Tunjukkan Bukti, Bukan Dakwaan Berdasarkan Khabar Angin, Zahid Beritahu Muhyiddin

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Beliau juga menyelar Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak berasas berdasarkan khabar angin.
"Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh perdana menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti.

"Jangan buat dakwaan berdasarkan khabar angin," katanya apabila diminta mengulas satu laporan bahawa Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion sudahpun ada di dalam akaun bank peribadi perdana menteri malah sebelum kontroversi yang dilaporkan secara meluas mengenai RM2.6 bilion.

Menurut laporan itu, Muhiyiddin berkata beliau difahamkan mengenai simpanan itu sebelum daripada sumbangan yang dikatakan daripada Arab, daripada bekas Peguam Negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kerjasama keselamatan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan di sini hari ini.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keputusan mahkamah perlu dihormati.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan T-shirt kuning Bersih dan risalah berkaitan dengan perhimpunan Bersih itu tidak munasabah.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada