Zahid hadir program Malam Cinta Rasul Bagan Datoh

BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini hadir pada program Malam Cinta Rasul Bagan Datoh yang diadakan di tapak pasar malam Bagan Datoh di sini.
Program bermula kira-kira jam 8.45 malam dengan bacaan qasidah sebelum Ahmad Zahid tiba kira-kira jam 9 malam disusuli bacaan ayat suci al-Quran dan doa selamat.
Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf kemudian mengetuai bacaan doa, nasyid dan qasidah yang mengagungkan dan melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Azhar Jamaluddin.
Program berkenaan anjuran kerajaan Perak dengan kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Pejabat Menteri Besar Perak, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bagan Datoh, Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) dan jabatan serta agensi kerajaan daerah Hilir Perak.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi