Posts

Showing posts from February, 2016

Pencapaian Bidang Pendidikan Perlu Diimbangi Sahsiah Diri Baik

Image
Pencapaian baik dalam bidang pendidikan tidak bermakna sekiranya ia tidak diimbangi oleh pembentukan sahsiah diri mantap yang akan membekalkan negara dengan modal insan sempurna. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata institusi persekolahan merupakan instrumen utama dalam membina masyarakat yang aman dan harmoni.

TPM tak setuju cadangan halal penggunaan ganja

Image
LAWAS: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi menjelaskan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk membenarkan penggunaan ganja bagi mengurangkan ketagihan penagih dadah. Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian beberapa pihak sebelum ini mendapati langkah menghalalkan penggunaan ganja gagal mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah di negara berkenaan.

Kempen besar-besaran perangi dadah tahun ini

Image
LAWAS: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi mengumumkan tahun ini sebagai kempen besar-besaran untuk memerangi jenayah berkaitan dadah. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berikutan peningkatan jumlah penagih dadah berdaftar seramai 26,660 orang pada tahun lalu, menjadikan keseluruhan 282,660 penagih direkodkan seluruh negara ketika ini.

Tugas Sebagai Timbalan Presiden Umno Satu Tanggungjawab

Image
LAWAS (Sarawak), 28 Feb - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata amanah diberikan kepadanya untuk menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno adalah satu tanggungjawab. Mengucapkan terima kasih kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno atas kepercayaan itu, katanya beliau tidak menganggap ia sebagai satu hadiah tetapi berupa tanggungjawab baharu yang turut didukung oleh anggota MT yang lain.

PM, TPM lawat Sarawak

Image
KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di Dataran Sibu, malam ini dalam lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, mulai hari ini. Jadual lawatan kerja beliau diteruskan pada jam 10 pagi esok dengan menghadiri Majlis Sejiwa Senada di Saratok yang terletak kira-kira 115 kilometer dari Sibu seterusnya menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Besar Saratok sebelum bergerak ke Rumah Panjang Jawang di Julau, untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri pada jam 2 petang.

UMNO Gantung Jawatan Muhyiddin, Zahid Jalankan Tugas Timbalan Presiden

Image
Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

Hina TPM: Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak Sibu Buat Laporan Polis

Image
Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak (PKKS) Unit Sibu membuat laporan polis hari ini berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman sosial itu. Ketua Unit PKKS Sibu Thomas Ling Kui Eng mendakwa tindakan individu itu berniat jahat dan mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan Ahmad Zahid dan kerajaan.

E-dagang bantu PKS luaskan pasaran eksport

Image
PUTRAJAYA: Penembusan pasaran melalui e-dagang dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia adalah antara strategi yang akan diberi tumpuan bagi memacu pertumbuhan eksport negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ini termasuk program eTRADE yang diperkenalkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di bawah inisiatif Digital Malaysia yang diselaraskan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Melampau sunting gambar PM, TPM jadi berbadan anjing

Image
KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah netizen menyunting gambar muka pemimpin negara dan berbadan haiwan seperti anjing atau babi dilihat satu penghinaan dan hasutan yang melampaui batas. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, ia sekali gus menjadikan pengguna media sosial yang bertindak berkongsi gambar itu kepada pengikutnya sehingga menjadi viral dengan apa juga niat sebagai tindakan yang bersifat kebudak-budakan.

Tuduhan WSJ bertujuan rosakkan nama Malaysia

Image
PUTRAJAYA: Tuduhan yang berulang, tidak berasas dan tidak terbukti oleh Wall Street Journal (WSJ) bertujuan merosakkan nama Malaysia dan pembangunan ekonominya, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan. Bagaimanapun, Abdul Rahman yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kerajaan tidak akan membenarkan ia berlaku.

Umno Bahagian Pulai Buat Laporan Polis Terhadap Wanita Hina TPM

Image
JOHOR BAHARU, 24 Feb- Umno Bahagian Pulai membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang didakwa menghina Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui statusnya dalam Facebook. Naib Ketua Puteri Umno Bahagian Pulai Noraini Mohd Ali berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Skudai kira-kira 3.15 petang Rabu.

Pelan Transformasi PBT diluluskan

Image
PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Ke-70 meluluskan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT serta mengambil kira kehendak rakyat. Pelaksanaan pelan berkenaan dipersetujui semua wakil kerajaan negeri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini, semalam.

Promosi kerja sektor 3D mampu tarik generasi muda

Image
Adakah imej dan reputasi kerajaan benar-benar terjejas dek isu pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang dimanipulasikan dalam media sosial baharu dan desakan pelbagai pihak yang amat bimbang masa depan rakyat tempatan dalam pelbagai sektor? Sebaik diumumkan penangguhan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkuat kuasa serta-merta, sekali gus memperlihatkan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber dihentikan, membuatkan juga pelbagai pihak senyap secara tiba-tiba.

Tragedi Bukit Kepong tetap dikenang

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merakamkan ucapan takziah sebagai mengingati perajurit negara yang terkorban dalam tragedi serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. "Tragedi Bukit Kepong telah 66 tahun berlalu. Namun, perajurit negara yang terkorban demi pertahankan negara tetap dikenang. Salam takziah, Al-Fatihah," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menerusi catatan di laman Twitter rasminya, sebentar tadi.

Kedutaan Indonesia Sedia Bantu Malaysia Daftar Pekerja Tidak Sah

Image
Kedutaan Besar Indonesia di sini bersedia bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi memudahkan pendaftaran pekerja negara itu yang bekerja secara tidak sah di negara ini. Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata pihaknya mahu membantu Malaysia melaksanakan program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin, susulan tindakan kerajaan negara ini menangguhkan pengambilan pekerja asing.

MEF Harap Penangguhan Pengambilan Pekerja Asing Tidak Bebankan Majikan Tempatan

Image
Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap keputusan kerajaan menangguh pengambilan pekerja asing tidak akan melibatkan dan membebankan kebanyakan majikan tempatan yang telahpun mendapat kelulusan untuk membawa rakyat dari negara luar sebagai tenaga kerja di negara ini. Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata mungkin terdapat sesetengah majikan yang telah membuat pembayaran dan mempunyai komitmen tertentu dan keputusan kerajaan ini mungkin akan melambatkan pekerjaan mereka.

PDRM, Interpol Bekerjasama Rapat Sekat Kepulangan 132 Militan Daesh

Image
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama rapat dengan Interpol untuk memastikan 132 rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Daesh di Syria dan Iraq, tidak kembali ke negara ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama ini bertujuan memastikan keharmonian hubungan agama dan kaum serta perpaduan dan kestabilan negara, tidak terancam.

TPM Bidas Kritikan Bekas Pemimpin Terhadap Usaha Kerajaan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas sikap sesetengah bekas pemimpin kerajaan yang menuduh kerajaan tidak tetap dengan pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar selepas mendengar suara desakan rakyat. Katanya pemimpin atau tokoh-tokoh ini juga semasa memiliki kuasa dalam kerajaan turut sensitif terhadap desakan ramai dan bertindak membuat perubahan serta pembaharuan bagi memenuhinya, namun apabila kerajaan sekarang melakukannya, mereka sebaliknya menuduh kerajaan sebagai tidak tetap pendirian.

Zahid Minta Rakyat Sarawak Terus Kukuhkan Perpaduan, Keharmonian Kaum

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta rakyat Sarawak untuk terus mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum yang sedia terjalin dalam kalangan mereka.   "Walaupun negeri ini ramai masyarakat majmuk, namun perpaduan, keharmonian dan toleransi adalah yang terbaik di negara ini.

Pekerja Bangladesh: Najib akan bincang dengan Zahid

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan membincangkan cadangan kontroversi membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh bersama timbalannya. "Beri peluang saya berbincang dengan Datuk Seri Ahmad Zahid sejurus pulang," katanya kepada pemberita di akhir lawatan enam harinya ke California.

TPM lawat Sarawak 2 hari mulai esok

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan melakukan lawatan kerja dua hari ke negeri ini mulai esok. Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9.45 pagi dan lawatan dimulakan dengan menghadiri Majlis Mesra Anggota Tentera Bersama Timbalan Perdana Menteri di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan pada jam 10.15 pagi.

Penggiat Industri Pelancongan Perlu Manfaatkan Ketibaan Pelancong Tahun Ini

Image
Penggiat industri pelancongan perlu memanfaatkan sepenuhnya gelombang ketibaan pelancong akan datang, yang diunjurkan berkembang sebanyak empat hingga lima peratus di Asia dan Pasifik tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, melalui penciptaan produk menarik dan bernilai tinggi, ditambah pula dengan perkhidmatan berkualiti, mereka akan dapat menarik lebih banyak pelancong antarabangsa ke negara ini.

PM Najib Miliki Kesabaran 'Luar Biasa'

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai tahap ketenangan dan kesabaran yang 'luar biasa' walaupun ketika berhadapan dengan cabaran getir sepanjang tempoh karier politiknya selama 40 tahun. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam tempoh 30 tahun mengenali perdana menteri, termasuk sebagai setiausaha politik beliau, rakan dalam parti dan lebih sebagai adik-beradik, beliau telah banyak melihat sendiri sifat sabar luar biasa Najib dalam menangani tekanan.

Program Penggajian & Penempatan Semula PATI (Program Rehiring)

Image
Syarat-Syarat Program Penggajian & Penempatan Semula PATI (Program Rehiring) http://rehiring.imi.gov.my/Lampiran_1_Syarat_Program.pdf Program Penggajian & Penempatan Semula PATI (Program Rehiring) http://rehiring.imi.gov.my Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan JIM pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam melalui talian 03 - 8880 1555.

Peserta Tempatan Disaran Terus Terajui Industri Halal

Image
Pihak berkepentingan tempatan dalam industri halal perlu meningkatkan pelaburan dalam bidang baru dan terus berada di barisan hadapan dalam industri halal global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Apa yang diperlukan ialah penyelidikan dan pembangunan yang lebih intensif serta inovasi yang lebih untuk mencari alternatif halal menggunakan derivatif minyak sawit untuk menggantikan bahan-bahan tidak halal.

Industri Halal Malaysia Tarik Pelaburan RM10.6 Bilion Pada 2015

Image
Industri halal Malaysia menerima pelaburan bernilai RM10.6 bilion pada 2015 dengan RM5.6 bilion pelaburan asing dan bakinya pelaburan tempatan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelabur asing datang dari AS, Jepun, Itali, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan, United Kingdom dan Singapura.

Pekerja Asing: Kenapa Takde Siapa Tanya Majikan?

Image
PIHAK yang paling layak bercakap tentang kemasukan pekerja asing ini sebetulnya ialah mereka yang membawa mereka masuk – majikanlah tu.   Di Malaysia ini kita ada beberapa persekutuan majikan, sama ada dia guna terus nama persekutuan majikan seperti Malaysian Employer Federation (MEF) atau nama seperti Federation Manufacturer of Malaysia (FMM) – pun sebenarnya sebuah persekutuan majikan jugaklah sekalipun tidak ada nama majikan padanya. Wajib cari mereka ini sebab kalau pekerja asing masuk, ia adalah berdasarkan permintaan dari majikan.  Majikan yang kena pohon, majikan yang kena uruskan dokumentasi, pemeriksaan kesihatan, temuduga, penginapan, bayar gaji dan sebagainya – semua majikan. Tidak pernah berlaku kerajaan bawa pekerja asing masuk, lepas tu baru cari majikan.  Mesti ada majikan dulu baru dibenarkan pekerja asing ini masuk .  Visa masuk (Entry Visa) pun ada nama majikan padanya, maksud, dah ada majikan sebelum masuk. Maka itulah jadi hairan kenapa dalam isu kemasuk

FMM Digesa Keluar Perangkaan Jumlah Pekerja Asing Diperlukan

Image
Anggota Dewan Negara Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam menggesa Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mengeluarkan perangkaan sebenar jumlah pekerja asing yang diperlukan dalam sektor tertentu untuk menampung kekurangan tenaga kerja di negara ini. Beliau berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan segera demi kebaikan semua pihak dan tidak hanya menuding jari antara satu sama lain.

Malaysia, UK Tingkat Kerjasama Tangani Ancaman Daesh

Image
Malaysia dan United Kingdom (UK) akan meningkatkan kerjasama dalam menangani ancaman kumpulan pengganas Daesh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu adalah antara intipati perbincangannya bersama Menteri Perolehan Pertahanan UK Philip Dunne dalam pertemuan di pejabatnya, di sini Isnin.

Dilema Anak Muda Tak Mahu Dianggap Setaraf Mat Bangla

Image
“Bangla pun ada cuti”, itu adalah antara ayat gurauan anak-anak muda negara ini apabila merujuk kepada rakan mereka yang tidak dapat bercuti atau terlalu sibuk dengan kerja. Walaupun ia hanya ungkapan gurauan namun seperti meletakkan satu ‘level’ kepada pekerja asing. Persoalannya adalah sama ada ‘level’ mereka lebih tinggi atau rendah pada pandangan anak muda masa kini.

Melayu Islam Perlu Tolak Fitnah, Perpecahan Dalaman

Image
Orang Melayu beragama Islam perlu menolak fitnah dan perpecahan dari dalam bagi membolehkan bangsa itu membina kekuatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata Melayu Islam perlu mengambil pengajaran daripada kejatuhan empayar Islam dan empayar Melayu sebelum ini, disebabkan fitnah dan perpecahan dari dalam bangsa itu sendiri.

Kejara, AES Dan Denda Tinggi Untuk Beri Kesedaran Kepada Pengguna Jalan Raya

Image
Kombinasi penguatkuasaan Sistem Pemberian Mata Demerit (Kejara), Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) serta kadar denda tinggi boleh memberi kesedaran kepada pengguna agar lebih berhati-hati di jalan raya. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah tiba masanya Kejara yang sebelum ini dikuatkuasakan, namun dihentikan buat sementara, dilaksanakan semula dengan dilakukan beberapa modifikasi.

Mahkamah Khas Bicara Kes Dadah Akan Diwujudkan

Image
Sebuah mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan dadah akan diwujudkan secara berperingkat di seluruh negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata ia berikutan permintaan daripada badan bukan kerajaan (NGO), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkilan ekoran terdapat kes reman yang tidak dapat diselesaikan perbicaraannya di mahkamah.

Majlis Halal Malaysia Kemudi Industri Halal Negara

Image
Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia dibubarkan mulai hari ini dan digantikan dengan Majlis Halal Malaysia (MHM). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan perkara itu berkata melalui MHM, pembahagian tugas mengenai perkembangan industri halal akan dibahagikan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Halal Industry Development Corp (HDC).

Kemasukan Pekerja Bangladesh Ke Malaysia Atas Permintaan Industri

Image
Kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh bukannya kehendak kerajaan tetapi dibuat atas permintaan industri bagi sektor yang dibenarkan, persatuan dan dewan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menjelaskan bahawa kemasukan pekerja Bangladesh itu tidak akan dibuat secara serentak, sebaliknya dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

TPM Mahu Usaha Dakwah Melalui Internet Diperluas

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa supaya penyebaran dan usaha dakwah melalui internet diperluaskan seiring penggunaan media tradisional. Beliau berkata penyampaian dakwah melalui internet merentasi sempadan serta mampu menyasarkan segenap lapisan bangsa.

Perdana Menteri Hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Anjuran MCA

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menghadiri majlis itu yang diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini.

TPM Tekad Mahu Banteras Rasuah Bola Sepak

Image
Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap perbuatan seperti itu pada musim ini dan meminta persatuan negeri dan kelab yang menghidu perbuatan itu supaya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. "Jika terdapat dalam kalangan pemain, jurulatih mahupun pegawai yang terlibat dalam menjual permainan dan ada bukti, polis akan tetap mengambil tindakan tegas.

Jangan Politikkan Keputusan Peguam Negara Kaji Semula Hukuman OSA

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan keputusan Peguam Negara untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. "Ini harus dihormati. Jika kenyataan peguam negara juga dipolitikkan maka, kita tidak ada asas untuk menolak kerana beliau mahu menegakkan perundangan bukan untuk mempolitikkan sesuatu isu... ini tidak harus dilihat sebagai isu politik oleh sesiapa sahaja termasuk pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Khas bersama UMNO Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

UMNO: Semangat Perpaduan Anggota Mampu Atasi Permasalahan Parti

Image
Semangat perpaduan dalam kalangan anggota UMNO dari dahulu hingga kini berupaya mengatasi permasalahan yang timbul, sekali gus mengukuhkan parti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata sebelum ini, parti itu pernah melalui cabaran-cabaran yang lebih hebat lagi.

TPM Makan Tengah Hari Bersama Badan Perhubungan UMNO Johor

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri majlis makan tengah hari tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO Johor. Naib Presiden UMNO itu tiba pada kira-kira 1.00 tengah hari di majlis diadakan di Hotel Puteri Pacific, di sini, dengan diiringi Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahmad Zahid Menghadap Sultan Johor Di Istana Pasir Pelangi

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di sini. Ahmad Zahid, yang tiba kira-kira 11.10 pagi, berada kira-kira sejam di istana itu, sebelum beredar pada pukul 12.10 tengah hari.

Semoga Tahun Baharu Cina Terus Pererat Perpaduan Rakyat

Image
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina Isnin ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan harapan agar jalinan perpaduan di antara rakyat menjadi lebih erat. Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata ini dapat dicapai meskipun wujud perbezaan agama dan budaya, tetapi rakyat tetap sehati sejiwa.

Keputusan Kadar Baharu Levi Pekerja Asing Selepas Chap Goh Mei

Image
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat dengan majikan dan pelbagai pihak berkentingan selepas perayaan Chap Goh Mei ini bagi menentukan sama ada mengekalkan atau menaikkan kadar baharu levi pekerja asing. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat itu bakal disertai Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan persatuan-persatuan yang mewakili majikan dan dewan perniagaan.

Bekas Pemimpin UMNO Perlu Sokong Kepimpinan Sekarang

Image
Bekas kepimpinan UMNO perlu menyokong kepimpinan sekarang sebagaimana mereka memerlukan sokongan ketika memiliki jawatan dahulu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri turut bersetuju dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menerusi laman Facebooknya yang menempelak Tan Sri Rafidah Aziz yang didakwa menyimpang daripada nasihat yang selalu diberi.

Pendidikan Asas Silang Budaya Perlu Ditekankan Dalam Sukatan Pelajaran

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan pendidikan asas silang budaya diberi penekanan dalam sukatan pelajaran bermula daripada peringkat prasekolah ataupun tadika. Beliau berkata langkah itu perlu untuk memupuk perpaduan lebih jitu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang kini dilihat semakin terjarak.

Program Penggajian Dan Penempatan Semula PATI Secara Dalam Talian Bermula 15 Feb

Image
Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam talian akan dilaksanakan bermula 15 Feb ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata buat permulaan program yang akan memanfaatkan kira-kira dua juta pekerja asing tanpa dokumen yang sah itu akan dilaksanakan selama tiga bulan.

TPM Lancar Dasar Keselamatan Dalam Negeri

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN) yang merupakan satu dasar komprehensif aspek keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam serta ancaman keganasan global. Beliau, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata matlamat kerajaan memperkenalkan DKDN adalah untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat, aman dan berupaya mempertahankan kepentingan nasional.

Lawatan TPM ke China rungkai kekeliruan

Image
Lawatan kerja empat hari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya menyelesaikan kekeliruan berhubung pelaksanaan sistem visa elektronik, E-visa dan pengecualian visa pengunjung China. Kejayaan yang dicapai dalam tempoh singkat itu adalah hasil keakraban Malaysia-China yang disifatkan Timbalan Perdana Menteri sebagai 'hubungan luar biasa'.

Beri masa kepada Ahmad Bashah majukan Kedah

Image
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan membolehkan lebih peruntukan disalurkan kepada pentadbiran Kedah yang kini diterajui Menteri Besarnya yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat membantu Ahmad Bashah yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-12, menjalankan tugas bagi membangunkan lagi negeri itu.

TPPA: Kronologi peristiwa

Image
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mengambil masa lima tahun dan 19 pusingan rundingan sebelum ia dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015. Perjanjian itu bertujuan mendapatkan perdagangan yang lebih bebas dengan mengurangkan tarif, meningkatkan akses pasaran dan menetapkan titik persamaan standard buruh dan alam sekitar serta perlindungan harta intelektual.