Ahmad Zahid Terima Kunjungan Lapan Ketua Perwakilan Malaysia Ke Luar Negara

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat lapan ketua perwakilan Malaysia ke luar negara yang baru dilantik, di pejabatnya di Perdana Putra, di sini

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Switzerland Datuk Mahinder Singh Ram Singh, Datuk Raszlan Abdul Rashid (Filipina), Mohd Hassan Bal (Croatia), Muzafar Shah Mustafa (Venezuela), Roseli Abdul (Turkmenistan) dan Abdul Razak Abd Wahab (Turki).

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Geneva Datuk Amran Mohamed Zin dan Wakil Tetap Malaysia di ASEAN, Jakarta Datuk Sharifah Norhana Syed Mustaffa.

Mahinder Singh menggantikan Datuk Mohd Zulkephli Mohd Nor yang meninggal dunia di Bern, Switzerland pada 3 Feb lepas kerana barah hati.

Sebelum dilantik ke jawatan itu, Mahinder Singh merupakan Duta Besar Malaysia di Venezuela sejak tahun 2011, selain pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia di Nepal dari tahun 2005 hingga 2007.

Raszlan pula menyertai perkhidmatan awam pada 1984 dan sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia di Kemboja sejak tahun 2013.

Mohd Hassan dan Muzafar Shah pula sebelum ini berkhidmat di Kementerian Luar dengan jawatan terakhir masing-masing ialah Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Setiausaha Bahagian Kewangan.

Roseli pula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1995 dan sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia.

Abdul Razak yang memulakan perkhidmatan di Kementerian Luar pada tahun 1995, sebelum ini merupakan Konsul Jeneral Malaysia di New York sejak tahun 2014.

Sementara itu, Amran dan Sharifah Norhana pula masing-masing merupakan bekas Duta Besar Malaysia di Turki sejak tahun 2014 dan Timbalan Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia sejak tahun 2013.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi