Posts

Showing posts from September, 2015

Operasi Cari Tujuh Murid Orang Asli Diperluas Ke Bandar Berdekatan

Image
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lepas akan diperluaskan ke bandar-bandar kecil berdekatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata kawasan SAR diperluaskan daripada kawasan hutan hingga ke bandar-bandar kecil kerana pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan berlaku jenayah dan penculikan membabitkan murid berkenaan. "Kita akan meliputi kawasan pencarian ini ke bandar-bandar kecil berdekatan kerana kita khuatir ada pihak yang melakukan penyembunyian kanak-kanak berkenaan," katanya

Guna Forum Lain Suarakan Pandangan Bukan Menerusi Demonstrasi Jalanan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat supaya tidak lagi menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan pandangan sebaliknya berbuat demikian menerusi pelbagai forum lain. Beliau berkata demonstrasi jalanan bukanlah budaya Malaysia dan ia tidak seharusnya diamalkan di negara ini.

Masalah Berakhir Bagi 1,600 Orang Di Sarawak Hadapi Masalah Dokumen

Image
Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan permohonan daripada sekumpulan 1,600 orang di Sarawak yang menghadapi masalah mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri pada Sabtu berkata, Jabatan Pendaftaran Negara dijangka menyediakan dokumen berkenaan untuk mereka bermula di Tamin dalam Divisyen Sibu, dalam waktu terdekat.

TPM Rasmikan Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini merasmikan Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015 di Tebingan Kuching di sini. Beliau turut melepaskan peserta perlumbaan perahu panjang tradisional Sarawak yang diperkenalkan sejak era pemerintah Raja Brooke pada tahun 1872 bagi memupuk semangat setia kawan dan menghentikan pembunuhan antara suku kaum di negeri ini ketika itu.

Ahmad Zahid Nafi Anti Masyarakat Cina

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau bersifat perkauman dan anti masyarakat Cina seperti yang disebarkan di media sosial. "Mana ada saya 'racist' (bersifat perkauman), kita sama-sama rakyat Malaysia. Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Penganjur himpunan baju merah, Jamal Yunos ditahan

Image
KUALA LUMPUR : Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos ditahan pada jam 9 malam tadi di IPD Ampang Jaya di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan di Petaling Street esok. Dalam satu kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, Jamal ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan. Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah ini memberi kuasa penuh kepada polis untuk menangkap dan menahan sesiapa sahaja yang terlibat bagi mencegah jenayah daripada berlaku.

Sentiasa hormati agama lain - Ahmad Zahid

Image
KOTA SAMARAHAN : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan umat islam di negara ini agar sentiasa menghormati agama lain. Jelasnya, dengan berbuat demikian, mereka akan dihormati oleh penganut agama berkenaan.

Majlis kahwin di Jakarta: Zahid tidak menyalahguna kuasa

Image
( Majlis perkahwinan itu telah dirancang lebih awal supaya sama tarikh dengan lawatannya ke Indonesia bagi menjimatkan masa. zahid,kawin) Majlis perkahwinan anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berlangsung di Hotel Ritz Carlton di Jakarta pada Sabtu lalu memang sudah dirancang lebih awal.

Al-Fatihah

Image

Pupuk Semangat Saling Bermaafan Dan Perpaduan Sesama Umat

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar memupuk semangat saling bermaafan dan perpaduan ketika menyambut Aidiladha yang penuh dengan erti pengorbanan itu. Beliau berkata umat Islam harus bermaafan atas segala kekhilafan terdahulu, sekarang dan yang akan datang agar semangat perpaduan tetap subur di hati.

Zahid Hamidi Lakukan Lawatan Dua Hari Ke Sarawak Bermula Jumaat Ini

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual melakukan lawatan dua hari ke Sarawak bermula hari Jumaat ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, beliau dijangka tiba pada pukul 4.30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Zahid Ingatkan Media Sosial Jangan Main Isu Perkauman

Image
Pengguna media sosial termasuk portal berita dingatkan agar tidak 'bermain dengan api' dengan cubaan menyemarakkan sentimen perkauman sehingga boleh mengancam keselamatan negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak isu keselamatan negara telah dipolitikkan terutama berkaitan radikalisme, ekstremisme dan keganasan.

KENYATAAN MEDIA : SEMPENA LAWATAN RASMI YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI KE INDONESIA

Image
YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah membuat lawatan rasmi ke Indonesia pada 18 hingga 20 September 2015.  Di dalam rangka lawatan tersebut, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah bertemu dengan TYT Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan dan kemudian mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Yusuf Kalla, yang merupakan wakil kepada Presiden Republik Indonesia.

Siasat dakwaan DEIG mohon pinjam RM500j

Image
SHAH ALAM 21 Sept. - Jawatankuasa Pilihan Agen­si, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) Se­langor digesa memanggil Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya memberikan jawapan sebenar me­ngenai dakwaan konon­nya Darul Ehsan Investment Group (DEIG) telah memohon cada­ngan pinjaman daripada tiga buah bank berjumlah RM500 juta.

Zahid Gesa Pertingkat R&D Ramuan Bagi Produk Halal

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dalam industri halal dipertingkatkan, terutama yang berkaitan dengan ramuan bagi produk halal. Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu perlu disebabkan pengeluar berusaha mencari alternatif dalam menggunakan produk berkenaan bagi menggantikan ramuan yang biasanya tidak halal.

The Launch of ‪Halal‬ Ingredients ‪Asia‬ 2015

Image

Bengkel deradikalisasi 2016 mahu ubah sikap mereka terbabit keganasan

Image
Bengkel antarabangsa mengenai deradikalisasi di Kuala Lumpur pada Januari depan bermatlamat melahirkan satu program deradikalisasi yang dapat mengubah sikap dan pemikiran serta meneutralkan mereka yang terlibat dalam kegiatan radikal atau keganasan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata untuk itu, bengkel berkenaan akan memberi perhatian kepada mereka yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)(Pindaan) 2015 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Kanun Acara Jenayah (CPC) di Malaysia.

Penyelesaian Jangka Panjang Masalah Jerebu Dibincang 25 Sept

Image
Penyelesaian jangka panjang terhadap masalah jerebu rentas sempadan akan dibincangkan dengan Indonesia di Jakarta pada 25 Sept, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia akan diwakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada perbincangan itu. Beliau berkata Malaysia akan memberikan kerjasama kepada Indonesia untuk mengendalikan isu itu. "Menteri Sumber Asli akan datang pada 25 Sept untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Indonesia serta rakan-rakan ASEAN yang lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.

Kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo di Istana Presiden di Bogor‪

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Presiden di Bogor, kira-kira 50km dari sini. Kunjungan hormat selama kira-kira sejam itu merupakan program di luar jadual lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri di Indonesia. Turut hadir ialah isteri presiden, Iriana.

Banyak Masalah Malaysia, Indonesia Selesai Secara Kekeluargaan

Image
Banyak masalah melibatkan hubungan Malaysia dan Indonesia boleh diselesaikan dengan cara kekeluargaan berbanding cara diplomatik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ini berikutan persamaan yang terlalu banyak antara Malaysia dan Indonesia menyebabkan masalah antara kedua-dua negara menjadi agak unik.

Sistem Tunggal Pendaftaran Pekerja Asing Tangani Pemerdagangan Manusia

Image
Sistem tunggal pendaftaran pekerja asing iaitu secara dalam talian yang akan mula dilaksanakan Oktober ini, akan dapat menangani isu pemerdagangan manusia dan penganiayaan terhadap pekerja asing, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata sistem itu akan diguna pakai untuk semua negara pembekal tenaga kerja asing kecuali Indonesia yang penggunaannya akan ditetapkan kemudian pada satu mesyuarat di Putrajaya bulan depan.

Malaysia Tuan Rumah Bengkel Antarabangsa Deradikalisasi Pada 2016

Image
‪ Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama dalam program deradikalisasi dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia akan menjadi tuan rumah bengkel antarabangsa deradikalisasi pada 2016. Bengkel itu dijangka diadakan pada Januari depan dan akan menyediakan prosedur operasi standard untuk menangani radikalisasi atau kegiatan radikal, menurut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Malaysia-Indonesia Cari Penyelesaian Jangka Panjang Isu Jerebu

Image
Malaysia dan Indonesia akan mengambil beberapa langkah penyelesaian jangka panjang dalam menangani masalah jerebu rentas sempadan yang berulang setiap tahun, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr. Siti Nurbaya Bakar akan mengemukakan beberapa butiran berhubung isu tersebut. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan kerja hari pertama ke republik itu, di sini hari ini.

Orang Melayu tidak berdiam diri apabila dicabar.

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar. "...apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

UPP akan dinaik taraf jadi agensi keselamatan sempadan

Image
‬ Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) akan dinaik taraf menjadi Agensi Keselamatan Sempadan. Menurutnya, entiti baharu melibatkan tiga agensi teras iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia itu juga turut akan melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan lain sebagai nilai tambah.

Malaysia-Indonesia Selesai Masalah Secara Muhibah

Image
Segala permasalahan antara Malaysia dan Indonesia akan diselesaikan secara muhibah antara pemimpin kedua-dua negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata isu-isu seperti ekonomi, sempadan, jerebu dan pekerja tanpa izin dari negara jiran sentiasa dibincangkan dengan baik antara kedua-dua negara itu.

TPM tiba di Jakarta untuk lawatan kerja

Image
JAKARTA - INDONESIA. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja empat hari.      Ketibaan Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma pukul 9 pagi (10 pagi waktu Malaysia) disambut Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Perhimpunan 16 Sept: Jangan sentuh sensitiviti perkauman - Zahid Hamidi

Image
Polis akan mengambil tindakan terhadap peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' esok sebagaimana yang dilakukan terhadap perhimpunan Bersih jika mereka mengingkari arahan dan menyentuh sensitiviti perkauman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis akan memantau aktiviti perhimpunan baju merah anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu.