Posts

Showing posts from May, 2016

Syed Rosli Akan Dipecat Jika Bertanding

Image
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, akan dipecat daripada UMNO jika bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan itu pasti akan dilakukan parti kepada sesiapa sahaja ahlinya yang bertanding dalam pilihan raya menentang calon Barisan Nasional (BN).

Malaysia Sedia Mudahkan Laluan FDI Jepun Bagi Industri Halal

Image
Malaysia bersedia menarik dan mempermudahkan sebarang kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun, terutamanya yang melibatkan industri halal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau, yang dalam lawatan kerja ke Jepun, berkata bagi tujuan tersebut, kerajaan akan menyelaraskan proses kemasukan FDI dengan pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Malaysia mahu timba pengalaman Jepun hadapi bencana

Image
Malaysia berminat menimba pengalaman dan pengetahuan Jepun dalam pengurusan bencana alam dalam usahanya menangani sebarang risiko bencana negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan menghantar sebuah pasukan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Zaitun Ab Samad untuk mempelajari pengalaman Pihak Pentadbiran Wilayah Miyagi mengurus mangsa tsunami di wilayah itu.

BN Guna Strategi 'Kempen Tanpa Calon' Bagi PRK Kuala Kangsar

Image
TOKYO, 30 Mei - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi 'kempen tanpa calon' bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar susulan calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid, yang masih berada dalam tempoh edah. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata strategi yang julung kali diguna pakai jentera BN semenjak parti itu ditubuhkan, telah mengambil kira fatwa mengikut hukum qat'ie dalam Islam yang berkaitan tempoh edah seseorang wanita yang kematian suami.

Gelombang Kedua Dasar Pandang Ke Timur Mampu Lonjak R&D Malaysia

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan lawatan kerja lima harinya ke Tokyo yang bermula hari ini, adalah susulan gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP 2.0) yang mampu melonjakkan mutu penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara pada masa depan. Malah, jelasnya, LEP 2.0 penting kepada Malaysia berikutan kemampuan dasar yang diperkenalkan pada 1982 mempersiapkan Malaysia ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Rakyat Perlu Seimbang Nilai Tradisi, Kemodenan Capai Status Negara Maju Pada 2020

Image
Keseimbangan nilai tradisi dan kemodenan tinggi yang diterapkan oleh negara maju seperti Jepun dan Korea, perlulah dijadikan teladan oleh rakyat Malaysia terutamanya mahasiswa negara yang menuntut di negara matahari terbit ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selaras dengan kesinambungan Dasar Pandang Ke Timur (LEP) 2.0, etika dan sikap positif rakyat Jepun perlu dijadikan panduan ke arah menjadi negara berstatus negara maju menjelang 2020.

Bekas Pemimpin Jangan Jadi Kitab Lama

Image
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bekas pemimpin negara dan parti agar tidak menjadi seperti 'kitab lama' yang tidak dihormati generasi sekarang. Tanpa menyebut mana-mana individu, beliau berkata seorang pemimpin seharusnya menjadi 'kitab' yang terus mendapat penghormatan dan menjadi rujukan generasi walaupun tidak lagi memegang jawatan penting.

PRK Kuala Kangsar: Calon BN Penuhi Lima Elemen Ditetapkan Parti

Image
Calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan, Datin Mastura Mohd Yazid menepati semua lima elemen yang ditetapkan oleh parti termasuk seorang yang profesional. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain itu pemilihan Mastura juga dibuat kerana beliau sangat memahami faktor muka bumi Kuala Kangsar di samping mesra dengan masyarakat.

Balu Bekas Anggota Parlimen Jadi Calon BN Dalam PRK Kuala Kangsar

Image
Balu bekas Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun depan. Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Arahan BN di Resort Safari di sini hari ini.

500 Migran Syria Disasar Ditempatkan Sementara Di Malaysia Menjelang Hujung Tahun

Image
Malaysia meletakkan sasaran menempatkan secara sementara 500 migran Syria menjelang hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata setakat ini, 79 migran dari negara bergolak itu telah tiba di Malaysia sebagai usaha kerajaan dalam menerima 3,000 warga Syria atas dasar ihsan dan perikemanusiaan.

Ahmad Zahid tiba di Tokyo untuk lawatan kerja 5 hari

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di sini semalam bagi melakukan lawatan kerja lima hari ke Jepun. Ia adalah lawatan sulung Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ke negara matahari terbit itu sejak menjadi pemimpin nombor dua negara.

Budiman Calon BN Bagi PRK Parlimen Sungai Besar

Image
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini. Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO di hadapan kira-kira 2,000 penyokong itu pelancaran jentera PKR itu di Pusat Arahan BN di Sungai Panjang, di sini, malam ini.

RUU Persendirian Untuk Tingkat Kuasa Mahkamah Syariah

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat hari ini adalah bagi meningkatkan lagi kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah. "Ini untuk meningkatkan lagi fungsi Mahkamah Syariah sahaja dan hanya untuk orang Islam," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

MSAN Setuju Kerajaan Negeri, Persekutuan Laksana Pembekalan Sumber Air Tanah

Image
Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) hari ini bersetuju kerajaan negeri dan persekutuan melaksanakan pembekalan sumber air tanah sebagai air mentah secara berterusan di loji rawatan air sedia ada bagi menghadapi kemarau. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat berikutan cuaca panas melampau beberapa bulan lepas hingga menyebabkan 17 daripada 505 loji rawatan air di negara ini kekurangan sumber air mentah.

Sidang Media Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Kejayaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya negeri baru-baru ini diharapkan dapat memberikan momentum serta nafas baharu kepada BN dan juga UMNO di negeri-negeri lain dalam usaha menjamin kemenangan termasuklah di dua pilihan raya kecil iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar serta pilihan raya umum akan datang, demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Najib, mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan hari ini telah membincangkan tentang beberapa faktor yang dilihat menjadi penyumbang kepada kemenangan BN Sarawak bagi memastikan kejayaan BN dalam PRK dan pilihan raya umum akan datang dapat terus dikekalkan.

Sabotaj MyiMMs - 100 Individu Termasuk Pegawai Imigresen Disiasat

Pegawai Imigresen antara 100 individu yang sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam sabotaj Sistem Imigresen MyiMMs. Bagaimanapun jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiada pegawai atasan Imigresen yang terlibat dalam kes tersebut.

PRK Sungai Besar - BN Perlua Kerja Keras dan Bijaksana

Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras dan lebih bijaksana untuk manghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar, bulan depan.  Jelas Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan kemenangan tipis yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-13 di kawasan tersebut, setiap strategi yang disusun perlu dipastikan keberkesanannya. -BeritaNasionalRTM-

Akta Khusus Untuk AKSEM Tingkat Kawalan Keselamatan Akan Diwujudkan

Satu akta khusus untuk Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) bagi menguatkuasakan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand akan diwujudkan, yang dijangka dibentangkan di Parlimen penghujung tahun ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan adanya akta baharu itu nanti ia akan memperkasakan AKSEM dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan kawalan sempadan.

BN Guna Pendekatan Munasabah Tarik Pengundi Muda

Image
Barisan Nasional (BN) mempunyai beberapa pendekatan yang disifatkan sebagai 'munasabah' dalam usaha memikat pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri itu berkata pendekatan mesra golongan muda tersebut akan disesuaikan mengikut situasi setempat.

PVMA Sasar Kurang Kadar Pengangguran

Image
Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) di 404 Sekolah Menengah Kebangsaan terpilih yang melaksanakan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata program itu adalah tindakan susulan hasil Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) tahun lepas menerusi penekanan aspek Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam sistem pendidikan dan kurikulum bagi menarik minat pelajar supaya memilih TVET sebagai pilihan pertama.

Wujud Elemen Sabotaj Dalam Pelaksanaan MyIMMs

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata pihaknya percaya wujud perbuatan sabotaj dalam pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) oleh Jabatan Imigresen. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beberapa nama telah dikenal pasti dan akan diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi serta Polis Diraja Malaysia.

PRK Kuala Kangsar Guna Acuan PRK Teluk Intan

Image
Barisan Nasional (BN) Perak akan menggunakan 'template' atau acuan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dua tahun lalu dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata acuan yang diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja jentera parti berjaya memastikan kemenangan kepada BN di Teluk Intan.

Ahmad Zahid Ziarah Pusara Anggota Parlimen Kuala Kangsar

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari Ahad meluangkan masa menziarahi pusara bekas anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad di Makam Diraja Bukit Chandan di sini. Turut sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; balu Wan Mohammad Khair-il Anuar, Datin Mastura Yazid; dan empat anak bekas anggota Parlimen itu.

Masac Akan Wujudkan Garis Panduan Pemulihan Penagih Dadah

Image
Majlis Penyalahgunaan Dadah Malaysia (Masac) akan mewujudkan satu garis panduan rawatan pemulihan penagih dadah untuk membanteras penggunaan bahan terlarang itu dalam kalangan rakyat. Presidennya Datuk Mohd Yunus Pathi berkata melalui garis panduan itu satu kaedah yang lebih standard akan digunakan dalam memberi rawatan kepada penagih terutamanya membabitkan pusat pemulihan persendirian.

NGO Berkaitan Dadah Perlu Utamakan Keberhasilan Program Perangi Dadah

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah mengutamakan keberhasilan program yang dilaksanakan untuk memerangi penyalahgunaan dadah. Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun pelbagai aktiviti dilaksanakan NGO dan agensi kerajaan untuk membanteras penyalahgunaan dadah, jumlah penagih dadah masih tidak berkurangan setiap tahun.

Pertahan Kekuatan, Kesucian Islam Dengan Kesatuan Ummat

Image
Kekuatan dan kesucian agama Islam yang sering dicemburui, perlu dipertahankan dengan kesatuan ummatnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata dalam mendepani cabaran itu, perkara utama yang perlu dilakukan ialah mengetepikan setiap perkara buruk atau cabang perbezaan termasuk ideologi dan pegangan politik.

'Keluar dari dunia kewartawanan jumud, statik dan beku'

Image
Pengamal media cetak dan elektronik hari ini harus segera bersaing dalam pembangunan dunia media digital dan keluar dari dunia kewartawan tradisional yang jumud, statik dan beku. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia termasuk menghadapi realiti media digital yang mengamalkan etika kewartawanan bebas serta tidak mengikut fakta.

100 Migran Syria Tiba Minggu Depan

Image
Kumpulan kedua membabitkan 100 migran Syria daripada 24 keluarga akan dibawa ke Malaysia pada 28 Mei ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini mereka berada di Kem Pelarian Syria di Lembah Bekka, Lubnan dan dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, menerusi pesawat sewa khas kira-kira jam 10 pagi, Sabtu depan.

KENYATAAN MEDIA: PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAN PROGRAM PENEMPATAN SEMENTARA MIGRAN SYRIA

Image
1. YAB Perdana Menteri semasa sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan komitmen Malaysia untuk menerima 3,000 orang migran warganegara Syria dalam tempoh tiga (3) tahun secara sukarela atas dasar ihsan dan perikemanusiaan. Komitmen ini merupakan satu inisiatif negara dalam menjalankan tanggungjawabnya bersama-sama komuniti antarabangsa untuk meng hulurkan bantuan kepada rakyat Syria yang berdepan dengan konflik dan peperangan.

PRK: BN Bergerak Sebagai 'Underdog'

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan berlaku pertandingan lebih daripada dua penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak bulan depan. Pemangku Timbalan Presiden UMNO itu berkata ini berikutan pendirian PAS meletak calon serta parti pembangkang lain yang turut berminat untuk bertanding pada kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.

Kerajaan Harap Indonesia Teliti Semula Isu Pembantu Rumah

Image
Malaysia berharap pihak Indonesia meneliti semula keputusan berkaitan penghantaran rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu harus dibincang lebih mendalam oleh kedua-dua kerajaan.

1MDB: Polis akan panggil Jho Low jika perlu

Image
Polis akan memanggil Jho Low jika terdapat keperluan untuk beliau hadir bagi membantu siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Setakat ini, tiada pertemuan antara Jho Low dengan pihak polis.

TPM Mahu Lebih Banyak Pertubuhan Belia Tubuh Alumni

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih banyak alumni diwujudkan dalam kalangan pertubuhan belia dan universiti bagi memastikan bekas ahli kekal bersatu. Beliau berkata alumni boleh menjadi penyatuan pemikiran, hati nurani dan tindakan dengan ketiga-tiga elemen itu harus digunakan bagi menggerakkan semua perjuangan ketika berada dalam persatuan sebelum ini.

Tenaga Kerja Malaysia Digesa Sertai Sektor Pembinaan

Kuala Lumpur - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu melihat lebih banyak rakyat Malaysia menyertai sektor pembinaan bagi menangani kekurangan pekerja asing di negara ini. Beliau berkata walaupun kini terdapat kira-kira dua juta pekerja asing di negara ini, majikan masih berdepan kekurangan pekerja, menyebabkan beberapa projek lewat untuk disiapkan.

Tiada projek pengangkutan awam akan tertangguh

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan tiada mana-mana projek pengangkutan awam akan ditangguhkan, ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Tegasnya, semua projek berkenaan akan dipastikan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Kelulusan Visa Pelajar Asing Dibuat Berhati-hati, Elak Jenayah

Image
Kelulusan visa pelajar warga asing yang ingin melanjutkan pelajaran di negara ini dilakukan dengan amat berhati-hati bagi mengelak mereka terlibat dalam kegiatan jenayah 'love scam', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia dilaksanakan dengan pemantauan menerusi sistem Education Malaysia Global Services (EMGS) bersama Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tenaga Kerja Malaysia Digesa Sertai Sektor Pembinaan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu melihat lebih banyak rakyat Malaysia menyertai sektor pembinaan bagi menangani kekurangan pekerja asing di negara ini. Beliau berkata walaupun kini terdapat kira-kira dua juta pekerja asing di negara ini, majikan masih berdepan kekurangan pekerja, menyebabkan beberapa projek lewat untuk disiapkan.

54,941 PATI Di Sabah Diusir Sejak 2014

Image
Sebanyak 54,941 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah telah diusir ke negara asal dari tahun 2014 hingga 12 Mei tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) berkata, pada tahun 2014 sebanyak 17,720 PATI telah diusir ke negara asal dan jumlahnya meningkat kepada 27,769 orang pada 2015 dan sehingga 12 Mei tahun ini pula sebanyak 9,452 orang dihantar pulang.

Ahmad Zahid Mahu Tenaga Mahir Tempatan Isi 1.5 Juta Peluang Kerja Menjelang 2020

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu tenaga kerja tempatan mengisi 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor yang bakal diwujudkan di negara ini menjelang tahun 2020 bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing. Timbalan Perdana Menteri berkata 60 peratus daripada peluang kerja yang bakal diwujudkan berkenaan memerlukan tenaga mahir dalam bidang teknikal dan vokasional.

Kaji Tambah Baik Skim Perkhidmatan Perguruan

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Pendidikan mengkaji skim perkhidmatan perguruan di semua peringkat supaya ia dipertingkatkan sebagai penghargaan kepada jasa dan sumbangan warga pendidik. Timbalan Perdana Menteri berkata, penghargaan dan penghormatan kepada guru bukan hanya melalui ucapan atau kata-kata mutiara pada setiap 16 Mei, sebaliknya turut diterjemahkan melalui ganjaran yang lebih baik.

186,000 anggota RELA akan dikeluarkan menerusi program pemutihan

Image
Sejumlah 186,000 daripada 3.8 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan dikeluarkan daripada jabatan itu menerusi program pemutihan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan berterusan yang bermula Januari lalu, bertujuan mengelakkan wujud unsur negatif termasuk masalah disiplin dan pembabitan dalam kes jenayah dalam kalangan anggota biasa dan bersekutu.

Ahmad Zahid Tetamu Kehormat Malam Wartawan Malaysia 2016

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual menjadi tetamu kehormat Malam Wartawan Malaysia 2016 pada 20 Mei ini. Menurut kenyataan Institut Akhbar Malaysia (MPI) hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, akan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI PETRONAS 2015, termasuk dua hadiah utama.

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA - DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI SEMPENA KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DALAM PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK 2016

Image
KEMENANGAN 'TEAM-ADNAN' 1. Tahniah di atas kemenangan BARISAN NASIONAL (BN) terutama di bawah Tan Sri Adenan Satem yang dikenali sebagai “Team-Adenan”. 2. Kemenangan kita perlu dirai bersama rakyat Sarawak yang telah mengukur keupayaan BARISAN NASIONAL dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan bersandarkan rekod kejayaan sebelum ini.

Keris 2314: Tanam Jati Diri Perjuangan Kepada Lebih 20,000 Anggota UMNO

Image
Lebih 20,000 anggota UMNO telah menjalani latihan atau kursus 'KERIS 2314' sejak modul baharu melahirkan pelapis kepimpinan itu diperkenalkan pada November 2014, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Beliau berkata selain persediaan mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), modul itu diperkenal bagi memberi latihan semula kepada anggota parti mengenai sejarah perjuangan UMNO sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946.

Kejayaan Di Sarawak, Suntik Keyakinan Baharu Kepada BN

Image
Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 semalam memberi keyakinan dan sinar baharu bukan hanya kepada rakyat Sarawak malah, kepada BN secara keseluruhananya. Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kepimpinan Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang tersendiri dalam menerajui negeri itu juga telah membuahkan hasil.

Adenan Satem Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Susulan Kemenangan BN

Image
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas BN kembali berkuasa mentadbir negeri ini untuk penggal ke-11 berturut-turut. Adenan mengangkat sumpah jawatannya itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini.

Kematangan Rakyat Sarawak, Tolak Budaya Politik Kebencian

Image
KUCHING - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 hari ini menunjukkan kematangan rakyat negeri ini dalam berpolitik dan menolak budaya politik kebencian. Beliau berkata keputusan kali ini menunjukkan satu iltizam rakyat Sarawak untuk melihat negeri Bumi Kenyalang sebagai sebuah negeri yang pesat membangun dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Calon Pembangkang Tidak Mampu Bawa Pembangunan - Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin supaya menyokong calon BN Christopher Gira bagi memastikan pembangunan dapat dibawa di kawasan berkenaan. Mesej serupa dibawanya supaya pengundi di DUN Meradong, Repok dan Semop memangkah simbol 'dacing' dengan memilih calon BN.

Tuntutan Royalti Minyak Belum Boleh Dipertimbangkan Berikutan Kejatuhan Harga Minyak - Najib

Image
Tuntutan kenaikan royalti minyak oleh kerajaan negeri Sarawak belum boleh diberi pertimbangan buat masa ini berikutan keadaan hasil negara yang terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata Kabinet dan kerajaan negeri bersetuju masanya tidak sesuai kerana keadaan hasil negara sekarang tidak mengizinkan susulan kehilangan hampir RM40 bilion disebabkan kejatuhan harga komoditi tersebut.

Sarawak Jaga Kepentingan Islam, Tidak Ketepi Agama Lain

Image
Kerajaan negeri Sarawak terbukti berjaya menjaga kepentingan Islam dan pada masa sama tidak mengetepikan agama lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menarik perhatian bahawa walaupun dengan kepelbagaian agama, orang Islam dan bukan Islam begitu saling menghormati di negeri ini.

BN Bukan Parti Politik Bermusim

Image
Barisan Nasional (BN) tidak pernah menjadi parti politik bermusim dalam usaha membawa kemajuan kepada seluruh penduduk Sarawak. Menegaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama erat Kerajaan Pusat dan negeri sentiasa memberi keutamaan kepada perkara itu.

Pemberian Bantuan Dan Dana, Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemberian bantuan dan dana kepada Sarawak adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembangunan di negeri ini. Beliau berkata bantuan yang disalurkan bukan secara bermusim atau ketika pilihan raya sahaja malah ia juga berdasarkan permintaan dan keperluan negeri.

Mesyuarat Kabinet Di Kuching Untuk Sokong Sarawak

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat mingguan Kabinet yang akan diadakan di sini esok, adalah untuk menyokong kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Ahmad Zahid berkata mesyuarat berkenaan telah dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat Dapat Lebih Manfaat Daripada Keistimewaan Adenan

Image
Rakyat Sarawak akan mendapat lebih manfaat daripada keistimewaan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang merupakan pemimpin luar biasa dan memahami keperluan serta kehendak mereka. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penduduk Sarawak beruntung kerana dianugerahkan Adenan sebagai Ketua Menteri, walaupun hanya dua tahun memegang jawatan itu, telah melakukan banyak usaha untuk kepentingan negeri dan rakyat.

Usaha Kerajaan Majukan Pendidikan Untuk Kepentingan Rakyat

Image
Usaha kerajaan membangunkan bidang pendidikan di negara ini adalah bagi memastikan rakyat mendapat pendidikan terbaik dan bukan bagi tujuan politik, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata dengan memajukan bidang pendidikan, semua rakyat akan mendapat manfaat daripada kemudahan tersebut, termasuk penduduk di luar bandar.

Kerajaan Komited Ringankan Beban Kos Sara Hidup Rakyat Sarawak

Image
Kerajaan terus komited membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Sarawak termasuk membelanjakan hampir RM300 juta untuk tujuan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2016 itu adalah bagi menyeragamkan harga barang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.