Ahmad Zahid Menghadap Sultan Johor Di Istana Pasir Pelangi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di sini.

Ahmad Zahid, yang tiba kira-kira 11.10 pagi, berada kira-kira sejam di istana itu, sebelum beredar pada pukul 12.10 tengah hari.


Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, dijadualkan makan tengah hari bersama anggota Badan Perhubungan UMNO Johor di sebuah hotel di bandar raya ini.

Beliau juga dijangka menghadiri majlis ramah mesra bersama anggota UMNO Johor pada petang ini.

- BERNAMA -

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi