Posts

Showing posts from November, 2016

Saya akan bisik tambah calon tiga sayap - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR: Sayap UMNO diingatkan supaya tidak berasa khuatir mengenai pemilihan calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden berkata, beliau akan membisikkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak untuk menambah calon daripada pergerakan tiga sayap UMNO.

UMNO bukan rasis, komponen BN jangan gundah gulana - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO bukan rasis kerana mengamalkan politik anjal yang fleksibel dengan situasi atau suasana kini. Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO itu berkata, UMNO masih tegar mempertahankan teras politik kongsi kuasa.

Rakyat Diseru Sertai Perhimpunan Solidariti Penindasan Etnik Rohingya Ahad Ini

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru anggota UMNO dan rakyat negara ini hadir di Stadium Titiwangsa, di sini bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap penindasan etnik Rohingya, Ahad ini. Timbalan Perdana Menteri berkata perhimpunan aman itu juga sebagai tanda bantahan kepada kebencian melampau pihak tertentu terhadap umat Islam.

Perasmian Sidang Pemuda, Wanita & Puteri Umno: Teks Ucapan Penuh Zahid Hamidi

Image
1. Segala puji hanya milik ALLAH SWT. Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam kesejahteraan ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat,para tabiin dan ulama, serta kita semua. Mudah-mudahan pada malam ini kita akan dilimpahi dan diliputi ihsan sehingga ke akhir hayat. 2. “Kehidupan di alam ini ialah ladang akhirat; agama tidak dimanfaatkan melainkan dengan kehidupan dunia; kuasa dan agama (al-din wa al-dawlah) tidak boleh dipisahkan. Agama adalah pohon asas dan kuasa ialah payung pelindung; apa-apa yang tidak mempunyai asas akan musnah; apa-apa yang tidak mempunyai pelindung akan lenyap. Hakmilik dan kawalan tidak tercapai kecuali melalui kuasa “.

Perhimpunan 4 Dis Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya - TPM Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan besar-besaran dirancang diadakan 4 Dis depan bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perhimpunan akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Produk luar negara tak semestinya lebih baik - TPM

Image
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mahasiswa tempatan supaya mengelak daripada membuat perbandingan dengan menganggap menuntut di luar negara adalah lebih baik berbanding di tanah air. Timbalan Perdana Menteri berkata, tanggapan seperti itu perlu diperbetulkan kerana kualiti pendidikan negara ketika ini berada di aras tinggi dan semakin baik.

Bekas Puteri Disaran Terus Sumbang Bakti Pada Masyarakat - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu bekas anggota Puteri UMNO terus menyumbang bakti kepada rakyat, walaupun tidak lagi berada atau memegang sebarang jawatan dalam pergerakan itu. Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas timbalan presiden itu berkata, mereka tidak seharusnya rasa terpinggir, sebaliknya perlu terus menggunakan pengalaman yang diperoleh untuk terus membantu masyarakat.

4 tindakan perkasa pendidikan Islam - Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Program asas persediaan bahasa Arab untuk pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) di Asia Barat serta Ujian Kelayakan Bahasa Arab (UKBA) di negara ini antara yang dicadangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pendidikan Agama Islam hari ini bagi memastikan pendidikan Islam memenuhi keperluan arus perdana. Mesyuarat jawatankuasa tertinggi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen turut mencadangkan tiga lagi perkara yang akan dibawa ke Kabinet untuk diterima pakai.

Usul Pinda RUU 355 Tetap Akan Dibentangkan Minggu Ini - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) akan tetap dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat, minggu ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul itu akan dibuat anggota Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Syarahan TPM di Pusat Pengajian Islam Oxford

Image
Syarahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Auditorium Malaysia, Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), Universiti Oxford, London, semalam.

Sekular Tidak Bertempat, Kesukuan, Turut Dorong Ekstremisme - Zahid

Image
OXFORD (United Kingdom) - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekstremisme, radikalisme dan keganasan bukan sahaja didorong oleh kesesatan orientasi keagamaan, tetapi juga oleh sekular yang tidak kena pada tempatnya, kesukuan dan gabungan kepentingan manusia lain. Timbalan Perdana Menteri berkata komuniti dunia perlu menggalas tanggungjawab untuk mengislah semula semua elemen trend negatif dengan menangani kedua-dua faktor dalaman dan luaran secara serentak dan dengan bersungguh-sungguh.

Pusat Memerangi Mesej Malaysia Bertindak Balas Ke Atas Kegiatan Ekstremisme Dan Radikal - Zahid

Image
LONDON - Malaysia bergerak ke hadapan bagi bertindak balas berhubung kisah pengganas dan ekstremisme terutama di alam siber melalui penubuhan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata usaha itu adalah sebahagian daripada pendekatan strategik bagi bertindak balas ke atas golongan pelampau kerana menyedari pengganas memang cekap mereka cerita dan retorik untuk mempengaruhi pengguna media sosial.

Malaysia Saran UK Lantik Mufti

Image
LONDON - United Kingdom (UK) berminat mendalami konsep wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi amalan umat Islam Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu adalah antara isu dibincangkan bersama Setiausaha Hal-Ehwal Dalam Negara UK, Amber Rudd, dalam pertemuan di sini, lewat petang semalam.

Pegawai Kanan PDRM Akan Timba Pengalaman Keselamatan Sempadan Di Scotland Yard

Image
LONDON - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pegawai kanan polis Malaysia telah ditawarkan tempat di Scotland Yard untuk menimba pengalaman polis United Kingdom dalam bidang kawalan dan keselamatan sempadan. Tawaran itu, katanya, dibuat oleh Pesuruhjaya Polis Metropolitan London Sir Bernard Hogan-Howe dalam satu pertemuan dengan beliau di sini pada Isnin.

Lawatan Duterte Ke Malaysia Buka Lembaran Baharu Penyelesaian Masalah Mindanao Dan Sabah

Image
LONDON - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lawatan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke Malaysia minggu ini akan membuka lembaran baharu terhadap usaha Malaysia untuk terus membantu dalam penyelesaian masalah di Mindanao serta masalah kebanjiran rakyat Filipina di Sabah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Peranan Malaysia sebagai pihak ketiga dalam mencari penyelesaian terhadap masalah di kawasan Selatan Filipina, khususnya di Mindanao itu penting katanya kerana apa yang diusahakan oleh fasilitator Malaysia, Allahyarham Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed telah diterima oleh kepimpinan Filipina yang lalu mamun ia belum dapat dilaksanakan secara konklusif.

Thailand Setuju Ekstradisi 10 Rakyat Berhubung Kes Wang Kelian

Image
LONDON: Thailand setuju menyerahkan 10 rakyatnya yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pemerdagangan manusia dan kubur besar di Wang Kelian, Perlis, tahun lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata persetujuan itu dinyatakan susulan permohonan ekstradisi dikemukakan Malaysia.

Malaysia Tekad Capai Tahap Satu Senarai Pemantauan AS

Image
LONDON - Malaysia sedang menggiatkan usaha meningkatkan bilangan pertuduhan dan sabitan dalam kes pemerdagangan manusia atau perhambaan moden melalui kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol), Polis Nasional ASEAN (ASEANAPOL) dan pertukaran maklumat perisikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa langkah ini selaras dengan tekad untuk memperbaiki kedudukan negara dari Tahap Dua ke Tahap Satu dalam senarai pemantauan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Zahid Akan Menyampaikan Ucaptama Di Oxford University

Image
LONDON - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Pengislahan Radikalisme dan Ekstremisme' dalam pertemuan dengan para sarjana dan jemputan khas di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Oxford University , United Kingdom (UK) pada Rabu. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata ucaptama di Oxford University itu akan menjadi fokus utama lawatan kerja lima hari Ahmad Zahid ke negara ini, yang bermula Isnin.

FDI ambil kira kepentingan negara - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Proses membawa masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara ini sentiasa dilakukan dengan mengambil kira kepentingan dan kedaulatan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Justeru, beliau berkata soal bahawa ia boleh menjejaskan kedaulatan negara sepatutnya tidak timbul.

Bersih Dan Kumpulan Baju Merah Tidak Berdaftar Di Bawah Akta Pertubuhan

Image
PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini mengesahkan bahawa Bersih dan kumpulan Baju Merah tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1996, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata keputusan Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah adalah kedua-dua kumpulan berkenaan harus didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan untuk digazetkan sebagai pertubuhan.

KPDNKK perlu ada mekanisme penetapan harga minyak masak - TPM

Image
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meneliti cadangan mengadakan mekanisme penetapan harga minyak masak tidak bersubsidi bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga. Ahmad Zahid berkata, badan bukan kerajaan (NGO), rakyat dan media perlu bersama-sama menyalurkan cadangan bagi tujuan itu untuk perhatian Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bersih, Baju Merah Tidak Boleh Adakan Perhimpunan - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah tidak dibenar mengadakan sebarang perhimpunan, dan berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu diambil kerana kerajaan tidak mahu berlaku pertembungan antara kedua-dua kumpulan berkenaan.

KDN Teliti Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Kaukus Parlimen Tangani Judi

Image
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti cadangan penubuhan Jawatankuasa Kaukus Parlimen menangani perjudian bagi menyelesaikan masalah itu secara menyeluruh terutama perjudian secara digital. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk dijadikan terma rujukan sekiranya kaukus itu dilaksanakan kelak.

Malaysia Tidak Perlu Campur Tangan Pihak Luar - TPM Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia tidak perlu campur tangan pihak luar untuk menentukan hala tuju politik negara ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata acuan politik negara ini sudah sesuai dengan situasi dan suasana politiknya.

Industri filem animasi tempatan perlu tembusi pasaran global - TPM

Image
PETALING JAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, industri filem animasi tempatan perlu menembusi pasaran global sejajar Transformasi Nasional 2050 (TN50). Timbalan Perdana Menteri berkata matlamat itu boleh dicapai menerusi sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan industri perfileman.

Malaysia Jalin Hubungan Seimbang Dengan China Dan Amerika - Zahid

Image
SINGAPURA - Malaysia menjalin hubungan yang seimbang dengan China dan Amerika Syarikat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Kami amat seimbang bukan setakat hubungan diplomatik. GTG (kerajaan-dengan-kerajaan), kerjasama kami sangat rapat dengan Amerika Syarikat. Juga P2P (rakyat-dengan-rakyat) selain B2B (perniagaan-dengan-perniagaan)," kata beliau kepada media di akhir Dialog Memerangi Keganasan Asia-Eropah di sini.

Tangani Daesh Lebih Susah Daripada Komunis, Kata TPM Ahmad Zahid

Image
SINGAPURA - Menangani ancaman kumpulan militan Daesh adalah lebih susah berbanding ancaman komunis satu ketika dahulu berikutan kurang pengalaman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Dahulu kita mempunyai pengalaman menghadapi komunis bersama-sama negara barat yang menghadapi ancaman sama.