Posts

Showing posts from October, 2015

Jangan Salahkan KDN Kegagalan Syarikat Saring Pengawal Keselamatan

Image
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak boleh dipersalahkan atas kegagalan sebuah syarikat kawalan keselamatan untuk membuat saringan ke atas pekerja mereka yang mempunyai rekod jenayah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri berkata semua syarikat kawalan keselamatan telah diberikan garis panduan tentang tanggungjawab yang perlu dipenuhi mereka dalam mengambil pekerja.

Negara ASEAN Akui Usaha Tangani Dadah Amat Sukar

Image
Negara-negara ASEAN mengakui usaha untuk menangani dadah adalah amat sukar dan memerlukan bukan sahaja kenyataan-kenyataan keras tetapi tindakan yang berkesan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkata sehubungan itu sasaran untuk melihat rantau ini bebas daripada ancaman dadah pada tahun ini merupakan suatu "fatamorgana" atau ilusi.

7 pemimpin UMNO mungkin digantung, gugur jawatan

Image
Tujuh pemimpin UMNO yang kini sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti mungkin berhadapan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan. Enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata satu jawatankuasa khas sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden UMNO sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.

ASEAN Perlu Jelas, Tegas Dalam Menangani Masalah Dadah, Kata ZahidHamidi

Image
ASEAN perlu mempunyai hala tuju yang jelas, tindakan kolektif dan pendirian tegas dalam menangani masalah dadah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata liberalisasi perdagangan di rantau ini bukan sahaja akan membawa kemakmuran tetapi juga peluang kepada sindiket dadah antarabangsa dan jenayah rentas sempadan untuk memperluas operasi mereka.

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan sebuah syarikat kawalan keselamatan mengemukakan surat tunjuk sebab berhubung tindakan pengawal keselamatan yang menjadi suspek kejadian rogol dan bunuh pelajar Tingkatan Lima di Teluk Kumbar, Pulau Pinang Ahad lalu. Menurut Ahmad Zahid, syarikat tersebut perlu mengemukakan sebab mengapa mengambil pekerja yang mempunyai rekod jenayah dan tidak memberhentikan tugas suspek.

Hentikan kenyataan persendirian demi perbatuan politik

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa sebarang kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sepatutnya datang daripada pengerusinya sahaja. Malah, katanya sebarang perbezaan pendapat di dalam PAC haruslah dibincangkan sesama jawatankuasa dan bukan mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi demi kepentingan politik.

Pengeluar Farmaseutikal Global Dipelawa Guna Malaysia Hab Halal Serantau

Image
Malaysia menggesa pengeluar farmaseutikal global menimbang negara ini sebagai hab serantau baharu bagi memenuhi keperluan pengembangan pasaran halal global. Dalam membuat saranan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemain industri tempatan juga digesa untuk mengikuti perkembangan terkini berkaitan pengetahuan dan teknologi industri tersebut.

Malaysia Berusaha Rapatkan Jurang Undang-undang Syariah Dan Common

Image
Malaysia kini bergerak maju ke arah mengharmonikan dan merapatkan jurang yang wujud antara undang-undang Syariah dan Common, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Sebenarnya, jika kita mengesan sejarah pembangunan sistem perundangan kita, proses mengharmonikan undang-undang Syariah dan Common telah berlaku sejak lebih dua dekad di negara ini.

Malaysia kejar kedudukan pendahulu dalam pembangunan vaksin halal

Image
Malaysia terus memainkan peranan dan usaha untuk menerajui bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pemprosesan vaksin halal di rantau Asia Tenggara dan seterusnya ke peringkat dunia. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia selama ini telah menyediakan eko-sistem yang menyokong pertumbuhan inisiatif berkaitan agenda halal.

Parlimen: PDRM Gerak 2,610 Pegawai Dan Anggota Kawal Bersih 4

Image
Sejumlah 191 pegawai dan 2,419 anggota lain-lain pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan bagi mengawal perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lepas. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia melibatkan kos keseluruhan yang diguna pakai sebanyak RM2.74 juta.

Tiada salah guna kuasa terhadap tertuduh 124B hingga 124N Kanun Keseksaan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata tiada sebarang penyalahgunaan kuasa berlaku terhadap tertuduh yang didakwa dan disiasat mengikut Seksyen 124B hingga 124N Kanun Keseksaan. Selain itu, pembelaan dan hak mereka mengikut seksyen berkenaan juga terjamin, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anggota UMNO Perlu Terus Hormati Pucuk Pimpinan

Image
Anggota UMNO perlu terus memberi sokongan dan menghormati pucuk pimpinan sekiranya mahu parti terus utuh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata mereka juga tidak seharusnya memberi pandangan berbeza terhadap kepimpinan sehingga boleh menjejaskan parti.

Peruntukan Lebih Untuk Sarawak Bukan Kerana Pilihan Raya

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa peruntukan bagi Sarawak dalam Bajet 2016 adalah demi memenangi pilihan raya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi. Beliau berkata soal membeli undi tidak sepatutnya timbul kerana apa jua peruntukan dalam bajet untuk Sarawak adalah kerana kerajaan persekutuan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat negeri itu mendapat faedah dan perkhidmatan yang baik.

Khidmat Rela Ditawarkan Bantu Penguat Kuasa KPDNKK

Image
Khidmat 3.6 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditawarkan untuk membantu memperkasa pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan kerjasama pintar di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan KPDNKK bagi menampung kekurangan pegawai penguat kuasa KPDNKK.

Kerajaan Terus Prihatin Keperluan Masyarakat India

Image
Kerajaan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat India khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata di sebalik cabaran ekonomi yang dihadapi negara, kerajaan tetap memberi perhatian terhadap kaum itu yang merupakan komponen penting dalam kemajmukan masyarakat Malaysia.

Pembangkang kehabisan modal

Image
Pakatan pembangkang kini sudah kehabisan modal untuk menyerang kerajaan apabila menggunakan isu lain bagi menarik perhatian umum ketika pembentangan Bajet 2016, yang dibentang hari ini. Demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai mengulas tindakan pembangkang yang mempamerkan playkad tertera tulisan 'mana 2.6 bilion?' sejurus selesai pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2016 Bukti Pencapaian Kerajaan Beri Tumpuan Kepada Golongan Sasar

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Bajet 2016 bukti pencapaian kerajaan apabila wujudnya kesinambungan tumpuan daripada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) kepada golongan berpendapatan pertengahan (M40). Beliau berkata intipati bajet itu yang menyentuh berkenaan golongan sasaran berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan pendapatan rakyat yang amat bersesuaian dengan temanya iaitu 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' dalam situasi ekonomi yang mencabar.

TPM Saran Anggota PAC Angkat Sumpah Simpan Rahsia

Image
  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan semua anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengangkat sumpah simpan rahsia bagi memastikan kerahsiaan maklumat serta dokumen siasatan jawatankuasa itu sentiasa terpelihara. Katanya perkara itu telah dibangkitkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana kerajaan berpendapat amalan angkat sumpah simpan rahsia itu sebagai perlu.

Zahid Terima Kunjungan Hormat Menteri Imigresen Australia

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari Khamis menerima kunjungan hormat Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia Peter Dutton di Hotel Seri Pacific di sini. Dalam pertemuan 30 minit itu, Dutton diiringi Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Rod Smith.

Jerebu: Malaysia Tidak Akan Beri Tekanan Kepada Indonesia

Image
Malaysia tidak akan mengenakan sebarang bentuk tekanan kepada Indonesia untuk menangani gejala jerebu rentas sempadan yang berpunca dari republik itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata langkah sedemikian adalah tidak adil kepada Indonesia yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi kebakaran tanah gambut yang berlaku.

ASEAN, rakan serantau perlu perhebat kerjasama perangi keganasan

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara ASEAN dan negara sahabatnya perlu mempertingkatkan rangkaian kerjasama untuk memerangi pengganas, selain memperbetulkan tafsiran salah mengenai Islam sehingga mewujudkan Islamphobia. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, dunia sedang menghadapi musuh yang sama dalam keganasan dan kerjasama perlu dipertingkatkan untuk memeranginya demi kepentingan sejagat.

Kerajaan belanja RM500 juta beli aset keselamatan baharu

Image
Perjanjian pembelian aset bernilai RM500 juta bakal dimeterai dalam Persidangan dan Pameran Peralatan Khas Polis Asia ke-4 (GPEC Asia) 2015 bagi memperkukuh fungsi agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perjanjian yang akan dimeterai di persidangan yang berlangsung bermula hari ini hingga Sabtu itu bakal melibatkan beberapa buah agensi di bawah KDN termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zahid Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Parlimen Dalam Negeri Singapura

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, Amrin Amin di Perdana Suite, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Turut mengiringi Amrin dalam pertemuan 30 minit itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia Vanu Gopala Menon.

Malaysia Akan Wujud Pusat Digital Pantau Ideologi, Propaganda IS

Image
Malaysia akan mewujudkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) untuk memerangi penyebaran ideologi dan propaganda kumpulan militan IS menerusi internet. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Amerika Syarikat telah memilih Malaysia susulan komitmennya dalam menangani ancaman keganasan antarabangsa dan kegiatan jenayah rentas sempadan.

TPM Mahu Pasukan Kemahiran Malaysia Lakar Kejayaan Peringkat Antarabangsa

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pasukan kemahiran Malaysia melakar lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa dan bukan setakat menjadi jaguh kampung. Beliau berkata peserta sudah membuktikan kemampuan mereka di peringkat tempatan, justeru mereka perlu meningkatkan pencapaian di peringkat ASEAN dan dunia.

Parlimen: Polis Tahan 132 Individu Terlibat Elemen Pengganas

Image
Sebanyak 132 individu ditahan kerana terlibat dengan elemen pengganas termasuk militan Negara Islam (IS) hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agensi perisikan antarabangsa. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata daripada jumlah itu, 123 individu ditangkap kerana terlibat dengan elemen IS yang kesemuanya telah dikenakan tindakan.

Ahmad Zahid Dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka membawa gelaran Datuk Seri Utama daripada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Penganugerahan darjah tertinggi Melaka itu diadakan pada istiadat khas di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini dan penganugerahan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-77 Mohd Khalil.

Ketepi Perbezaan Pendapat Demi Perpaduan Ummah

Image
Rakyat perlu mengetepikan perbezaan pendapat demi perpaduan ummah, kestabilan dan kemajuan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ini akan membolehkan mereka memberi fokus usaha untuk memperkasa ekonomi negara.

Tahap Keselamatan Di Daerah Belaga Dipertingkatkan

Image
Tahap keselamatan di daerah Belaga dan kawasan berdekatan sempadan Indonesia akan dipertingkatkan tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya satu rejimen tentera sempadan akan ditempatkan di sana manakala kekuatan anggota RELA setempat juga akan ditambah.

Peruntukan Tambahan Pembinaan Kuarters Di Pedalaman Sarawak Akan Diselaras Dalam RMK11

Image
Peruntukan tambahan bagi penyediaan kuarters kediaman penjawat awam di kawasan pedalaman akan diselaraskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Penyelarasan itu katanya, akan dilaksanakan melalui pengumuman bajet setiap tahun oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saifuddin Akan Beri 'Sumbangan Besar' Kepada PKR, Kata Ahmad Zahid

Image
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO Saifuddin Abdullah akan memberi 'sumbangan besar' kepada PKR yang disertainya baru-baru ini. Timbalan perdana menteri berkata 'sumbangan besar' itu adalah masalah yang besar sebagaimana dilakukan bekas Anggota Parlimen Temerloh itu kepada UMNO.

Kerajaan Komited Sediakan Pendidikan Terbaik Bagi Kawasan Di Pedalaman

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kelulusan pelbagai projek bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun di daerah Belaga. Ini termasuk pembinaan kuarters kediaman 20 guru, trek padang baharu, gelanggang sukan serbaguna, kemudahan makmal sains untuk pelajar dan peruntukan RM100,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah di kawasan pedalaman Sarawak itu.
Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta kerajaan negeri meningkatkan komitmen dalam program kerjasama dengan pihak swasta bagi memajukan tebing-tebing sungai serta kawasan sekitar koridor sungai bagi mengatasi masalah tapak-tapak pembuangan sampah haram. Beliau berkata kerjasama sedemikian dapat mengurangkan kes pencerobohan kawasan tebing sungai, membanteras pewujudan tapak-tapak pembuangan sisa pepejal secara haram serta berpotensi meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitar. Ahmad Zahid berkata RM80.95 juta diperlukan setahun bagi menyelenggara sampah di dalam sungai dengan anggaran purata semasa RM3,000 bagi mengeluarkan satu tan sampah dari sungai. "Secara dasarnya Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan kira-kira 2,268.6 tan sampah sebulan semasa kerja-kerja penyelenggaraan sungai di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-10 di sini hari ini. Mesyuarat

Zahid Arah Operasi SAR Anak Orang Asli Yang Masih Hilang Dilipatgandakan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak Orang Asli yang masih hilang dilipatgandakan. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut meminta semua pihak memberi kerjasama penuh terutama masyarakat tempatan supaya nasib mereka diketahui secepat mungkin.

Sikap Positif Pemimpin Amerika Terhadap Pentadbiran Putrajaya Buka Era Baru Hubungan Dua Negara

Image
Kesediaan Washington bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam hal keganasan, jenayah rentas sempadan dan pengecualian visa bakal membuka era baru kepada hubungan kedua-dua buah negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia melihat sikap positif pemimpin Amerika Syarikat terhadap pentadbiran Putrajaya itu berikutan selesainya rundingan Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) di Atlanta baru-baru ini.

Ahmad Zahid Sedih Atas Kematian Empat Murid Orang Asli

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa dukacita ekoran kematian empat murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang sebelum ini hilang bersama tiga yang lain di Gua Musang, Kelantan. Ahmad Zahid mengucapkan takziah kepada keluarga murid yang telah meninggal dunia selepas hilang sejak 23 Ogos lepas.

Ahmad Zahid tegur kalangan pemimpin BN yang timbulkan provokasi

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) kerana menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan khalayak meragui kewibawaan agensi penguatkuasaan melaksanakan tanggungjawab berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Katanya sebarang kenyataan bersifat provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan lebih awal.

1MDB Bukan Perhatian Utama FBI, Washington

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata persoalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan menjadi perhatian utama pihak Washington termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI). "Mungkin perkara ini besar kerana diuar-uarkan di dalam negara (Malaysia) kerana di negara kita ia dijadikan isu politik," kata Ahmad Zahid kepada wartawan Malaysia di sini pada Jumaat.

Jangan pertikai siasatan isu 1MDB

Image
Semua pihak harus mempercayai kemampuan pihak berkuasa serta badan perundangan negara dan jangan pertikaikan kemampuan mereka melakukan siasatan dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, orang ramai terutama pemimpin Barisan Nasional (BN) pada semua peringkat, wajar berlapang dada dan berfikiran terbuka bagi membenarkan pihak berkenaan melaksanakan tugas dengan sempurna.