Posts

Showing posts from April, 2017

Penasihat Pemimpin Negara Harus Sedia Terima Pandangan Orang Lain - Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Penasihat kepada pemimpin negara harus berfikiran terbuka dan bersedia menerima pandangan orang lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana mereka memainkan peranan penting dalam membantu pemimpin mentadbir negara dengan lebih cemerlang

TPM umum percepat naik taraf IPD Kinabatangan

Image
KINABATANGAN - Timbalan Perdana Menteri berkata, kerja menambah baik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan akan dipercepatkan menerusi pelan pusingan kedua Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11). Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan bagi melaksanakan pembaikan itu sudah dimasukkan dalam pelan pusingan ketiga, namun akan dipercepatkan.

Zahid rasmi pejabat baharu UMNO Semporna

Image
SEMPORNA - Selepas beroperasi tanpa pejabat sejak hampir 10 bulan lalu, UMNO Bahagian Semporna semalam secara rasmi memiliki pejabat sendiri yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Jalan Hospital / Jalan Balai Polis, dekat sini. Ia berlaku susulan bekas Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar parti pada hujung Jun 2016 sebelum bangunan UMNO sedia ada dijadikan pejabat Parti Warisan Sabah (Warisan), iaitu parti pembangkang tempatan baharu diketuainya. Ahmad Zahid ketika merasmikan pejabat UMNO Bahagian Semporna yang baharu itu, menegaskan kekuatan parti bukan terletak pada individu, seperti juga keutuhan UMNO Semporna tidak bergantung kepada Mohd Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO. "Ketua UMNO bukan pada siapa diri kita... siapa Datuk Seri Musa Aman (Ketua Menteri Sabah) dan Zahid Hamidi kalau bukan kerana UMNO. Sebab itu kalau (ada pemimpin) nak pergi, pergilah, tetapi apa yang pent

Zahid Yang Cadang Hishammuddin - Najib

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri selain menyandang jawatan Menteri Pertahanan, adalah atas saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Perdana Menteri, sebelum pelantikan itu diumumkan beliau pada Rabu lalu (12 April), ia telah dibincangkan dengan timbalannya itu yang juga Menteri Dalam Negeri selama berbulan-bulan.

100 Kes Pemerdagangan Orang Berjaya Disabitkan Tahun Lepas - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 kes pemerdagangan orang dan kes yang mempunyai unsur pemerdagangan orang telah disabitkan di mahkamah sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata jumlah itu merupakan peningkatan yang memberangsangkan berbanding hanya tujuh sabitan direkodkan pada tahun 2015.

Jangan masuk campur urusan Islam - TPM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak masuk campur urusan orang Islam di negara ini dengan cuba mengajar mereka cara mengukuhkan undang-undang Islam. Tanpa menyebut mana-mana undang-undang, Timbalan Perdana Menteri berkata, semua rakyat Malaysia harus menghormati agama Islam yang tercatat dalam Perkara Tiga Perlembagaan Malaysia. "Mereka jangan cuba ajar kita bagaimana untuk memperkukuhkan undang-undang agama kita. Kita tidak berhasrat untuk menyentuh agama lain. Tolong hormati agama kami jika mahu kami menghormati agama anda. "Saya tidak berhajat mahu cabar sesiapa. Tetapi sesuatu yang baik kita mahu laksanakan sebagai kebaikan ummah, perlu ke kita tanya pada orang lain yang tidak satu akidah dengan kita setakat mana harus ambil wuduk? "Sampai siku atau lengan? Bukan hak mereka untuk ambil tahu, itu ibadah kita. Apatah lagi apabila mereka pertikai bagaimana kita rukuk dan sujud. Saya tidak menyentuh apa-apa perun

Pembentangan RUU 164 Ditangguhkan - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 ditangguhkan pada persidangan Parlimen sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata langkah menangguhkan pindaan Akta 164 itu untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan fatwa dan Perlembagaan Persekutuan.

Wajib ada Kad Senjata mulai 1 Jun - KDN

Image
PUTRAJAYA - Berkuatkuasa 1 Jun ini, semua pelesen dan pemilik permit senjata api wajib memiliki Kad Senjata, sebagai pelengkap kepada buku senjata sedia ada. Kad berkenaan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini.

Perlu Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal - Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Pengiktirafan bersama pensijilan halal perlu digalakkan dalam kalangan pelbagai badan pensijilan di seluruh dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau mencadangkan perkara ini berdasarkan kemungkinan agak sukar untuk mempunyai satu standard pensijilan yang seragam. Timbalan perdana menteri menarik perhatian bahawa terdapat lebih 200 badan pensijilan di seluruh dunia yang mengeluarkan sijil dan logo halal masing-masing. "Kita patut menggalakkan pengiktirafan bersama pensijilan masing-masing. Saya benar-benar berharap kita meneliti secara serius akan kemungkinan penyelesaian ini," kata Ahmad Zahid semasa merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. Ketiadaan pensijilan yang seragam merupakan satu cabaran, katanya, selain memelihara integriti status halal itu. Ahmad Zahid berkata Malaysia telah memasuki fasa ketiga dan fasa akhir pelaksanaan Pelan Induk

Akta 164: Kerajaan utama kepentingan negara

Image
PUTRAJAYA - Semua pihak perlu berlapang dada mengenai apa juga keputusan kerajaan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan menghormati pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menggesa supaya pembentangan RUU itu ditangguhkan dan fatwa yang dikeluarkan mengenainya sebelum itu. Bagaimanapun katanya, kerajaan akan melihat bahawa kepentingan negara mengatasi kepentingan lain. "Kita menghormati agama dan hak semua kaum. Dalam soal ini, keputusan kerajaan berdasarkan kepentingan negara. "Saya akan berbincang dengan Datuk Seri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang akan diberi tanggungjawab membentangkan RUU itu (berhubung gesaan Harussani)," katanya kepada media selepas melawat The International Modern Arabic School (IMAS) di sini, hari ini. Semalam, Harussani menggesa kerajaan menangguhkan RUU berken

Syarikat Disaran Perkenal Dasar Kepelbagaian - TPM

Image
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa dasar sedia ada boleh diubah suai bagi memberi impak lebih besar dalam memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara. Timbalan Perdana Menteri berkata ia termasuk cadangan supaya syarikat termasuk yang dimiliki bukan Bumiputera yang mendapat konsesi atau pembiayaan kerajaan memperkenalkan dasar kepelbagaian dalam pengagihan projek.

Hampir 1,000 Ditahan SOSMA Sejak 2012 - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Seramai 979 orang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA) sejak hampir lima tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu semalam. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tahanan itu dibuat sejak 31 Julai 2012 hingga 22 Feb lepas.