

Media Tidak Dihalang Laksana Tugas, Namun Perlu Hormati Undang-undang

Image
Kerajaan tidak menghalang media tempatan ataupun asing melaksanakan tugas namun mereka perlu mematuhi etika kewartawanan dan juga undang-undang negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.   "Saya bagi pihak kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak menghalang mana-mana wartawan dalam negara atau luar negara membuat liputan terhadap sebarang peristiwa ataupun mewawancara mana-mana tokoh.

Pakatan Baharu PAS Matangkan Politik Negara

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan PAS untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang. Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata langkah sedemikian akan lebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.

Pengambilan Pekerja Asing Baharu Tidak Dibenarkan

Image
Kerajaan telah menetapkan tidak akan mengambil pekerja asing baharu untuk dibawa masuk ke negara ini berkuat kuasa serta-merta, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.   Bagaimanapun, beliau berkata ketetapan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam itu tidak melibatkan sektor pembantu rumah.

Usah Beban Guru Dengan Kerja Pentadbiran

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata guru-guru di negara ini tidak seharusnya dibebankan dengan kerja pentadbiran, sebaliknya menumpukan usaha ke arah akademik dan kerohanian.   Tegasnya tindakan itu perlu dilakukan untuk memperkasakan guru dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja berpendidikan tinggi, malah mempunyai akhlak dan sahsiah yang tinggi.

Zahid Yakin Isu Di Terengganu Dapat Diselesaikan Dengan Baik

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan isu usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu hanyalah pergesaran kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO yakin isu itu boleh ditangani serta diselesaikan dengan baik dan berkesan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Pembekalan Jumlah Pakaian Seragam Anggota Beruniform Dikekalkan

Image
Pembekalan pakaian seragam bagi anggota beruniform di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang perlu memakainya setiap hari akan dikekalkan pada jumlah sedia ada, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penyusunan semula pembekalan pakaian seragam berikutan pekeliling terbaru dikeluarkan Perbendaharaan Malaysia akan hanya melibatkan petugas yang tidak perlu memakai uniform setiap hari.

3,000 Tan Makanan Dibuang Sehari Di Malaysia

Image
Kira-kira 3,000 tan makanan dibuang dalam sehari di Malaysia merupakan pembaziran yang boleh dielakkan, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Datuk Dr Sharif Haron. Merujuk kepada statistik pengendali sisa pepejal dan pembersihan awam SW Corporation, beliau berkata makanan yang dibuang itu termasuk yang belum disentuh dan masih boleh dimakan.

3 pendekatan bagi keselamatan makanan

Image
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga pendekatan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan makanan di rantau ini, dalam usaha mencapai matlamat sifar kemiskinan dan kelaparan. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia merangkumi merangsang pelaburan sektor swasta dalam pertanian, menangani isu perubahan iklim dengan pertanian mapan dan mengurangkan kemiskinan menggunakan biodiversiti.

Deklarasi Mahathir Hanya Pecah Belahkan Rakyat - Ahli Akademik

Image
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pembangkang dan menandatangani "Deklarasi Mahathir" dilihat hanya akan memecah belahkan rakyat di negara ini. Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata tindakan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jelas bercanggah dengan sistem demokrasi berparlimen yang ditentukan menerusi pilihan raya umum.

Geran RM250 Juta Untuk Galakan Pelaburan Dalam Oleokimia, Makanan, Kata Ahmad Zahid

Image
Kerajaan memperuntukkan geran RM250 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam pengeluaran oleokimia dan produk makanan dan kesihatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Geran RM4.5 juta itu juga disediakan untuk pekebun kecil dan syarikat perladangan bagi memperoleh perkakasan dan mesin, katanya.

Pasukan Keselamatan Gagalkan Cubaan Daesh Culik PM, Kata Ahmad Zahid

Image
Pasukan keselamatan negara telah berjaya mengekang dan menggagalkan beberapa plot rancangan serangan keganasan oleh kumpulan Daesh, menculik pemimpin negara termasuk perdana menteri, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.   Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menjadi sasaran ialah beliau sendiri dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

'Selamatkan Malaysia' heret rakyat jadi celaru

Image
Parlimen Malaysia bermesyuarat bagi Penggal Keempat bermula hari ini sekali gus memperlihatkan prinsip Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan didokong utuh pemerintah UMNO-Barisan Nasional (BN) menerusi mandat rakyat dalam proses pilihan raya umum lalu.  Memorial prinsip demokrasi ini, kerajaan pimpinan sedia ada memerintah dengan jayanya dengan memenuhi keperluan pertahanan bersama, hasrat untuk bebas daripada ancaman luar, kepentingan ekonomi, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, persamaan institusi politik dan masyarakat serta kepemimpinan.

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Image
Sektor pekerjaan 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar perlu ditransformasi daripada segi skim gaji dan persekitaran pekerjaan bagi menarik lebih ramai belia tempatan menceburi pekerjaan dalam bidang berkenaan. Stigma dan presepsi umum juga perlu diubah untuk memastikan rakyat tempatan dapat menyumbang tenaga dalam sektor 3D, tanpa perlu terlalu bergantung kepada pekerja asing, demikian menurut beberapa pihak berkepentingan.

Ancaman Militan Dan Penularan Anasir Keganasan Perlu Diberi Perhatian Serius - Agong

Image
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah perkembangan ancaman militan dan anasir keganasan yang mula menular di negara ini perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjerumuskan negara dalam kancah ketidakstabilan. Titah Seri Paduka ancaman keselamatan yang menggugat kesejahteraan negara itu adalah nyata dan perlu ditangani segera.