Kekalkan roh Islam di Kampong Bharu - TPM Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR - Pembangunan serta kemajuan Kampong Bharu perlu seimbang dengan roh Islam serta Melayu yang sudah ada sejak kampung itu wujud lebih 100 tahun dahulu.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia harus mempamerkan elemen baharu dan lama, dunia serta akhirat selain tidak lari dari identiti kampung maju di tengah bandaraya.



"Perubahan merupakan satu gelombang yang harus kita serap, dalam keadaan yang begitulah saya merasakan apabila kerajaan dengan tindakan sangat proaktif menubuhkan PKB pada tahun 2012.

"Datuk Affendi adalah tenaga di belakang dan depan tabir yang telah mengaktifkan PKB hingga merealisasikan pembangunan di Kampong Bharu tanpa mengetepikan nilai-nilai Islam dan kemelayuan di dalamnya," katanya semasa berucap semasa merasmikan Projek Residensi RAH Kampung Baru di tapak projek di Jalan Sultan Ali, Kampong Baru, di sini hari ini.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi