Posts

Showing posts from August, 2017

Calon UMNO Belum Dimuktamadkan – Zahid

Image
Senarai calon UMNO yang diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Badan Perhubungan UMNO negeri seluruh negara masih belum dimuktamadkan sehingga satu kajian bebas secara menyeluruh selesai dilakukan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan penilaian akan dilakukan dengan menyorot kewibawaan dan populariti mereka dalam kalangan masyarakat, termasuk yang turut berpotensi tetapi tidak dicalonkan.

Zahid Mahu Pemimpin UMNO Ada Mentaliti Mahu Menang

Image
KUALA NERUS – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin-pemimpin UMNO memiliki mentaliti mahu menang yang perlu dijadikan pasak untuk terus bekerja keras dalam usaha mengekalkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden parti berkata kerja keras itu perlu dilakukan secara berterusan dan bukan sekadar retorik kerana kejayaan cemerlang hanya dicapai menerusi semangat mahu menang yang tinggi.

PM Najib pengerusikan mesyuarat MT UMNO

Image
KUALA LIMPUR -  Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak semalam mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Najib yang juga Perdana Menteri tiba di perkarangan PWTC jam 3.30 petang ditemani Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri.

Usul jawatan presiden, timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan

Image
ALOR GAJAH - UMNO Bahagian Masjid Tanah pada Ahad sebulat suara meluluskan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, kata Ketuanya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau yang juga Setiausaha Kerja UMNO berkata bahagian tersebut turut meluluskan usul menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

TPM Sedih Kekecohan 'Nothing to Hide 2.0'

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan kesedihannya terhadap kekecohan forum 'Nothing to hide 2.0' anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam, semalam. Timbalan Perdana Menteri berkata, kekasaran terhadap mana-mana individu atau tokoh tidak seharusnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Pertahankan Rumah Umno, Jangan Dibiar Musnah – Zahid Hamidi

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar anggota UMNO sama-sama mempertahankan ‘Rumah UMNO’ daripada dicerobohi oleh pihak luar, termasuk beberapa bekas pemimpin, yang mahu melihat parti itu musnah. Menyamakan parti keramat berusia 71 tahun itu sebagai ‘rumah’, Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, berkata sememangnya menjadi tanggungjawab anggota parti untuk mempertahankan rumah itu daripada segala ancaman.

Teruskan Perjuangan, Jangan Toleh Ke Belakang - Zahid

Image
JOHOR BAHRU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak meneruskan perjuangan dan tidak menoleh ke belakang mengingati kisah lama. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata walau apa pun cabaran yang dilalui ketika ini, perjuangan tetap perlu diteruskan.

Parlimen: Aksem Rampas Barangan Bernilai RM18.6 Juta - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) merampas barangan bernilai RM18.6 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini iaitu melebihi nilai rampasan setahun yang diperoleh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) pada 2014, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata untuk tempoh sejak mula beroperasi pada November 2015 hingga akhir tahun lepas pula, agensi itu mencatatkan nilai rampasan barangan sebanyak RM38.9 juta.

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-undang Aksem

Image
KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) 2017 yang bertujuan mengawal keselamatan sempadan darat Malaysia daripada sebarang kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata akta tersebut juga bertujuan meningkatkan peranan yang dilaksanakan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) sebelum ini menerusi kerjasama pelbagai agensi dengan bilangan anggota terlibat menjadi lebih besar.

SPRM perlu siasat Tun Dr M juga - Mahdzir

Image
SHAH ALAM - Sekiranya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tindakan sama perlu dilakukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata siasatan begitu akan lebih adil kepada semua pihak.

Jangan Khianati Dan Aniaya Orang Felda - Zahid Hamidi

Image
RAUB - Kerajaan tidak berkompromi dan akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu ataupun tokoh yang didapati telah menyalahgunakan kuasa sehingga mengakibatkan kerugian terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia termasuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah bagi membolehkan golongan peneroka mendapat keadilan sewajarnya.

Saya Yakin Zahid Setia – Najib Razak

Image
SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Razak berkata beliau yakin dengan kesetiaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  Presiden UMNO itu berkata, beliau sudah berjuang bersama-sama Ahmad Zahid sejak 1986 lagi ketika mereka masih dalam pergerakan Pemuda UMNO.

Kutukan, Perpecahan Orang Melayu Oleh Dr M Lebih Besar

Image
KUANTAN - Kutukan dan perpecahan di kalangan orang Melayu yang dicetuskan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad lebih besar berbanding perkongsian asal usulnya oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini. Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah, berkata perkongsian oleh Ahmad Zahid hanya peringatan kepada ahli UMNO supaya mengingati dan sedar dengan tindakan Dr Mahathir yang berterusan mengutuk, menghina dan memperlekehkan UMNO dan orang Melayu.

Najib, Zahid Saksi Latihan Ex Rimau

Image
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menyaksikan latihan kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan agensi berkaitan untuk menghadapi Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-19, yang bakal berlangsung mulai 19 Ogos ini. Latihan yang dikenali sebagai Latih Amal Ex Rimau 2017 itu berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur di sini dimulai dengan simulasi 'Table Top Exercise' (TTX), satu aktiviti melibatkan kakitangan utama membincangkan pelbagai situasi kecemasan, di bilik Pasukan Tindakan Krisis (CRT).

Enigma Insan Bernama Ahmad Zahid

Image
Sememangnya perkataan kontroversi tidak boleh dipisahkan dari lipatan sejarah peribadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dan bukannya semua pemimpin yang sanggup dilabelkan sebagai seorang yang kontroversi kerana perkataan tersebut lebih banyak mengandungi elemen negatif. Apa sahaja yang dilakukan oleh Zahid Hamidi akan mendapat perhatian dan setiap laungan atau kata-kata yang dikeluarkan pasti akan mendapat respons sama ada yang positif ataupun negatif

Jangan Sensasikan Ucapan Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno membidas tindakan sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai pengkhianatan dalam Umno dengan mensensasikan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahad lalu. Menurut Exco Pemudanya, Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin, ucapan TPM itu sebenarnya cuba menunjukkan contoh bagaimana seorang individu iaitu Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed mempergunakan Umno selama 22 tahun untuk memenuhi agenda politik dan kepentingan diri serta keluarganya.

TPM mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali

Image
KUALA LUMPUR - Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung nama 'kutty' yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bermaksud satu penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri. Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan, kenyataan Zahid membawa maksud bahawa parti itu menerima sesiapa sahaja asalkan bumiputera Melayu, walaupun berbeza susur galur keturunan.

Majlis Sumber Air Negara lulus penggunaan MyDAMS

Image
KUALA LUMPUR - Majlis Sumber Air Negara bersetuju meluluskan cadangan mengguna pakai Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Empangan di Malaysia (MyDAMS) sebagai panduan pengurusan keselamatan empangan yang sistematik setanding dengan peringkat antarabangsa. Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri menteri terlibat dan timbalannya, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan.

Pusat Sehenti Simpan Stok Bencana Negara Beroperasi Oktober

Image
KUALA LUMPUR - Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) yang ditubuhkan sebagai pusat sehenti untuk menyimpan makanan dan barangan keperluan asas serta aset bencana negara dijangka beroperasi Oktober ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata DTBKN akan beroperasi menggunakan model Program Makanan Sedunia - Depot Respons Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Subang, yang menguruskan misi bantuan kemanusiaan PBB di rantau Asia Pasifik.

Bukan Sifat Melayu Khianati Bangsa

Image
Mesej utama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya, Ahad lalu, meminta ahli UMNO merampas Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Tagline yang digunakan ialah 'KALI INILAH KITA AMBIL BALIK SELANGOR' atau 'JANGAN SAMPAI TALAK TIGA'.

Ingati Sebab Kesultanan Melaka Runtuh

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO Bahagian Kota Melaka meminta supaya pengundi dan rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dan pengajaran atas keruntuhan Kesultanan Melaka suatu ketika dahulu. Keagungan sejarah pemerintahan Melaka hanya tinggal sejarah yang terpahat di hati nurani khususnya orang Melayu, namun negeri itu kini tiada Sultan yang pernah menjadi kebanggaan bukan sahaja di dalam negara malah seantero dunia. Semuanya disebabkan kealpaan dan permusuhan sesama sendiri. Masalah dalaman terbawa-bawa hingga mengundang pihak luar sehingga Melaka dijajah oleh Portugis. Dek gara-gara ketidakpuasan hati dan persengketaan sesama saudara sehingga sanggup Si Kitol dan Mandeliar meminta pihak luar menyerang Melaka. Semuanya menjadi lipatan sejarah.

Kekalkan roh Islam di Kampong Bharu - TPM Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Pembangunan serta kemajuan Kampong Bharu perlu seimbang dengan roh Islam serta Melayu yang sudah ada sejak kampung itu wujud lebih 100 tahun dahulu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia harus mempamerkan elemen baharu dan lama, dunia serta akhirat selain tidak lari dari identiti kampung maju di tengah bandaraya.