Posts

Showing posts from July, 2016

Ahmad Zahid Terima Kunjungan Lapan Ketua Perwakilan Malaysia Ke Luar Negara

Image
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat lapan ketua perwakilan Malaysia ke luar negara yang baru dilantik, di pejabatnya di Perdana Putra, di sini Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Switzerland Datuk Mahinder Singh Ram Singh, Datuk Raszlan Abdul Rashid (Filipina), Mohd Hassan Bal (Croatia), Muzafar Shah Mustafa (Venezuela), Roseli Abdul (Turkmenistan) dan Abdul Razak Abd Wahab (Turki).

Malaysia Pandang Serius Saman Sivil DOJ - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman pelucutan hak sivil yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau berkata Malaysia menyambut baik usaha DOJ Amerika Syarikat dalam memerangi rasuah antarabangsa dan menggesa semua pihak terlibat supaya memberi kerjasama sepenuhnya supaya proses undang-undang dapat dilaksanakan.

TPM Hadiri Majlis Rumah Terbuka Menteri Sabah, Persekutuan Di Tuaran

Image
TUARAN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dihoskan secara bersama. Beliau, yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, meluangkan masa kira-kira 45 minit sebelum menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Ramlee Marahaban di Putatan.

TPM Lancar Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Timur Di Kota Belud

Image
KOTA BELUD - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Timur (EM-IIG) di Kampung Rampayan Laut, di sini. Projek dikendalikan oleh Syarikat Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd (Xiddig) itu akan melalui empat fasa, yang mana, tiga fasa pembangunan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan anggaran kos sejumlah RM850 juta dalam bentuk Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Ahmad Zahid Umum US$100,000 Bagi Penubuhan Pusat Islam Dan Melayu Di Colombo

Image
COLOMBO (Sri Lanka) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Sri Lanka semalam, mengumumkan sumbangan US$100,000 bagi mewujudkan sebuah pusat Islam dan Melayu di Colombo, Sri Lanka. Bercakap kepada media Malaysia di sini, Ahmad Zahid menjelaskan peruntukan itu bukannya daripada kerajaan, sebaliknya sumbangan daripada sebuah yayasan.

Pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan - TPM

Image
COLOMBO (SRI LANKA) - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempelawa lebih ramai pelabur dari Sri Lanka memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpenting mereka. Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini jumlah pelaburan syarikat dari Malaysia di Sri Lanka kira-kira AS$2 bilion (RM8.1 bilion) dalam pelbagai sektor.

Malaysia Dan Sri Lanka Nikmati Hubungan Rapat - Ahmad Zahid

Image
COLOMBO (SRI LANKA) - Malaysia dan Sri Lanka menikmati hubungan yang rapat terutama dari segi diplomatik dan budaya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap pada majlis makan malam dengan Diaspora Malaysia di Sri Lanka dan kumpulan-kumpulan yang menjadi rakan Malaysia di sini malam tadi, Ahmad Zahid berkata lawatan dua hari beliau ke negara pulau republik itu, walaupun singkat, adalah penting.

Ahmad Zahid Buat Kunjungan Hormat Ke Atas PM Sri Lanka Dan Menteri Luar

Image
COLOMBO (SRI LANKA) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dalam rangka lawatan kerja dua ke Sri Lanka, dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe pagi ini. Kunjungan hormat itu akan diadakan di pejabat Wickremesinghe di Temple Tree, Colombo 3, di sini, kira-kira 9.30 pagi.

Usahasama Hyrax-CPC Bukti Hubungan Baik Malaysia Dan Sri Lanka - Ahmad Zahid

Image
COLOMBO (Sri Lanka) - Usahasama antara syarikat Malaysia, Hyrax Oil dan syarikat minyak kebangsaan Sri Lanka, Ceylon Petroleum Corporation (CPC) membuktikan komitmen dan hubungan baik bukan sahaja antara komuniti perniagaan malah di peringkat kerajaan kedua-dua negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata inisiatif itu juga menunjukkan hubungan dua hala yang stabil dan semakin kukuh antara Malaysia dan Sri Lanka.

Ahmad Zahid Lawat Sri Lanka Dua Hari Mulai Khamis, Erat Hubungan Dua Hala

Image
COLOMBO (SRI LANKA) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan memulakan lawatan kerja dua hari ke Sri Lanka mulai Khamis, mempunyai jadual ketat termasuk melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Sr Lanka Maithripala Sirisena. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka Wan Zaidi Wan Abdullah berkata lawatan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara Kuala Lumpur dan Colombo.

India Mahu Malaysia Jadi Penggerak Utama Tangani Isu Antarabangsa

Image
NEW DELHI - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata India mahu Malaysia menjadi penggerak utama dalam menangani beberapa isu antarabangsa khususnya mengenai keganasan dan deradikalisasi. Timbalan Perdana Menteri, berkata perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi kepada beliau dalam satu pertemuan tertutup, lewat petang semalam.

India Mahu Malaysia Ketuai Dunia Perangi Keganasan - Ahmad Zahid

Image
NEW DELHI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata India mahu Malaysia berada di barisan hadapan dalam menangani ancaman keganasan dan radikal kumpulan militan Daesh di peringkat global. Beliau berkata ini dinyatakan dalam pertemuan tertutup antara beliau dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di residensi rasmi Modi di sini pada Selasa.

Malaysia Beri Jaminan Kepada India Akan Bantu Banteras Penyeludupan Rupee Palsu Ke KL - Zahid

Image
NEW DELHI - Malaysia memberi jaminan kepada India bahawa ia akan membantu negara itu membanteras penyeludupan rupee palsu ke Kuala Lumpur, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Selasa. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau memberi komitmen itu semasa mesyuarat tertutup dengan rakan sejawatannya dari India, Rajnath Singh di pejabat beliau di sini, lewat Isnin.

TPM Zahid Percaya Kumpulan Sama Terbabit Penculikan Terbaharu Di Sabah

Image
NEW DELHI - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya kumpulan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan yang berpangkalan di selatan Filipina mendalangi insiden penculikan terbaharu di perairan Sabah. "Setakat ini, tiada tuntutan wang tebusan diterima daripada mana-mana pihak tetapi saya percaya penculikan terbaharu itu didalangi kumpulan sama yang terlibat dalam siri penculikan rakyat Malaysia dan pelancong asing sejak beberapa tahun lepas," katanya di sini Selasa.

Sidang Kemuncak ASEM Ke-11 Bermula Pagi Ini

Image
ULAANBAATAR, Mongolia - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Ke-11 yang bermula di sini, pagi tadi. Sebaik tiba sebelum majlis perasmian, Timbalan Perdana Menteri menandatangani buku tetamu di ruang legar Hotel Shangri-La sebelum bersalaman dengan Presiden Mongolia, Tsakhiagiin Elbegdorj.

Malaysia Guna Peluang Pada ASEM Untuk Lihat Kesan Brexit

Image
ULAANBAATAR, Mongolia - Malaysia akan menggunakan peluang pada Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-11 yang bermula di sini Jumaat untuk melihat kesan daripada keputusan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) terhadap perdagangan dan pelaburan negara dan juga rantau ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia mempunyai hubungan tradisi dengan Britain dan keputusan keluar EU mungkin memberi kesan, terutamanya pelaburan langsung (FDI) di sana.

Sistem Saringan Awal Penumpang Diguna Tapis Warga Asing Masuk Ke Malaysia

Image
ULAANBAATAR, Mongolia - Walaupun Kabinet telah menolak cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengeluarkan visa kepada rakyat Timur Tengah yang memasuki Malaysia, tapisan terhadap warga asing akan dilakukan melalui 'Sistem Saringan Awal Penumpang' (APSS) bagi mengekang kemasukan kumpulan militan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata APSS akan membolehkan maklumat lengkap mengenai warga asing termasuk pelancong diperoleh di tempat mereka berlepas dan pintu masuk secara "masa nyata".

TPM Ahmad Zahid Tiba Di Ulaanbaatar Untuk Menghadiri Sidang Kemuncak ASEM Ke-11

Image
ULAANBAATAR (Mongolia) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-11. Pesawat yang membawa Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chinggis Khan di sini pada 4.24 petang (3.24 petang waktu Malaysia).

Madrasah Dipantau, Pastikan Tiada Aktiviti Daesh - Ahmad Zahid

Image
Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau semua madrasah di negara ini untuk memastikan tempat pengajian itu tidak terlibat dengan aktiviti ancaman militan Daesh. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan setakat ini pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri mendapati tidak ada pembabitan madrasah dengan kegiatan militan Daesh.

Tindakan Tegas Terhadap Pihak Sebar Ancaman Daesh - Zahid

Image
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat tidak sahih dalam media sosial mengenai ancaman militan Daesh di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri itu berkata penyebaran maklumat tidak sahih itu hanya menimbulkan kegusaran serta ketakutan dalam kalangan orang ramai serta perlu dihentikan serta-merta.

Lebih 25,000 Tetamu Kunjungi Rumah Terbuka TPM Di Putrajaya

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Kassim meraikan lebih 25,000 pengunjung pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini hari ini. Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri itu kediaman rasminya di Sri Satria, Presint 16, di sini, bermula 3 petang dan turut dihadiri masyarakat pelbagai kaum, pelancong asing serta pemimpin parti dan anggota barisan Kabinet.

IPT Dikhuatiri Punyai Pengaruh Paling Kuat Kumpulan Pengganas

Image
Institusi pengajian tinggi (IPT) dikenal pasti sebagai tempat yang dikhuatiri mempunyai pengaruh paling kuat kumpulan keganasan militan, dedah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Ini bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain," katanya kepada wartawan ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini, hari Rabu.

Umat Islam perlu bersederhana sambut Aidilfitri

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam supaya bersederhana dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti yang dituntut dalam agama Islam. Dalam perutusan Aidilfitri tempoh hari, Ahmad Zahid mengajak umat Islam merenung sejenak nasib rakyat di Palestin, Syria, Iraq serta Somalia dan masyarakat Muslim seluruh dunia serta insan-insan pelarian dan pengemis yang menyambut Aidilfitri dalam suasana ketakutan dan curiga, serta tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Malaysia komited atasi pemerdagangan manusia

Image
Malaysia kekal di Tahap 2 Pemerhatian bagi tahun 2016 dalam Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang. Laporan Tahunan bagi 2016 itu dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) di Washington, Amerika Syarikat semalam, yang menilai 188 negara termasuk Malaysia merangkumi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan.

Rumah Terbuka Perdana Menteri, Jemaah Menteri Hari Raya Pertama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota jemaah menteri akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri Tahun 2016 pada hari raya pertama di Kompleks Seri Perdana di sini. Kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dikeluarkan hari ini menyebut majlis rumah terbuka tersebut akan bermula 10 pagi sehingga 4 petang.