Posts

Showing posts from September, 2017

TPM pengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat ESSZONE

Image
LAHAD DATU - Timbalan Perdana Menteri tiba di Ibu Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), di sini, pagi ini bagi mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada kira-kira jam 10 pagi tadi dengan diiringi Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal dan Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali.

Bantah pesta arak: Terima kasih TPM - Mufti Wilayah Persekutuan

Image
KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana menyatakan pendirian kerajaan membantah pesta arak diadakan di Malaysia. Dalam kenyataan di Facebook rasminya, Zulkifli turut menyucapkan terima kasih dan syabas atas bantahan tersebut.

Beli Pengimbas Tercanggih

Image
BEIJING - Malaysia bersetuju secara dasar membeli mesin pengimbas dari China yang mampu mengesan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata api di dalam kontena serta kenderaan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembelian mesin pengimbas berteknologi tinggi dan paling canggih di dunia ini mampu mempertingkatkan keupayaan Malaysia dalam memerangi jenayah rentas sempadan dan antikeganasan. "Kita tertarik dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) China membangunkan alat dan perisian yang mampu mengimbas barangan di dalam kontena dan kenderaan yang cuba diseludup masuk atau keluar. "Buat permulaan, saya minta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji keperluan mesin pengimbas ini untuk digunakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Narkotik," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau juga akan mendapatkan pandangan Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam sama ada mesin pe

Hantar Pulang Pengganas Ke China

Image
BEIJING - Malaysia sudah menghantar pulang 29 warga China kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengganas, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, suspek pengganas itu diberkas oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman sebelum diserahkan kepada polis China.

PDRM Diarah Sekat Pesta Arak - Ahmad Zahid

Image
BEIJING - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertanggungjawabkan untuk bertindak menyekat penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 yang dirancang diadakan pada hujung bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Itu polis punya kuasa, saya sudah arah halangnya," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja tiga hari beliau di China, di sini, hari ini ketika diminta mengulas perkembangan isu pesta arak itu.

Iktiraf perkara baik dilakukan kerajaan - Ahmad Zahid

Image
PORT DICKSON - Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi negara maju, namun pembangkang enggan mengiktirafnya semata-mata kerana perbezaan ideologi politik, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, banyak kejayaan dicapai Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

Mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Tinggi Mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz

Image
PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) berbincang bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Tinggi (HLC) Mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz di Bangunan Perdana Putra hari ini. 

Masalah Dadah Serius – Zahid

Image
KANGAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara pada 14 September lalu adalah bukti masalah jenayah dadah perlu dipandang serius oleh semua pihak. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, siasatan awal polis mendapati suspek-suspek yang diberkas dalam kes tersebut bukan sahaja masih muda tetapi turut positif dalam ujian dadah dijalankan.

PM: Kepakaran Doktor HKL Mampu Pulihkan Mangsa

Image
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak percaya kepakaran yang dimiliki doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berupaya mengubati serta memulihkan pelajar-pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang ce­dera dalam kebakaran Khamis lalu. Perdana Menteri memberitahu, doktor-doktor yang terlibat sedang memberikan rawatan terbaik kepada mangsa.

Tiada Pihak Akan Terlepas Jika Wujud Perbuatan Khianat - TPM

Image
BAGAN DATUK - Kerajaan memberi jaminan tiada pihak yang akan terlepas sekiranya wujud perbuatan khianat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur, kelmarin. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tegas akan menanti pesalah yang terlibat dari segi perundangan.

Syor RCI Pondok Pak Ya Diteliti - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi semalam akan meneliti semua syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Keselamatan Sekolah Agama yang ditubuhkan selepas tragedi di Yan, Kedah pada 1989. Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan cadangan dan syor yang dikemukakan RCI selepas tragedi Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah atau Pondok Pak Ya yang mengorbankan 27 nyawa tidak dilaksanakan dan diguna pakai.

Pelarian Rohingya Di Malaysia Tidak Akan Dihantar Ke Sarawak

Image
PUTRAJAYA - Kabinet memberi jaminan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di Malaysia tidak akan dihantar ke Bau dan Serian di Sarawak, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem. Riot dalam kenyataan berkata jaminan itu diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Ahmad Zahid Tinjau Sekolah Di Sibu

Image
SIBU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan hari kedua lawatan kerjanya di Sarawak dengan melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby di sini pagi ini. Beliau tiba di perkarangan sekolah itu pada kira-kira pukul 9.45 pagi dengan diiringi Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pendidikan Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

TPM Sedih, Terkejut Kebakaran Pusat Tahfiz

Image
SIBU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kesal dengan kejadian yang meragut 24 nyawa termasuk 22 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur, hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal membabitkan nyawa dan beliau akan menyemak dengan pihak mana pusat tahfiz itu didaftarkan.

Dialog Pangkor Platform Bagi Elak Pembangunan Dilaksana Terlalu Ghairah - Zahid

Image
IPOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini menyatakan keyakinan kuat bahawa Dialog Pangkor akan dapat mencari jalan kukuh tentang bagaimana pembangunan masa hadapan dapat dilakukan tanpa pelaksanaan terlalu ghairah. Beliau berkata edisi keempat program itu menampilkan himpunan besar tokoh-tokoh kenamaan, ahli akademi, pelabur dan organisasi bukan kerajaan antarabangsa dan tempatan.

Suu Kyi Perlu Guna Status Pejuang Kemanusiaan Selamatkan Rohingya

Image
PUTRAJAYA - Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi digesa menggunakan pengalaman sebagai pejuang demokrasi dan kemanusiaan untuk menghentikan jenayah kemanusian terhadap etnik Rohingya. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai pemimpin yang pernah diberikan Hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi tidak boleh lagi berdiam diri dan menjadikan pengiktirafan itu sebagai sesuatu yang tidak bermakna kepada dunia.

Najib, TPM Doakan Kejayaan Calon UPSR

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada murid Tahun Enam di seluruh negara yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), pagi ini. Perdana Menteri turut mendoakan semua murid supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan itu.

PDRM bantu kecemerlangan KL2017 - TPM

Image
IPOH - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan paling cemerlang Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berakhir kelmarin. Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun kejayaan atlet Malaysia merangkul 145 pingat emas bukan sumbangan langsung PDRM, tetapi kawalan keselamatan oleh pasukan itu membolehkan atlet negara berada pada prestasi terbaik mereka.