Dialog Pangkor Platform Bagi Elak Pembangunan Dilaksana Terlalu Ghairah - Zahid

IPOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini menyatakan keyakinan kuat bahawa Dialog Pangkor akan dapat mencari jalan kukuh tentang bagaimana pembangunan masa hadapan dapat dilakukan tanpa pelaksanaan terlalu ghairah.

Beliau berkata edisi keempat program itu menampilkan himpunan besar tokoh-tokoh kenamaan, ahli akademi, pelabur dan organisasi bukan kerajaan antarabangsa dan tempatan.

Menurut Ahmad Zahid, penyertaan kali pertama Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) pada dialog itu merupakan pengiktirafan tentang peri mustahaknya rangkaian pembangunan global kepada pembangunan antarabangsa.

"Memperjuangkan perubahan dan menghubungkan negara kepada ilmu pengetahuan, pengalaman dan sumber adalah antara saluran terbaik yang wujud bagi membantu dunia membina kehidupan lebih baik.

"Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana usahanya menggalakkan dialog ini dan menjadikan Perak pusat perbincangan bagi pembangunan masa depan," katanya pada Jamuan Malam Anugerah Dialog Pangkor 2017 di sini.

Acara dua hari itu berjudul 'Making the Future: Innovative Pathway to Sustainable Development' dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan.

Menyentuh lebih lanjut, Ahmad Zahid berkata dialog itu diharap mencapai matlamatnya dalam menyusun strategi pertumbuhan pembangunan yang lebih baik, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di wilayah-wilayah lain selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan.

Timbalan perdana menteri mengambil perhatian bahawa dialog itu menyediakan perakuan berkesan dan boleh diambil tindakan demi faedah para pemegang kepentingan dan terbukti sebagai venue untuk menghasilkan kerjasama bermanfaat antara pemegang kepetingan antarabangsa.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan Anugerah Ikon Perpaduan Nasional kepada mendiang Tun V.T Sambanthan; Anugerah Ikon Pembangunan Negara kepada mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik; Anugerah Ikon Ahli Ekonomi Wawasan Tan Sri Dr Kamal Salim; Anugerah Ikon Budaya Berbakat Datuk Mohammad Nor Khalid; Anugerah Ikon Perak Amanjaya Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Anugerah Ikon Belia Teladan Cheong Jun Hoong; Anugerah Ikon Belia Teladan Leong Mun Yee; Anugerah Ikon Inovasi Sosial Dr Anil K. Gupta; Anugerah Ikon Kepimpinan Seumur Hidup Jorge Jamil Mahuad Witt; Anugerah Ikon Wanita dalam Sains Dr Catherine Grace Coleman.

-BERNAMA

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi