Zahid Terima Kunjungan Menteri Kehakiman Australia

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kehakiman dan Menteri Pembantu Perdana Menteri Mengenai Pencegahan Keganasan Australia Michael Keenan.

Perjumpaan 30 minit di luar Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) itu, antara lain bertujuan membincangkan isu keselamatan dan usaha ke arah memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, mewakili Malaysia pada sesi pertama persidangan mengenai Dasar Deradikalisasi itu.

Sesi itu juga disertai Keenan, Jen Anupong Paojinda (Menteri Dalam Negeri Thailand), Petrus Golose (Pengarah Kerjasama Antarabangsa, Agensi Antikeganasan Indonesia) dan Liu Yuenjin (Timbalan Menteri Keselamatan Awam China).

IDC 2016, yang berlangsung selama dua hari, disertai para menteri dari negara anggota ASEAN dan sembilan rakan strategik Malaysia iaitu Australia, Perancis, Itali, Jepun, China, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada