Posts

Showing posts from January, 2016

Zahid Mulakan Lawatan Ke China Esok

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan kerja ke China mulai esok hingga 4 Feb. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata ini merupakan lawatan kerja pertama Ahmad Zahid ke negara itu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau dijadual melakukan kunjungan hormat terhadap para pemimpin China serta mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Pusat Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Parti Komunis China Meng Jiangzhu dan Menteri Keselamatan Awam Gou Shengkun. Lawatan ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, terutama dalam bidang keselamatan, memerangi keganasan dan hal ehwal imigresen, kata kenyataan itu. Ahmad Zahid akan diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan para pegawai kanan Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri. Malaysia dan China menjalin hubungan dan kerjasama rapat dalam bidang penting seperti politik, ekonomi dan perdagangan, pertahanan dan keselamatan. Kenyataan itu berkata China me

Tinjauan Mesra TPM Di Pasar Sentral Sibu

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melakukan tinjauan mesra di Pasar Sentral Sibu sempena lawatan kerja ke sini. Sebaik tiba pada 8.30 pagi Ahmad Zahid mengambil peluang beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di situ. Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan mengambil gambar 'selfie' dengan pemimpin nombor dua negara itu. "Saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat bersua muka dengan TPM hari ini. Puas hati saya sebab selama ini hanya dapat melihatnya di televisyen," kata penjual buah, Saadiah Lek kepada Bernama mengenai pemimpin negara itu. Dalam tinjauan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sempat membeli lima kg duku dan lima kg rambutan dari gerai Saadiah. Ahmad Zahid turut bersarapan di Pasar Sentral Sibu dan berkesempatan merasa udang kering yang dipanggil masyarakat tempatan sebagai 'sessar'. Beliau meluangkan masa lebih sejam di situ sebelum meneruskan lawatannya ke Unite

Program Transformasi Sosio Ekonomi Sarawak Pasti Berjaya

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Program Transformasi Sosio Ekonomi 15 tahun Sarawak yang menumpukan kepada transformasi di kawasan luar bandar, bermula tahun ini akan berjaya. Beliau berkata faktor itu adalah kerana penduduk negeri berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama sentiasa bersatu.

Adenan Ikhlas Dalam Perjuangan Bela Rakyat Sarawak

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, ikhlas dalam perjuangannya membela nasib rakyat Sarawak. Ahmad Zahid berkata selepas mengambil alih tampuk kepimpinan negeri ini daripada Tun Abdul Taib Mahmud, Adenan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perjuangannya agar suara rakyat Sarawak didengar oleh pemimpin-pemimpin pusat.

RELA Sarawak terima RM8 juta untuk seragam.

Image
Sambutan Hari RELA Ke-44 hari ini cukup bermakna bagi lebih 320,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sarawak apabila menerima peruntukan RM8 juta daripada kerajaan untuk membeli pakaian seragam lengkap. Pengumuman peruntukan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, di hadapan lebih 10,000 anggota RELA di Dataran Sibu, sebentar tadi.

Kemudahan Kem Batalion 10 PGA dinaik taraf

Image
Kemudahan asas termasuk kuarters kediaman anggota di Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Lanang di sini, perlu dipertingkat berikutan keadaannya yang semakin usang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pencapaian pasukan berkenaan diiktiraf antara Batalion PGA terbaik negara, namun kemudahan di kem yang dibina pada tahun 1968 dengan sebahagian besar struktur daripada kayu itu amat menyedihkan. "Keadaan kem ini amat teruk. Sebelum ini saya hanya mendengar taklimat mengenainya ketika berkunjung ke Kuching dan Sibu tetapi hari ini saya melihat sendiri keadaannya. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, turut mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk menaik taraf surau dan RM100,000 bagi menaik taraf gereja dalam kem berkenaan. Beliau berkata, lebih banyak peruntukan akan disalurkan untuk menaik taraf kemudahan dalam kem berusia 47 tahun itu.

Teks Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Pengubahsuaian Bajet 2016

Image
Berikut teks penuh perutusan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Pengubahsuaian Bajet 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

TPM tiba di Sibu untuk lawatan kerja dua hari

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Sibu, di sini, jam 8.30 malam semalam, untuk mengadakan lawatan kerja dua hari, di bandar itu.

TPM mohon bajet tambahan untuk pelancongan

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memohon peruntukan tambahan bagi meningkatkan sektor pelancongan negara. Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau sendiri akan memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai hasrat itu dengan harapan supaya kegiatan promosi pelancongan dapat diperhebatkan.

TPM rasmi FAO di Melaka

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Freeport A'Famosa Outlet (FAO), dekat sini, pada jam 9.05 pagi tadi bagi merasmikan pusat beli-belah itu. Ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; barisan EXCO kerajaan negeri dan Pengarah Komersial Peruncit Freeport, Chris Miliken.

Siasatan Sumbangan Dana Dilakukan Secara Teliti, Menyeluruh

Image
Siasatan yang membawa kepada penemuan Peguam Negara berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion dilakukan secara teliti dan menyeluruh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata setiap bukti dan perkara berkaitan, disiasat dengan mendalam. "Tiada siapapun harus mempersoalkan proses undang-undang kita atau kecekapan dan kebebasan institusi di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

RDC3 Mula Beroperasi Mei Ini

Image
Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) yang dihoskan Malaysia akan mula beroperasi 1 Mei ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kerajaan Malaysia telah meluluskan peruntukan awal RM200 juta bagi tujuan berkenaan. "Kita akan guna templat yang ada di Amerika Syarikat dan Emiriyah Arab Bersatu, dan kita akan wujudkan di Malaysia," katanya dalam sidang media selepas menutup Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC) di sini, hari ini. Malaysia sebelum ini, dipilih Amerika, menjadi tuan rumah pusat digital serantau untuk memerangi golongan pelampau dan mengiktiraf komitmen negara dalam menangani keganasan. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sekurang-kurangnya tiga agensi berbeza akan mengendali pusat berkenaan. Sebelum ini, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Pengganas Sudah Dipulihkan Bagi Deradikalisasi Ekstremis Di Bawah POTA

Image
Malaysia menggunakan pengganas yang sudah berjaya dipulihkan sebagai contoh dan teladan baik dalam kaedah untuk proses deradikalisasi ekstremis, yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kaedah itu merupakan satu daripada empat bahagian dalam modul negara bagi program deradikalisasi dan pemulihan. "Bekas pengganas atau individu yang sudah berjaya dipulihkan boleh menjadi contoh baik dan mampu memujuk bekas rakan seperjuangan untuk meninggalkan perjuangan mereka yang telah disalah tafsir. "Mereka juga lebih berwibawa untuk menunjukkan mana-mana fakta penting berkaitan radikalisme yang telah disalah tafsir dan diselewengkan," katanya semasa menyampaikan kenyataan peringkat menteri berhubung Dasar Deradikalisasi antara negara-negara peserta pada Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) di sini hari ini. Tiga lagi bahagian dalam program

Zahid Terima Kunjungan Menteri Kehakiman Australia

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kehakiman dan Menteri Pembantu Perdana Menteri Mengenai Pencegahan Keganasan Australia Michael Keenan. Perjumpaan 30 minit di luar Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) itu, antara lain bertujuan membincangkan isu keselamatan dan usaha ke arah memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Terdahulu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, mewakili Malaysia pada sesi pertama persidangan mengenai Dasar Deradikalisasi itu. Sesi itu juga disertai Keenan, Jen Anupong Paojinda (Menteri Dalam Negeri Thailand), Petrus Golose (Pengarah Kerjasama Antarabangsa, Agensi Antikeganasan Indonesia) dan Liu Yuenjin (Timbalan Menteri Keselamatan Awam China). IDC 2016, yang berlangsung selama dua hari, disertai para menteri dari negara anggota ASEAN dan sembilan rakan strategik Malaysia iaitu Australia, Perancis, It

Menangani Perbuatan Ekstremisme, Khususnya Pengebom Bunuh Diri, Adalah Penting - Ahmad Zahid

Image
Kerjasama semua negara dan perkongsian maklumat yang diperlukan pihak berkuasa keselamatan, dapat mencegah lebih awal sebarang bentuk serangan pengganas, terutamanya pengebom bunuh diri. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengebom bunuh diri semakin menjadi ancaman besar kerana mereka boleh menyebabkan kerosakan serius serta menyamar sebagai sesiapa sahaja termasuk pelancong, pekerja pejabat, orang awam, pekerja kilang, pelajar dan pendakwah. "Bahan yang digunakan mereka untuk membuat bom, boleh diperoleh dari persekitaran, tempat mereka merancang untuk menyerang. "Manual untuk membuat bahan letupan yang boleh membawa maut juga boleh didapati secara dalam talian," katanya pada majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016, selama dua hari di sini, hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan persidangan berkenaan. Justeru, Ahmad Zahid berkata, pertukaran idea dan

Pendekatan lebih komprehensif perangi keganasan

Image
Pendekatan lebih komprehensif dan baharu perlu dilaksanakan dalam usaha memerangi aktiviti keganasan serta radikal yang sering berubah mengikut peredaran masa. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia sendiri sudah melaksanakan pelbagai langkah dalam menangani isu berkenaan termasuk memperketatkan lagi undang-undang serta menjalankan operasi penguatkuasaan dengan lebih meluas.

PDRM bersedia untuk menangani sebarang Serangan

Image
Ketua Cawangan Bahagian Counter Terrorism Khas Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Ayob Khan berkata ancaman Negara Islam adalah ketara. '' Ia tidak boleh dipandang ringan. Kita perlu berjaga-jaga pada setiap masa, "katanya.

Kenyataan Media

Image
Kenyataan Media Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Dalam Negeri

Pasukan Keselamatan Sentiasa Lindungi Malaysia

Image
Pasukan keselamatan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk melindungi negara ini daripada sebarang ancaman, demikian jaminan yang diberi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Rakyat Malaysia diberi jaminan bahawa pasukan keselamatan kita sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk melindungi kita semua ketika kita tidur hinggalah apabila kita bangun pada keesokan harinya," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Jakarta

Image
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Jakarta, Indonesia hari ini yang mengorbankan nyawa beberapa orang yang tidak berdosa. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbuatan keji itu harus dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.

Malaysia Komited Dukung 16 Prinsip Teras Piagam Komanwel

Image
Malaysia komited untuk mendukung 16 prinsip teras Piagam Komanwel termasuk tadbir urus demokratik yang diperkemas dan diperkukuh dari semasa ke semasa selain peranan penting Parlimen, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata tadbir urus demokratik dan hak asasi manusia meliputi hal berkaitan keamanan dan keselamatan, toleransi dan hormat, kebebasan memberi pendapat, pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang, yang menjadi tonggak Komanwel serta termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Ahmad Zahid Mohon Masjid Terapung Dinamakan Bersempena Allahyarham Mertuanya

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memohon untuk menamakan sebuah masjid terapung yang sedang diusahakan keluarganya untuk dibina di Masjid Tanah di sini sebagai 'Masjid Terapung Salmah Khamis' bersempena nama Allahyarham ibu dan bapa mertuanya. Permohonan itu disuarakan oleh beliau kepada jawatankuasa masjid itu dan mengambil nama ibu mertuanya, Allahyarhamah Salmah Yahya dan bapa mertuanya Allahyarham Khamis Dalip.

Seragamkan Kurikulum Maahad Tahfiz Di Seluruh Negara

Image
Kurikulum maahad tahfiz di seluruh negara perlu diseragamkan untuk menghasilkan huffaz profesional cemerlang yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata penyeragaman kurikulum itu dapat mengelakkan 'caca marba' dalam sistem pendidikan maahad tahfiz di negara ini dan mewujudkan satu silibus berkesan untuk maahad tahfiz tersebut.

Jangan Guna Landasan Politik Untuk Kepentingan Perniagaan Dan Peribadi

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu ahli politik yang lebih mengutamakan perniagaan serta kepentingan peribadi berbanding khidmat kepada rakyat untuk berundur daripada pentas politik. Beliau berkata sikap segelintir pemimpin dan anggota politik itu merosak dan mencemar nama baik parti serta negara.

Zahid Pengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi Tangani Kos Sara Hidup

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa tertinggi bagi menangani kos sara hidup rakyat di sini. Mesyuarat tiga jam itu bertujuan memastikan usaha berterusan ke arah menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat secara bersepadu bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO).

Pendekatan Jangka Panjang Sarawak Tangani Banjir Terbaik Dalam Negara

Image
Pendekatan jangka panjang yang diguna pakai oleh kerajaan negeri Sarawak dalam menangani masalah banjir adalah yang terbaik dalam negara dan wajar dicontohi negeri lain, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sebagai contoh, katanya, pembinaan empangan serta bendungan rendah yang dapat mengawal paras air di sungai dan disesuaikan dengan keperluan semasa, di samping keberkesanan gerakan bersepadu oleh pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) yang diterajui Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu.

TPM Lawat Baraj Sungai Sarawak

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini melawat baraj atau bendungan Sungai Sarawak di sini yang merupakan sebahagian daripada Skim Pengawalan Sungai Sarawak (SSRS). Beliau yang diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang tiba di baraj yang merentangi Sungai Sarawak di Sejingkat itu kira-kira 9.40 pagi.

Ahmad Zahid Cabar Karyawan Hasilkan Karya Bermutu Untuk Memenangi Hadiah Nobel

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencabar rakyat Malaysia terutama para sarjana, ahli akademik dan karyawan supaya menghasilkan karya bermutu tinggi yang mampu menjadi 'siulan' masyarakat antarabangsa malah mampu memenangi hadiah Nobel. Timbalan Perdana Menteri berkata karyawan dalam genre fiksyen misalnya, juga perlu mengorak langkah dan bekerjasama bersama penerbit filem bagi menghasilkan filem dan telenovela bertaraf antarabangsa.

Ahmad Zahid Tiba Di Kuching Untuk Lawatan Kerja

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, semalam untuk lawatan kerja dua hari. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, timbalannya Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, menteri-menteri kabinet negeri dan para pemimpin masyarakat tempatan serta orang kenamaan.

Bagan Datoh Daerah Kecil Baharu Di Perak

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengumumkan bahawa Bagan Datoh kini sebuah daerah kecil yang baharu di Perak. Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. "Saya telah merafak sembah kepada Sultan dan dengan sokongan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Bagon Datoh menjadi daerah kecil dengan rasminya.

Kerajaan Pastikan PDRM Terus Cemerlang Melalui Penambahbaikan

Image
Kerajaan akan memastikan perkhidmatan cemerlang Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini akan terus diperkukuhkan menerusi usaha-usaha penambahbaikan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata beliau secara peribadi berazam untuk memastikan PDRM terus cemerlang di mata rakyat dan di persada negara ini.

Aset, Program Latihan UTK Ditingkatkan

Image
Keupayaan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dipertingkatkan lagi menerusi pembelian aset terkini, selain skim latihan lebih baik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata insentif penambahbaikan aset dan perkakasan yang akan dimulakan tahun ini itu adalah penting dalam meningkatkan kesiapsiagaan unit elit PDRM itu bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan.

TPM Umum Penubuhan NADMA, Selaras Pengurusan Bencana Negara

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang akan bertindak sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana termasuk banjir. Ahmad Zahid berkata agensi tersebut yang kali pertama beroperasi musim banjir kali ini bukan untuk mengambil alih peranan agensi berkenaan, namun ia diwujudkan untuk memastikan segala bantuan mangsa banjir dapat disalurkan dengan lebih efektif dan tersusun. "NADMA diwujudkan bukan untuk ambil fungsi agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), bomba, RELA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi untuk menguruskan dan menyelaras apa juga bencana yang berlaku di negara kita. "Jadi agensi lain tak payahlah kedekut untuk beri pinjam bot atau aset-aset lain kerana semua yang dilakukan ini adalah untuk kebajikan rakyat kita yang terlibat dengan bencana termasuk banjir,&