Posts

Showing posts from December, 2016

Bagan Datoh kini Bagan Datuk

Image
IPOH - Kerajaan negeri Perak menukar ejaan nama daerah Bagan Datoh kepada Bagan Datuk sejajar dengan statusnya sebagai daerah baru di Perak. Keputusan itu dibuat dalam sidang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak, Bilangan 1879 pada 22 November lalu.

Tolak anasir gugat keharmonian – TPM

Image
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat supaya menolak sebarang cubaan untuk menggugat keharmonian negara. Timbalan Perdana Menteri memberitahu, mereka mesti mempertahankan semangat toleransi antara masyarakat pelbagai kaum dan agama daripada serangan oleh anasir dari dalam dan luar.

Nahas bas ekspres: Najib, Zahid rakam takziah

Image
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas ekspres yang mengorbankan 14 nyawa di KM137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan kawasan rehat dan rawat Pagoh, awal pagi tadi. "Innalillah. Sedih dengan berita tragedi bas di Johor yang ragut 14 nyawa. Takziah kepada keluarga mangsa, saya doakan yang cedera kembali sembuh Insya-Allah," katanya menerusi catatan di Twitternya, hari ini.

Ketakutan Tentang Jenayah Menurun Kepada 61 Peratus Tahun Ini

Image
KUALA LUMPUR - Ketakutan tentang jenayah dalam kalangan rakyat Malaysia menurun daripada 80 peratus pada 2015 kepada 61 peratus tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Memetik hasil satu kaji selidik Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), beliau berkata 51 peratus daripada responden berpuas hati dengan keseluruhan perkhidmatan polis di kawasan mereka.

Semakan Semula Elaun Penjawat Awam Dibawa Ke Kabinet Rabu Ini - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula elaun-elaun kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata beliau berpendapat tuntutan itu adalah munasabah kerana elaun berkaitan sudah tidak disemak selama 14 tahun.

97 Sabitan Kes Pemerdagangan Orang Pada 2016 - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Sebanyak 97 sabitan kes pemerdagangan orang direkodkan pada 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan perkara itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) di sini hari ini.

Pasukan Petugas ATIPSOM Ditubuhkan Tahun Depan

Image
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju dengan cadangan penubuhan Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dengan kerjasama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) pada tahun depan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan bagi memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan Akta ATIPSOM 2007 itu dibuat dalam Mesyua rat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Majlis ATIPSOM (MAPO) Bilangan 2 Tahun 2016, yang dipengerusikan beliau di sini, semalam

Institusi Penghulu Perlu Ditransformasi Selari Perkembangan Semasa

Image
IPOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu institusi penghulu dan penggawa ditransformasi supaya kekal relevan selari dengan perkembangan semasa. Beliau berkata walaupun institusi berkenaan adalah satu institusi tradisional, namun peranan dan sumbangannya dalam menghubungkan masyarakat dengan kerajaan tidak dapat dinafikan.

Sektor Pelancongan Pulau Pinang Terus Cemerlang - Ahmad Zahid

Image
GEORGE TOWN - Pulau Pinang terus cemerlang sebagai satu daripada negeri terkemuka di negara ini dari segi pelancongan dan industri itu juga telah menyumbang 40 peratus daripada ekonomi negeri secara keseluruhan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata THE TOP@Komtar, tarikan terbaru di negeri ini, boleh menjadi platform untuk mempromosikan Pulau Pinang di peringkat domestik dan juga antarabangsa.

Pengisytiharan Rasmi Bagan Datoh Sebagai Daerah Baharu 9 Jan Depan

Image
BAGAN DATOH - Bagan Datoh bakal mencatat sejarah apabila diisytiharkan secara rasmi sebagai daerah baharu di Perak bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata pengisytiharan bersejarah itu akan dilakukan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Dewan Sekolah Menengah Sains di sini, 9 Jan depan.

Zahid Janji Terus Bantu Najib

Image
BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan terus membantu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Beliau turut meminta orang ramai khususnya penduduk Parlimen Bagan Datoh supaya mendoakan hubungan beliau dengan perdana menteri terus berpanjangan.

KDN Diminta Kaji Semula Undang-undang Lapuk - Ahmad Zahid

Image
TELUK INTAN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta supaya mengkaji semula undang-undang lapuk bagi membolehkan hukuman lebih setimpal dikenakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian semula dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara itu perlu bagi menyediakan perundangan dan hukuman bersifat futuristik iaitu rasional bagi tempoh panjang untuk setiap kesalahan yang dilakukan.

PBB Harus Bertindak Tegas Tangani Keganasan Di Aleppo – Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengambil tindakan drastik bagi menangani keganasan di Aleppo, Syria dan memastikan rakyatnya diberi keutamaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata masyarakat dunia juga perlu mengutuk kemusnahan di bandar itu yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Pembatalan Undangan Dr Mahathir Ke Istana Bukan Arahan Pejabat PM - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Pembatalan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurutnya, beliau telah membuat semakan terhadap pembatalan undangan kepada bekas perdana menteri itu dan mendapati urusan tersebut adalah di bawah kuasa Istana Negara.

Ketepi Keegoan Politik Demi Islam - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Ketepikan keegoan politik dan perbezaan pendapat demi kepentingan bersama umat Islam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata jurang perpecahan dalam kalangan orang Melayu semakin melebar dengan lahirnya fahaman-fahaman politik, ideologi dan kepelbagaian pemikiran baharu dan bercelaru.

TPM sumbang RM25,000 untuk Tabung Rohingya Utusan-TH

Image
KUALA LUMPUR - Penderitaan dan kesengsaraan etnik minoriti Islam Rohingya yang berhadapan dengan penghapusan kaum di wilayah Rakhine, Myanmar terus mendapat perhatian. Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM25,000 untuk Tabung Rohingya Utusan-TH yang ditubuhkan Kumpulan Utusan pada 1 Disember lepas.

Malaysia alu-alukan keputusan Myanmar larang rakyatnya bekerja di Malaysia

Image
KAJANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar untuk melarang rakyatnya bekerja di Malaysia. "Keputusan itu tidak akan memberi akibat langsung kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup perhimpunan Agung Parti IPF Ke-24 di sini, hari ini.

Tangkis 'Peluru Berpandu Politik' Menjelang PRU14 - Ahmad Zahid

Image
KAJANG - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tangkas menangkis 'peluru berpandu politik' yang dilancarkan pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semakin banyak fitnah dilemparkan bagaikan 'peluru berpandu' yang ditembak dari dekat dan jauh terhadap kerajaan dan BN serta individu dalam kepimpinan BN.

Polis Buru Penyebar Surat Layang - Ahmad Zahid

Image
KAJANG - Polis sedang memburu penyebar surat layang yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pihak yang menyebarkan surat layang itu melalui media sosial melakukan tiga kesalahan iaitu memalsukan tandatangan beliau, menggunakan bahan rasmi kerajaan dan menimbulkan perkara membawa fitnah (menyebar fitnah).

Ekosistem Kondusif Disediakan Kerajaan Pacu PKS - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia dirancang dengan rapi dan tersusun hasil daripada komitmen kerajaan yang tinggi dalam menyediakan ekosistem yang kondusif untuk menggalakkan pertumbuhan dan kemapanan sektor itu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rangka kerja institusi yang baik, pelan dasar yang jelas, pelaksanaan yang cekap serta program yang komprehensif dan bersepadu bagi PKS bertujuan untuk membangunkannya sebagai peserta global yang dinamik.

Tawan Semula Kawasan Bermasalah - Zahid

Image
BUKIT TINGGI - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa akar umbi memperkuatkan jentera parti untuk menawan semula kerusi yang dirampas pembangkang. Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas timbalan presiden mahu parti keramat orang Melayu dan Barisan Nasional (BN) kekal dengan DNA yang sekian lama menjadi garis panduan serta asas perjuangan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Diminta Turun Padang

Image
BENTONG - Semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri diminta turun padang bagi bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk tumpuan terhadap kawasan berpotensi mampu dirampas semula daripada pembangkang. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi berkata gendang perang sudah dipalu pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 untuk semua jentera parti menggerakkan usaha bagi memenangi PRU akan datang.

Isu Rohingya Bukan Soal Campur Tangan, Tapi Soal Kemanusiaan - Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Pembelaan terhadap etnik Rohingya yang dizalimi di Myanmar bukan soal campur tangan Malaysia di negara itu, sebaliknya ia adalah atas dasar kemanusiaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri menegaskan bahawa sikap mengambil berat itu adalah atas dasar sikap kepedulian universalisme yang ditunjukkan oleh pemimpin dan rakyat Malaysia.

Anggota Komponen BN Mesti Setia Sokong Calon Parti - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Anggota parti komponen mesti mempunyai 'DNA' Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kesetiaan untuk menyokong calon perikatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Semestinya, apa yang penting adalah parti komponen kita perlu menggamit semula DNA parti mengikut keahlian parti masing-masing, bukannya mereka menjadi DNA parti tetapi menyokong calon parti pembangkang," katanya.

Perhimpunan UMNO Fokus Wala', Institusi Presiden Dan TN50 - TPM Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2016 menampilkan kelainan dengan memfokuskan kepada hal berhubung wala', insitusi presiden dan Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas timbalan presiden parti, berkata pandangan itu berdasarkan pemerhatian beliau sendiri, malahan turut diakui pengamal media dan pemerhati luar.

PAU: Pandang Ke Hadapan Untuk Umno Kekal Relevan - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Perwakilan UMNO perlu memandang ke hadapan dengan memahami pola tingkah laku dan gelagat sosial masyarakat untuk memastikan parti kekal relevan daripada asyik bernostalgia mengenai bekas pemimpin parti, demikian tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti berkata adalah lebih baik jika perwakilan UMNO tidak lagi meng'hero'kan bekas pemimpin parti selepas ini.

Perhimpunan Sayap UMNO Tumpu Penyelesaian Masalah Rakyat - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Isu seperti kos sara hidup dan pemilikan rumah yang menjadi tumpuan dalam perhimpunan agung tiga sayap UMNO menunjukkan keprihatinan parti untuk terus mencari penyelesaian berhubung permasalahan rakyat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden UMNO itu yang menjalankan tugas timbalan presiden parti berkata pengurusan tertinggi parti akan mengambil perhatian pelbagai cadangan yang dilontarkan perwakilan untuk diperhalusi oleh kerajaan.

Perbarisan, Acara Naik Bendera Buka Tirai Perhimpunan Agung UMNO 2016

Image
KUALA LUMPUR - Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO tiba pada 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.