Malaysia alu-alukan keputusan Myanmar larang rakyatnya bekerja di Malaysia

KAJANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar untuk melarang rakyatnya bekerja di Malaysia.

"Keputusan itu tidak akan memberi akibat langsung kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup perhimpunan Agung Parti IPF Ke-24 di sini, hari ini.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian apabila diminta mengulas laporan mengenai keputusan kerajaan Myanmar yang melarang rakyatnya bekerja di Malaysia berkuat kuasa 6 Dis lepas.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Imigresen Myanmar mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot pula dilaporkan berkata bahawa pihaknya belum menerima notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berhubung larangan itu.
-BERNAMA 

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada