Posts

Showing posts from December, 2015

Kerajaan Komited Pastikan Kesaksamaan Terus Terpelihara - Ahmad Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kesaksamaan terus terpelihara untuk rakyat hidup aman, makmur dan tenteram. Beliau berkata adalah menjadi iltizam kerajaan untuk mengambil kira pandangan semua pihak dalam mentadbir negara ini. "Di samping kita meraikan perbezaan pendapat, saya menyeru agar perbezaan pendapat ini diraikan dalam keadaan yang harmonis, tanpa menyinggung mana-mana pihak," katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2016 pada Khamis.

Kronologi Peristiwa Tumpuan Dalam Perkembangan Politik Malaysia Sepanjang 2015

Image
Berikut antara peristiwa yang menjadi tumpuan umum dalam perkembangan politik di Malaysia sepanjang 2015:

Hormati Sensitiviti Rakyat Dalam Soal Israel - Zahid Hamidi

Image
Malaysia mempunyai dasar yang jelas dalam hubungan diplomatik dengan Israel dan DAP tidak sepatutnya bertindak di luar dasar itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya sensitiviti rakyat negara ini dalam isu berkaitan Israel perlu dihormati.

Ahmad Zahid Terima Kunjugan Imam Masjid An-Nabawi

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan Imam Masjid An-Nabawi Madinah, Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim, yang sedang melakukan lawatan seminggu ke negara ini. Dalam pertemuan selama 20 minit di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, mereka membincangkan perkara berkaitan mengukuhkan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi. Bercakap kepada pemberita, Ahmad Zahid berkata antara perkara yang dibincangkan termasuk hubungan para ulama di Malaysia dan Arab Saudi, selain isu keganasan serta penyelewengan hadis.

Penuntut Afrika Kahwini Wanita Tempatan Untuk Dapat Kerakyatan, Lesen Premis - Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan adanya wanita Malaysia yang sanggup menjadi isteri kepada penuntut Afrika bagi melayakkan lelaki asing itu mendapatkan taraf kerakyatan dan memiliki lesen premis di negara ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata lesen itu adalah hak warga Malaysia tetapi digunakan penuntut Afrika yang mengahwini wanita tempatan.

Jangan Terpengaruh Maklumat Tak Sahih Tentang 1MDB - Ahmad Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diperoleh daripada sumber yang diragui kesahihannya. "Kita jangan menghukum berdasarkan kepada maklumat yang datang daripada sumber-sumber yang tidak disahkan.

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Bincang Pandangan NGO Tentang Kos Sara Hidup

Image
Sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi akan ditubuh bagi membincangkan pandangan badan bukan kerajaan (NGO) tentang isu kos sara hidup. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu yang turut dianggotai enam menteri dan ketua setiausaha kementerian berkenaan.

Hormati Agama Lain Untuk Orang Lain Hormati Agama Kita - Ahmad Zahid

Image
Seluruh rakyat Malaysia perlu menghormati agama orang lain untuk memastikan agama mereka dihormati, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perayaan yang diraikan secara bersama rakyat negara ini seperti Krismas merupakan sebuah manifestasi bahawa seluruh rakyat Malaysia, walaupun berbeza pegangan agama, mampu menghormati agama orang lain. "Perbezaan pegangan agama kepada kita ia adalah merupakan suatu keistimewaan untuk penganut-penganut semua agama, dalam al-Quran menyebutkan 'you are with your religion i'm with my religion' (untukmu agamamu, dan untukku agamaku). "Keharmonian kita kekalkan biarpun kita berbeza agama, berbeza keturunan, kebudayaan, bahasa dan latar belakang namun sebagai rakyat Malaysia kita kekal dan kukuhkan keharmonian dan perpaduan ini sampai bila-bila," katanya berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2015 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir di sini ma

OKU terap konsep Satu Usahawan, Satu Keluarga

Image
Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) perlu menyahut seruan kerajaan yang menerapkan konsep Satu Usahawan, Satu Keluarga dengan menceburi pelbagai bidang perniagaan menggunakan bantuan pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi berkaitan. Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Ali Rustam, berkata saranan kerajaan itu bersesuaian terutama kepada golongan OKU penglihatan memulakan perniagaan dengan mendapatkan bantuan pinjaman seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), MARA dan PUNB.

Zahid Yakin Keserasian Pimpinan UMNO-PAS, Namun Masih Awal Kerjasama Secara Formal

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin UMNO dan PAS, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata usahasama dan perpaduan kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan dan ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai.

MAULIDUL RASUL: Umat Islam Sambut Maulidur Rasul Kali Kedua Tahun Ini Dengan Semangat Kesatuan

Image
Sambutan Maulidur Rasul kali kedua tahun ini disambut dengan semangat kesatuan dalam kalangan umat Islam selaras dengan tema tahun ini 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'. Sambutan peringkat nasional yang pertama kali diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dekat sini turut dipenuhi acara bagi memperingati jasa dan perjuangan Rasulullah SAW.

Malaysia Hargai Bantuan Thailand Permudah Urusan Bawa Balik Mangsa Nahas

Image
Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Thailand kerana membantu mempermudahkan urusan membawa balik jasad 13 rakyat negara ini yang terkorban dalam nahas jalan raya di Chiang Mai, Ahad lalu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menzahirkan perkara itu hari ini berkata kerjasama yang diberi termasuk daripada pihak polis dan imigresen selain pampasan berjumlah 1.6 juta baht atau kira-kira RM200,000 kepada waris mangsa.

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Bawa Pulang Mayat Bernard Then - Ahmad Zahid

Image
Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk membawa pulang mayat rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, yang diculik dan dipenggal di selatan Filipina, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata usaha sedang dijalankan agar tuntutan ke atas mayat Then oleh keluarga mendiang dapat dijalankan dengan mudah. "Kita nak bawa pulang secepat mungkin... kita sedang mengelolakannya," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Naib Presiden Zambia Inonge Mutukwa Wina di sini hari ini.

Ahmad Zahid Saran Wujudkan Konsep 'Satu Usahawan, Satu Keluarga'

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan konsep 'Satu Usahawan, Satu Keluarga' diwujudkan bagi menggalakkan golongan muda menceburi bidang keusahawanan. Beliau mahu sekurang-kurangnya seorang daripada anggota keluarga menceburi bidang keusahawanan yang boleh menjadi tonggak kepada ekonomi keluarga.

Ahmad Zahid Sedia Runding Mengenai Insentif Khas Anggota Penguatkuasa Imigresen

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia berunding dengan pihak berkaitan berhubung pemberian insentif penguatkuasaan sebanyak RM200 sebulan kepada semua anggota Jabatan Imigresen yang melakukan tugas penguatkuasaan. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ini berdasarkan pencapaian hasil kutipan cukai berjumlah RM3.9 bilion bagi tempoh 1 Jan hingga 1 Dis lepas dan yakin jumlah itu akan terus meningkat menjelang hujung tahun ini.

KDN Sedia Bantu JAKIM Siasat Lelaki Mengaku Imam Mahdi - Ahmad Zahid

Image
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat seorang warga Indonesia, Muhammad Zubir Amir Abdullah yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu dari segi tindakan penguatkuasaan serta perundangan terhadap lelaki berkenaan.

Ahmad Zahid Mahu Imigresen Buru Ejen, Sindiket Tipu Pati

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Jabatan Imigresen memburu ejen atau sindiket yang mengaut keuntungan besar selepas menipu pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di negara ini. Beliau berkata hasil operasi penguatkuasaan mendapati 95 peratus daripada PATI yang ditangkap mempunyai dokumen yang sah, tetapi menjadi mangsa penipuan oleh ejen atau sindiket apabila tiba di negara ini.

Ahmad Zahid Yakin Rakyat Sarawak Boleh Hakis Persepsi Negatif

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin penduduk Sarawak dapat menghakis persepsi negatif yang dilemparkan sesetengah pihak mengenai negeri ini. Katanya persepsi berkenaan timbul akibat daripada penyebaran maklumat yang separa benar dan tidak benar secara berulang-ulang khasnya di alam maya yang menggambarkan negeri itu masih jauh mundur dan miskin.

Kerajaan Pusat Akan Pastikan BN Raih Kemenangan Besar Pada PRN Sarawak - Ahmad Zahid

Image
Kerajaan Pusat akan menggerakkan usaha bagi memastikan Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan besar itu bukan sahaja mempertahankan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya lepas, malah menguasai 11 kerusi baharu yang bakal dipertandingkan pada PRN11.

Terlalu Awal Tafsir Pertemuan Najib-Abdul Hadi Ke Arah Tahaluf Siyasi - Ahmad Zahid

Image
Masih terlalu awal mentafsirkan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke arah tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara UMNO dan PAS. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun berkata pertemuan itu sesuatu dialu-alukan sebagai langkah pertama bagi menyatukan umat Islam di negara ini, dalam membina imej agama Islam yang baik.

Saya Akan Pastikan Janji Kepada Sarawak Ditunaikan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan beliau akan memastikan setiap janji kepada penduduk Sarawak ditunaikan, termasuk memberi peruntukan tambahan jika diperlukan. "Ingat wakil-wakil rakyat... apabila berjanji mesti ditepati. Kalau lambat, saya akan susuli kerana kita adalah kerajaan yang prihatin," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Long Bemang di sini hari ini.

Hujan tidak halang lawatan TPM ke utara Sarawak

Image
Hujan lebat sejak awal pagi tadi tidak menghalang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu rakyat sempena lawatan rasmi dua hari ke wilayah utara Sarawak bermula hari ini. Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di Lapangan Terbang Miri di sini pada jam 9.30 pagi tadi.

Tambah Aset, Pertingkat Komitmen Anggota Perkukuh Keselamatan Di ESSCom

Image
Kerajaan sedang menambah aset bagi meningkatkan kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Selain aset, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pertambahan komitmen anggota penguatkuasa dan meningkatkan 'omni presence' di sepanjang 1,700 kilometer Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) penting bagi mempertahankan kedaulatan negara, khususnya di kawasan persisiran Sabah.

Kaedah Penyampaian Kena Ikut Segmen Rakyat

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zhaid Hamidi berkata kaedah penyampaian maklumat dan perkhidmatan kerajaan perlu berbeza mengikut segmen khalayak sasaran. Timbalan Perdana Menteri berkata sebarang dasar kerajaan yang disampaikan dengan pendekatan yang sama kepada semua rakyat tidak akan mencapai matlamat yang dikhendaki.

Ahmad Zahid Mahu Persatuan Seni Jaga Kebajikan Penggiat Seni

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu persatuan, yayasan dan koperasi seni bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan penggiat seni. Beliau berkata setiap persatuan seni tidak harus bersikap penting diri sendiri dan perlu sentiasa membantu penggiat seni yang memerlukan. "Saya akan usahakan supaya bantuan sebanyak RM1 juta ringgit diberikan kepada Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad dengan syarat ia mesti digunakan untuk membantu anak seni yang memerlukan.

Sektor Swasta Main Peranan Penting Dalam Strategi Pertumbuhan Hijau

Image
Masyarakat perniagaan digesa bekerjasama secara kolektif dengan kerajaan bagi melaksanakan strategi pertumbuhan hijau ke arah memulihara alam sekitar. Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sektor swasta sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi harus menerajui dalam menggunapakai teknologi canggih untuk pembangunan lestari.

Kerajaan Negeri Diminta Lanjut Pengecualian Royalti Daripada Tanah Berimilik

Image
Kerajaan negeri diminta melanjutkan pengecualian bayaran royalti ke atas pengeluaran kayu getah, batang kelapa sawit dan batang kelapa dari kawasan Tanah Berimilik sehingga 31 Dis 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-17 Majlis Tanah Negara di sini hari ini yang dipengerusikannya serta turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Malaysia perlu kuasai pasaran halal dunia

Image
Malaysia dan negara Islam perlu menguasai pasaran halal dunia yang kini didominasi oleh negara bukan Islam, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, negara sering mencipta sesuatu yang amat baik untuk ekonomi umat Islam tetapi akhirnya ketinggalan di belakang apabila negara bukan Islam mendominasi lapangan itu.

Terserah terima atau tidak salam perdamaian

Image
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, terserah kepada pihak yang berkenaan sama ada mahu menerima atau tidak salam perdamaian yang telah dihulurkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO hari ini. Menurut beliau, apa yang lebih penting salam perdamaian yang dihulurkan dengan penuh ikhlas itu amat dihargai oleh para perwakilan dan menepati gesaan Presiden sendiri yang mahu melihat semua ahli parti bersatu demi kekukuhan parti.

Turun Padang Tangani Masalah Rakyat, Soal Kemiskinan

Image
Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta turun padang untuk terus menangani masalah yang membelenggu rakyat termasuk isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka perlu membantu pelaksanaan program kerajaan yang memberi tumpuan kepada golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) dan rakyat berpendapatan sederhana (M40).

Saranan Perwakilan Agar Kepimpinan Dirapatkan Adalah Teguran Ikhlas

Image
Saranan para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 agar kepimpinan tertinggi parti kini dan terdahulu dirapatkan harus dianggap sebagai teguran ikhlas anggota yang sayangkan UMNO dan mahu parti itu terus di landasan yang benar. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata saranan itu lahir dari suara hati perwakilan yang melihat kepimpinan tertinggi parti sebagai panduan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul.

Ahmad Zahid Bincang Dengan KPN Kenyataan Dr Mahathir Di Kampung Baru

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mendapatkan pandangan pihak berkuasa berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, yang mendesak penahanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA). Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar jika terdapat bukti yang kukuh mengenai perkara tersebut.

Gelombang Biru Baharu Diwujudkan Tangani Perang Siber Terhadap UMNO, BN

Image
Pasukan Gelombang Biru baharu akan diwujudkan bagi menangani serangan siber dengan lebih berkesan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau dan seorang lagi naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan bertanggungjawab memperkasakan pasukan tersebut serta menyelaras strategi yang berkesan.

Ahmad Zahid Bertemu Wakil Kelab UMNO Luar Negara

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa bertemu wakil-wakil Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini. Pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu melibatkan 80 wakil Kelab UMNO dari 23 negara, kebanyakannya terdiri daripada penuntut Malaysia yang belajar di luar negara.

UMNO Bersikap Terbuka Jalin Kerjasama Dengan PAS

Image
Dalam reaksi terhadap kesediaan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS, beliau berkata agenda untuk kebersamaan antara semua badan Islam termasuk parti politik perlu diterjemahkan agar senada dalam soal memperkukuhkan umat Islam tanpa niat mengetepikan kepentingan agama-agama lain. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kerjasama UMNO dan PAS memerlukan komitmen kedua-dua pihak dan "tidak boleh bertepuk sebelah tangan".

Muhyiddin pilih bela diri di gelanggang terbuka

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa UMNO tidak memberi peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membela diri. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ruang dan peluang itu sudah pun digunakan terlebih dahulu oleh pemimpin berkenaan di gelanggang terbuka. "Bukan tiada peluang. Tapi ia dah digunakan terlebih dahulu di ruang lebih terbuka. Keputusan malam tadi (Mesyuarat Majlis Tertinggi) mungkin mengguris perasan dan emosi beliau (Muhyiddin).

Zahid Rasmi Ruang Pameran Agensi Bawah KDN Di PAU 2015

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan ruang pameran agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 di sini. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, disambut oleh Timbalan Menteri KDN Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Tak perlu gopoh tindakan terhadap Muhyiddin

Image
Sebarang tindakan yang diambil terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika ada sekalipun mesti dilakukan tanpa perlu tergopoh-gapah. Demikian reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai mengulas sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri itu bakal dikenakan tindakan termasuk pemecatan oleh partinya.

Zahid jumpa pemimpin Hamas di PWTC

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hamas, Khaled Meshal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini. Pertemuan tertutup antara Timbalan Perdana Menteri bersama pemimpin terbabit berlangsung lebih satu jam.

MT Khas malam ini hanya bincang agenda mesyuarat RABU

Image
Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO malam ini hanya akan memberi fokus kepada dua agenda utama berkaitan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang bermula esok. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata secara lazimnya dalam mesyuarat khas ini, Pengerusi Tetap UMNO dan timbalannya akan membentangkan mengenai laporan agung PAU. "Datuk (Seri) Hishammuddin (Hussein) akan beri taklimat berkenaan penyelarasan jurucakap. Saya tidak nampak ada agenda lain," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini. Menyentuh mengenai ketidakhadiran Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zahid berkata, makluman yang diterimanya malam tadi memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri itu hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), namun tidak masuk ke Dewan Merdeka.

PM Sangkal Dakwaan Negara Jadi Miskin, Rakyat Jadi Pengemis

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan kononnya negara menjadi miskin dan rakyat menjadi pengemis di bawah pemerintahannya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai bukti, Najib memberi contoh sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2009, pelbagai kemajuan dapat dilihat, antaranya peningkatan pelaburan langsung asing ke dalam negara serta kedudukan daya saing negara berada antara 20 tertinggi dunia.

Perwakilan Beri Reaksi Positif Terhadap Taklimat Presiden

Image
Para perwakilan UMNO menyambut baik dan memberikan reaksi positif terhadap penjelasan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung beberapa isu utama termasuk dana RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden UMNO itu berkata, Najib pada majlis Taklimat Presiden turut memberikan penjelasan mengenai cabaran ekonomi negara.

Muhyiddin Akan Dikenakan Tindakan Jika Melampaui Batasan

Image
UMNO akan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin jika Timbalan Presiden parti itu didapati melakukan perkara yang melampaui batasan. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jika didapati benar tindakan melampaui batasan telah dilakukan, maka terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan untuk tentukan tindakan yang akan diambil.

Malaysia hantar pakar ke Australia

Image
Malaysia akan menghantar pakar ke Australia pada Februari depan bagi membantu negara itu menangani isu keganasan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka terdiri daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pensyarah universiti.

Kerajaan Ulangi Jaminan Tidak Benarkan IPTA Naik Yuran Pengajian

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam sekali lagi mengulangi janji kerajaan untuk tidak membenarkan universiti awam menaikkan yuran pengajian bagi pelajar prasiswazah. Timbalan perdana menteri berkata jaminan itu dibuat demi kebajikan pelajar universiti awam meskipun peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi berkurangan dalam Bajet 2016.

Penggiat Seni Perlu Hasil Puisi Relevan

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menyarankan agar penggiat seni menghasilkan puisi yang relevan yang menggabungkan aspek futuristik dengan zaman lampau. Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana generasi Y dan generasi X tidak lagi menyukai puisi sebagai seni, sebaliknya hanya meminati puisi jika ia relevan.

Zahid hadir program Malam Cinta Rasul Bagan Datoh

Image
BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini hadir pada program Malam Cinta Rasul Bagan Datoh yang diadakan di tapak pasar malam Bagan Datoh di sini. Program bermula kira-kira jam 8.45 malam dengan bacaan qasidah sebelum Ahmad Zahid tiba kira-kira jam 9 malam disusuli bacaan ayat suci al-Quran dan doa selamat.

Zahid explains... not Najib

Image
Prime Minister Najib Razak was not at the Parliament to explain that RM2.6 billion political funds issue but his deputy Zahid Hamidi was tasked to do it on his behalf. The opposition MPs were frustrated, and so was Najib's strongest critic former premier Tun Dr Mahathir Mohamad who rejected Zahid's explanation and instead demanded 1MDB to show proof that the money did not come from the government's investment entity.

KDN pertahan keputusan gantung permit The Edge

Image
Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpegang kepada pendirian bahawa tindakannya menggantung permit akhbar The Edge selama tiga bulan adalah kerana penerbitan itu boleh memudaratkan negara. Kementerian itu menjelaskan permit akhbar berkenaan digantung kerana hasil penyiarannya mengandungi penerbitan yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan ketenteraman atau kepentingan awam, kepentingan negara serta keselamatan.

Malaysia Mahu Jadi Hab ASEAN Bagi Produk Itali

Image
Malaysia mahu menjadi hab mempromosikan produk Itali bagi pasaran ASEAN dan berhasrat meningkatkan perniagaan dua halanya dengan negara tersebut. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata telah menjadi hasrat Malaysia untuk menjalin kerjasama lebih kukuh dengan negara itu menerusi perjanjian perniagaan.