ASEAN, rakan serantau perlu perhebat kerjasama perangi keganasan


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara ASEAN dan negara sahabatnya perlu mempertingkatkan rangkaian kerjasama untuk memerangi pengganas, selain memperbetulkan tafsiran salah mengenai Islam sehingga mewujudkan Islamphobia.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, dunia sedang menghadapi musuh yang sama dalam keganasan dan kerjasama perlu dipertingkatkan untuk memeranginya demi kepentingan sejagat.
"Salah tafsir mengenai Islam oleh segelintir pihak menjadi punca Islam tercalar sehingga dikaitkan dengan pengganas serta mewujudkan Islamphobia.

Kita mahu dunia menghapuskan persepsi negatif ini," katanya berucap merasmikan Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya, di sini pagi ini.

Dalam sidang media kemudian, Ahmad Zahid berkata, Malaysia tidak memberi tekanan kepada Indonesia untuk menangani isu jerebu, kerana Presidennya, Joko Widodo (Jokowi) sendiri sudah menyuarakan kepada beliau komitmen republik itu untuk menyelesaikan masalah berkenaan bersama negara kita dan negara ASEAN lain.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada