Posts

Showing posts from December, 2017

Israel perlu terima hakikat, Baitulmaqdis bukan ibu negaranya - TPM

Image
PUTRAJAYA - Israel sepatutnya mematuhi apa jua resolusi yang dicapai di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk penolakan 128 negara terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya yang baru. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Israel harus sedar ia hanya salah satu negara anggota PBB, dan tidak ada asas untuk negara itu meneruskan kedegilannya dengan tidak mematuhi resolusi antarabangsa. “Israel hanya salah sebuah negara kepada anggota PBB. Kedegilan Israel ini memang sejak penubuhan negara berkenaan. "Dan Israel harus mematuhi apa saja keputusan di peringkat antarabangsa, walaupun selama ini mereka sering mencabul dan menolak resolusi PBB,” katanya kepada pemberita di Masjid Putra, di sini, semalam. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang enggan menerima hakikat dan menegaskan Baitulmaqdis akan sentiasa menjadi ibu negara negara itu. Awal pagi ini, PBB

Najib Ketuai 10,000 Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis

Image
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai lebih 10,000 rakyat Malaysia menyertai perhimpunan solidariti untuk bersama rakyat Palestin membantah pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel. 'Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis' itu diadakan di Masjid Putra, disertai kebanyakannya umat Islam dan rakyat pelbagai agama yang hadir sama ada mewakili NGO atau datang sendiri. Perhimpunan itu didahului dengan solat Jumaat dan diikuti dengan solat hajat serta forum 'Selamatkan Baitulmuqaddis' dengan enam anggota panel. Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa anggota Kabinet dan Duta Palestin di Malaysia Datuk Dr Anwar H al-Agha. Forum, solat dan perhimpunan itu diadakan sehari selepas sidang tergempar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyaksikan 128 negara menyokong resolusi PBB menggesa Amerika Syarikat supaya membata

Solidariti pertahan Baitulmaqdis Jumaat ini: TPM

Image
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersolidariti mempromosikan keamanan pada perhimpunan besar-besaran di Masjid Putra, di sini Jumaat ini bagi mempertahankan Baitulmaqdis. Timbalan Perdana Menteri berkata, perhimpunan itu dilihat sebagai pentas bagi semua pihak termasuk NGO dan parti politik pelbagai 'warna' untuk memanifestasi solidariti mereka dalam isu berkenaan. "Kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Tel Aviv atau Israel, kita menghormati hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) tetapi apabila hak kota suci umat Islam diceroboh dengan hasrat untuk melenyapkan sirah kota suci Islam, Kristian dan agama Yahudi Orthodox asal, ertinya rejim Israel cuba memadamkan sejarah. "Kita di Malaysia dengan masyarakat berlatarbelakangkan komposisi kaum, budaya dan agama yang berbeza tidak pernah mempromosikan perbezaan tetapi kemajmukan  masyarakat harus dipertahankan. "

Malaysia Tidak Tunduk Resolusi 'Halalkan' Pengunaan Dadah - Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan tunduk terhadap sebarang resolusi untuk menghalalkan penggunaan dadah jika diluluskan mana-mana badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang usaha untuk menghalalkan penggunaan dadah dilihat sebagai di luar norma kemanusiaan kerana penyalahgunaan bahan itu mengundang pelbagai masalah sosial dan jenayah. "Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi walaupun ada resolusi yang dibuat badan-badan antarabangsa untuk menghalalkan penggunaan dadah membahaya. "Kerajaan berpendirian bahawa selagi penagihan dadah tidak dihapuskan 100 peratus maka selagi itulah permasalahan sosial melalui penagihan dadah dan pelakuan jenayah disebabkan oleh penagihan dadah ini berlaku," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) ke-42, di sini hari ini. Katanya, bagi menang

TPM pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

Image
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, yang diumumkan penubuhannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, minggu lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata majlis itu juga akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi. Beliau berkata, mesyuarat pertama akan diadakan selepas semua terma rujukan yang bakal dibentangkan pada minggu pertama Januari depan mendapat persetujuan kerajaan. "Berhubung keahlian majlis ini, pelbagai sektor boleh membantu kita dalam menangani pelbagai faktor yang menyebabkan inflasi termasuk dari segi kepenggunaan. "Justeru, semua NGO dan pakar ekonomi akan kita bawa bersama," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini. Hamzah ketika menyampaikan ucapan penggulungan mewakili Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada perhimpunan agung parti itu minggu

Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) Berkuat Kuasa Esok - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) akan berkuat kuasa esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) bertujuan memperkemas dan menambah baik pelaksanaan serta penguatkuasaan peruntukan itu terutamanya berkaitan pemakaian peranti pemantauan elektronik (EMD) dengan memperincikan lagi syarat-syarat pemakaian EMD ke atas orang di bawah pengawasan. Selaras dengan pindaan itu juga, Jadual Kedua Akta 297 telah dipinda dengan memasukkan kesalahan baharu yang boleh diambil tindakan melibatkan penggunaan EMD berkenaan, katanya yang juga Menteri Dalam Negeri. "Pindaan ini akan membolehkan pihak polis mengambil tindakan pencegahan yang lebih berkesan terhadap orang-orang yang melakukan kesalahan tersenarai di bawah Jadual Kedua yang dipinda," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Ahmad Zahid berkata dengan kuasa yang diperuntukkan kepadanya di bawah Seksyen 22 Akta

Anggota Rela bantu Esscom bermula Januari

Image
LAHAD DATU - Aspek pemerkasaan kawalan sempadan negara di perairan Sabah terus menjadi keutamaan apabila seramai 500 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan ditugaskan bagi membantu pemantauan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bermula Januari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah mengatur penugasan anggota Rela berkenaan sedang dijalankan dan kerajaan telah memperuntukkan dana bagi menyediakan uniform serta kelengkapan tertentu kepada setiap anggota terlibat.   “Tindakan ini penting untuk menentukan bahawa soal ke­selamatan bukan sahaja Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) tetapi di seluruh Sabah dalam keadaan terkawal. Untuk itu, kita telah membincangkan beberapa tindakan bagi menentukan jenayah rentas sempadan lebih dikawal rapi. “Kami putuskan kawalan rapi perlu diteruskan di resort-resort di kawasan Esszone dan 500 anggota Rela juga akan ditugaskan membantu agensi-agensi keselamatan di bawah Esscom,” katanya dala

Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 jamin keselesaan

Image
KUALA LUMPUR - Lokasi Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 diubah ke Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bagi memastikan pengamal media mendapat ruang kerja lebih kondusif ketika membuat liputan. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO dan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden berkata, perubahan lokasi tersebut dilakukan bagi memastikan semua yang terlibat selesa dalam membuat liputan sepanjang perhimpunan kali ini. "Kita menyediakan tempat atau ruang yang lebih kondusif untuk membuat liputan sempena perayaan kali ke-71 dan gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan dipalu bila-bila masa dari sekarang. "Pada masa sama, saya berharap pemerhati dan pengamal media dapat melakukan liputan harian dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini. Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa melakukan lawatan ke bilik operasi setiap agensi media. Lokasi laman media pa

TPM Seru Penunggang Motosikal Berdisiplin, Ubah Persepsi Masyarakat

Image
SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru penunggang motosikal agar lebih berdisiplin di jalan raya supaya golongan itu tidak terus menjadi penyumbang kepada peratusan tinggi jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya. Menyifatkan dirinya juga seorang penunggang motosikal yang aktif sejak 40 tahun lalu, beliau berkata golongan berkenaan harus mengubah persepsi masyarakat yang sering menganggap mereka sebagai penyebab utama berlakunya kemalangan jalan raya. "Malah saya juga dulu pernah dikatakan dalang utama penyebab kemalangan jalan raya. Saya dilemparkan pandangan yang buruk kerana saya mewakili penunggang motosikal. "Kali ini saya bersama saudara-saudari membuktikan kepada masyarakat bahawa kita bukan penyumbang kepada peratusan kemalangan jalan raya," katanya semasa merasmikan program Gegar Anak Seni dan Bikers 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini. Program anjuran Koperasi Seniman Kual

Rampas Selangor daripada pembangkang baru fikir calon MB - TPM Zahid

Image
KUALA LUMPUR - UMNO Selangor perlu memberikan fokus kepada usaha untuk memenangi semula negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum memikirkan tentang calon menteri besar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden UMNO itu berkata calon menteri besar hanya akan ditentukan jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu. "Lepaskan dahulu PRU14 baru fikir siapa jadi Menteri Besar. Malah Tan Sri Noh Omar sendiri sudah luahkan tidak berminat menjadi menteri besar, hanya tunjuk kepimpinan sahaja," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, timbalannya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan dua bekas Menteri Bekas Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ditanya mengenai usaha UMNO Selangor menggunakan khidmat bekas menter