Posts

Showing posts from August, 2016

Zahid Puji Pameran Gambar Merdeka

Image
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji inisiatif Pusat Sumber Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menganjurkan Pameran Gambar Merdeka kerana ia sangat bermanfaat untuk tatapan generasi muda. Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha itu perlu diteruskan di masa hadapan supaya orang ramai dapat terus mengingati sejarah kemerdekaan negara.

Tunjukkan Bukti, Bukan Dakwaan Berdasarkan Khabar Angin, Zahid Beritahu Muhyiddin

Image
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya. Beliau juga menyelar Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak berasas berdasarkan khabar angin.

Thailand Setuju Ekstradisi 10 Warganya Dalang Kes Pemerdagangan Manusia

Image
PUTRAJAYA - Thailand bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk mengekstradisi 10 warga negara itu yang dipercayai dalang kes pemerdagangan manusia di sempadan kedua-dua negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata 10 individu yang berumur antara 35 hingga 60 tahun itu dikenal pasti terbabit dalam kes penemuan kubur besar di Wang Kelian, Perlis, pada Mei tahun lalu.

Malaysia Sokong Dialog Untuk Pergerakan Global Terhadap Pengeluaran WMD - Ahmad Zahid

Image
NEW YORK - Malaysia menyokong cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membangunkan landasan dialog berstruktur di semua peringkat bagi meningkatkan lebih banyak kesedaran, dengan tujuan menjana dorongan yang diperlukan untuk pergerakan global yang kukuh terhadap pengeluaran Senjata Pemusnah Besar-besaran (WMD) kepada pelaku bukan negara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dialog itu harus melibatkan Anggota Parlimen, pihak industri, ahli akademik dan masyarakat awam.

MH17: Malaysia Komited Capai Keadilan, Pertimbang Proses Pendakwaan - Ahmad Zahid

Image
NEW YORK - Malaysia akan mempertimbangkan opsyen pendakwaan ke atas pihak yang bertanggungjawab menjatuhkan pesawat MH17 selepas penyiasatan yang kini masih dijalankan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) iaitu Belanda, Malaysia, Australia, Belgium dan Ukraine selesai. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia akan terus komited untuk mencapai keadilan bagi mangsa-mangsa pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Zahid Pengerusikan Perbahasan Terbuka UNSC Mengenai Pengawalan Senjata Pemusnah Besar-Besaran

Image
NEW YORK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa (23 Ogos) mempengerusikan Perbahasan Terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Pengeluaran Senjata Pemusnah Besar-besaran (WMD) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini. Mesyuarat itu bermula pada kira-kira 10 pagi waktu New York (10 malam di Malaysia), dengan Zahid menyampaikan ucapan pembukaan.

Inisiatif Malaysia galak dialog, kerjasama kawal WMD: TPM

Image
NEW YORK: Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan perbahasan terbuka Pengawalan Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMD) bagi mengelak senjata itu digunakan kumpulan militan IS dan non-state actor (pelaku bukan negara) sehingga dunia porak-peranda. Pelaku itu mungkin membabitkan individu atau organisasi yang mempunyai kuasa ekonomi, politik atau sosial serta berpengaruh di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, tetapi tidak tergolong atau bersekutu dengan mana-mana negara atau negeri tertentu yang menggunakan keganasan.

Zahid Lawat Amerika, Pengerusi Perbahasan Di Majlis Keselamatan PBB

Image
NEW YORK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini semalam, Isnin (22 Ogos) untuk melakukan lawatan kerja lima hari ke Amerika Syarikat dan mempengerusikan perbahasan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada hari ini. Menurut para pegawai Malaysia, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, akan mempengerusikan perbahasan tentang 'Cabaran Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara' di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Pasukan Petugas Khas Dibentuk Tangani Pelbagai Isu Labuan - TPM

Image
LABUAN - Sebuah Pasukan Petugas Khas telah dibentuk sebagai platform untuk menyelesaikan beberapa isu yang menyentuh kepada kepentingan rakyat dan pulau Labuan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan oleh beliau itu akan memulakan perbincangan selewat-lewatnya September ini.

Parti Baharu Tidak Gugat Sabah Sebagai Simpanan Tetap Umno, BN - Ahmad Zahid

Image
SANDAKAN - Penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin Umno tidak akan mengugat Sabah sebagai simpanan tetap Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata Umno Sabah telah menunjukkan prestasi yang baik untuk terus menjadi kubu kuat dan simpanan tetap Umno dan BN.

UMNO Johor tidak akan benar UMNO Pagoh keseorangan

Image
PAGOH - Badan Perhubungan UMNO Johor tidak akan membiarkan UMNO Pagoh bersendirian dan akan terus membantu mereka menangani pelbagai isu dan cabaran termasuk menyelesaikan masalah rakyat di pelbagai peringkat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya sedar bagaimana UMNO Bahagian Pagoh turut menerima kesan susulan beberapa isu yang berlaku di bahagian itu sebelum ini.

Pucuk Pimpinan Penting Bagi Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Pucuk pimpinan memainkan peranan penting untuk melahirkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam bagi mencapai perubahan yang berterusan dan bermakna dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pucuk pimpinan adalah penting bagi inisiatif inovasi hari ini dalam suasana bekerja yang begitu bersemangat dan bertenaga dengan pemimpin sektor awam diperlukan untuk berfungsi menggunakan sumber yang kurang dan terus mencari cara baharu untuk menangani cabaran.

UMNO Johor Perlu Tebus Maruah, Rampas Kembali Kerusi Pada PRU14 - Ahmad Zahid

Image
KLUANG - UMNO Johor perlu bangkit dan menebus semula maruah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan merampas kembali kerusi yang hilang kepada pembangkang, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata meskipun pada mulanya dibolosi atas kesilapan teknikal, pihak pembangkang bagaimanapun berupaya meningkatkan pegangan kerusi di Johor pada PRU13.

KDN Perkasa Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand - Ahmad Zahid

Image
PASIR MAS - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memperkasa kawalan sempadan Malaysia-Thailand terutama di Kelantan bagi membanteras aktiviti penyeludupan. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kini terdapat kira-kira 10,000 anggota keselamatan ditugaskan di kawasan sempadan bagi mengawal aktiviti pemerdagangan manusia, pembolosan senjata api dan dadah.

Zahid Minta Masyarakat Lupakan Fahaman Politik Bantu Banteras Gejala Dadah

Image
TANAH MERAH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta masyarakat bersama-sama dengan pihak berkuasa membanteras aktiviti berkaitan dadah di seluruh negara. "Masyarakat perlu mengenepikan fahaman politik kerana masalah ini masalah masyarakat dan negara.

Tiga Prinsip Utama Untuk UMNO Dan BN Kelantan Menang PRU14 - Ahmad Zahid

Image
JELI - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga prinsip utama untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kelantan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ahmad Zahid berkata tiga prinsip yang perlu diamalkan oleh seluruh kepimpinan UMNO dan BN Kelantan itu ialah memenangi hati dan minda rakyat, elakkan budaya 'cah keting' (mencantas) dan jangan bersikap berkabilah (berpuak-puak).

Pasukan Petugas Bersama Malaysia-UNHCR Ditubuh Tangani Isu Migrasi

Image
PUTRAJAYA - Satu Pasukan Petugas Bersama Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) akan ditubuhkan bagi membolehkan kerjasama berterusan dijalinkan untuk menangani isu migrasi yang kompleks. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bagi membincangkan isu-isu UNHCR yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di di sini hari ini.

Kerajaan Teliti Keperluan Robot Dan Dron Untuk Polis - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Kerajaan akan meneliti aset moden yang diperlukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam era kepolisan moden kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementeriannya itu telah menerima cadangan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkaitan penambahbaikan kekuatan PDRM seperti pembelian robot dan dron.

Malaysia Tidak Akan Leka Dengan Pencapaian NBOS - TPM Zahid

Image
PUTRAJAYA - Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)Malaysia memainkan peranan penting bagi memajukan negara ini namun keadaan itu tidak akan menjadikan kerajaan leka dengan kejayaannya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata melalui kreativiti dan inovasi hasil daripada prinsip, kerangka kerja dan perkakasan NBOS, usaha mentransformasikan seluruh negara kini menjadi kenyataan.

7 bidang, aktiviti diutamakan semula tangani jerebu

Image
KUALA LUMPUR - Anggota negara ASEAN digesa mengembalikan semula keutamaan terhadap tujuh bidang atau aktiviti dalam menangani masalah pencemaran jerebu rentas sempadan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan proaktif itu dilihat berkesan dalam mematuhi Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP).

KDN sedia kongsi maklumat dengan wakil asing

Image
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedia berkongsi maklumat berhubung keselamatan negara dengan ketua perwakilan asing di Malaysia secara berterusan. Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berusaha menyalurkan maklumat semasa bagi mengelak kerajaan dituduh cuba menyembunyikan fakta sebenar.

Senarai suspek pengganas sentiasa dikemas kini - TPM

Image
NUSA DUA, Bali: Malaysia sentiasa mengemas kini senarai suspek (SL) dengan organisasi keselamatan dunia dan negara asing bagi mengekang kemasukan pengganas asing (FTF) atau mereka menjadikan negara ini sebagai transit. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kawalan itu menggunakan Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) bagi memantau setiap orang yang masuk ke negara ini melalui pusat pemeriksaan di semua pintu masuk utama negara.

IMCT: Malaysia kongsi pengalaman program deradikalisasi

Image
NUSA DUA, Bali: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mesyuarat Antarabangsa Menentang Keganasan (IMCT) di sini, pagi ini. Beliau diiringi Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mustafa Ibrahim dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Parti Pribumi tidak akan pecah belahkan UMNO

Image
PUTRAJAYA - UMNO selaku parti yang menjadi tonggak utama orang Melayu sejak hampir 71 tahun lalu tidak tergugat mahupun gusar dengan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sudah menjadi tanggungjawab sebagai kerajaan yang demokratik untuk menerima kehadiran parti baharu tetapi meramalkan jangka hayat Parti Pribumi tidak akan lama.

KDN akan buat keputusan dalam masa terdekat

Image
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat berhubung saranan memendekkan tempoh pembukaan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbincangan mengenai perkara itu akan dilakukan dalam masa terdekat. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya sedang meneliti implikasi daripada saranan itu.

Zahid Seru UMNO Selangor Contohi Kesatuan Kelip-kelip

Image
KUALA SELANGOR - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru anggota dan pemimpin UMNO di Selangor mencontohi kesatuan kelip-kelip sebagai dorongan untuk merampas semula pentadbiran negeri itu daripada PKR. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun seekor kelip-kelip kecil hanya akan kelihatan di kejauhan sahaja tetapi apabila ratusan ribu atau jutaan kelip-kelip bersatu, ia akan mengeluarkan cahaya sangat terang dan memancar-mancar.

Pihak berkuasa sedang kesan 8 bom tangan

Image
KUALA SELANGOR: Pihak berkuasa kini sedang menjejaki lapan bom tangan yang dipercayai masih berada pada pengganas IS di negara ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua daripada 10 bom tangan itu sebelum ini digunakan dalam serangan di sebuah pusat hiburan di Puchong, pada Jun lalu.

Kerajaan Batal 68 Pasport Rakyat Malaysia Sertai Daesh

Image
KUALA SELANGOR - Kerajaan telah membatalkan 68 pasport rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan Daesh di negara-negara terlibat dengan militan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pembatalan itu berkuat kuasa dua minggu lalu selepas mendapat arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketepikan perbezaan politik demi negara - Zahid

Image
TAWAU - Rakyat perlu mengenepikan perbezaan politik dalam soal kecintaan terhadap negara dengan menumpukan semangat patriotik serta bersatu padu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun berbeza pendapat dan politik, setiap rakyat harus memiliki semangat patriotisme tinggi demi nama Malaysia dan kedaulatan negara.

Semangat Patriotisme Yang Tinggi Pastikan Kedaulatan Negara Terpelihara - Zahid

Image
TAWAU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu setiap rakyat mempunyai semangat patriotisme yang tinggi bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Timbalan perdana menteri berkata dengan adanya semangat patriotisme yang tinggi juga, Malaysia, walaupun cuma sebuah negara yang kecil, akan terus dihormati di persada antarabangsa.

Cadangan Gubal Akta Perlindungan Guru Akan Diteliti - Ahmad Zahid

Image
BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan meminta Kementerian Pendidikan meneliti cadangan supaya Akta Perlindungan Guru digubal bagi melindungi pendidik di zaman yang semakin mencabar sekarang. "Saya akan minta Kementerian Pendidikan supaya meneliti usul itu dahulu sebelum ia dibawa ke Kabinet," katanya dalam ucapan penggulungan pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016, di sini hari ini.

Parti serpihan UMNO tak bertahan lama - Zahid

Image
BAGAN DATOH - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada parti serpihan UMNO yang mampu bertahan lama kerana ia ditubuhkan atas rasa kekecewaan dan bukannya penyatuan. Timbalan Perdana Menteri sehubungan itu mengibaratkan parti serpihan UMNO yang bakal ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, umpama "menempah kubur sebelum maut" kerana ia ditubuhkan atas dasar kekecewaan.

Jangan Perkecil Pertukaran Maklumat Ancaman Keselamatan - Ahmad Zahid

Image
BAGAN DATOH - Semua pihak sama ada pemimpin parti politik atau orang awam diingatkan supaya tidak memperkecilkan pertukaran maklumat khususnya berkaitan ancaman terhadap keselamatan negara antara Malaysia dengan negara lain. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menegaskan perkara itu berkata pertukaran maklumat penting demi keselamatan rakyat, kerana ancaman pengganas ketika ini kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Zahid Tegur Pemimpin UMNO Bahagian Jarang Turun Padang

Image
BAGAN DATOH - "Jangan hanya turun kawasan, tunjuk muka bila saya balik," demikian teguran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemimpin UMNO bahagian. Naib Presiden UMNO itu berkata terdapat segelintir pemimpin UMNO peringkat bahagian yang hanya turun bertemu rakyat di peringkat akar umbi apabila beliau melawat kawasan tersebut.

Zahid Beri Sumbangan Peribadi Kepada Masjid Haroon Di Bangkok

Image
BANGKOK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang sedang dalam lawatan kerja dua hari ke Thailand, menunaikan solat Jumaat di Masjid Haroon di sini hari ini bersama umat Islam tempatan. Selain menunaikan solat Jumaat, timbalan perdana menteri turut memberi sumbangan peribadi kepada masjid yang terletak Jalan Charoen Krung di tengah-tengah ibu negara Thailand itu.

Malaysia Minta Thai Kemuka Senarai Dwi Warganegara Bersama Butiran Biometrik

Image
BANGKOK - Malaysia meminta Thailand mengemukakan senarai rakyatnya yang didakwa memiliki dwi kewarganegaraan bersama-sama dengan butiran Bio Metrik mereka bagi membolehkan isu terbabit diselesaikan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah sukar untuk menyelesaikan isu itu tanpa butiran Bio Metrik individu yang didakwa memiliki dwi kewarganegaraan.

5 perkara dibincang bersama Thailand esok - Zahid

Image
BANGKOK - Isu mengenai perbuatan penjenayah Malaysia menyembunyikan diri di Thailand antara perkara utama yang akan dibincang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama rakan sejawatnya dalam pertemuan mereka di sini, esok. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, mereka melarikan diri sejak Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) diperkenalkan serta kerajaan mengisytiharkan Operasi Cantas 2.0.

Zahid mulakan lawatan kerja dua hari ke Bangkok

Image
BANGKOK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini bagi memulakan lawatan kerja dua hari. Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada pukul 4 waktu tempatan disambut Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan para pegawai kedutaan.

Pembangunan Atlet Tidak Seharusnya Dilakukan Secara Bermusim - Zahid

Image
Pembangunan atlet di negara ini tidak seharusnya dilakukan secara bermusim, sebaliknya perlu berteraskan kepada latihan jangka panjang yang bersistematik dan komprehensif, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Saya tidak mahu venue yang kita bangunkan ini terbiar sahaja nanti, Kementerian Belia dan Sukan perlu menjadikan stadium ini sebagai tempat yang terus diisi dengan pesta-pesta sukan yang akan melahirkan jaguh-jaguh sukan yang bakal mengharumkan nama negara," katanya.

Tidak Kompromi Soal Keselamatan, Tindakan Segera Atasi Kebolosan Sempadan - TPM

Image
Kerajaan tidak pernah berkompromi soal keselamatan negara dan sentiasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kebolosan sempadan khususnya yang melibatkan unsur dalaman. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ada antara tindakan yang dilakukan itu mengejutkan negara, namun perkara itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi secara holistik.