Posts

Showing posts from October, 2017

Kerajaan Akan Rangka Pelan Pampasan Kepada PLUS

Image
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan merangka pelan untuk membayar pampasan kepada PLUS Malaysia Bhd (PLUS) susulan pemansuhan bayaran tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, seperti diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa pembentangan Bajet 2018 Jumaat lepas. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan merangka pelan dan mengkaji segala pertimbangan, sebelum kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Gelaran Bukan Untuk Langgar Undang-undang

Image
KAJANG - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada penerima darjah kebesaran supaya tidak menyalahgunakan gelaran untuk melanggar undang-undang. Timbalan Perdana Menteri berkata, gelaran yang diterima bukan 'lesen' untuk melanggar peraturan termasuk melakukan kekasaran terhadap orang lain.

Ahmad Zahid: Hormati Keputusan Pembahagian Kerusi Dan Calon PRU14

Image
PUTRAJAYA - Parti komponen Barisan Nasional (BN) harus menghormati keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan pembahagian kerusi dan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau akan meneliti setiap calon yang dikemukakan oleh parti komponen dengan keputusan muktamad akan dibuat oleh Najib, selaku Pengerusi BN.

Bajet 2018, Harap Agensi Di Bawah KDN Diutamakan

Image
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Bajet 2018 diberi keutamaan terhadap kepolisan moden, kebajikan pegawai dan anggota agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Timbalan Perdana Menteri berkata, aset dan perkakasan pihak berkuasa perlu ditingkatkan seiring cabaran semasa terutama dalam membanteras jenayah siber dan judi dalam talian.

D-8 perlu proaktif bantu Rohingya: TPM

Image
ISTANBUL - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkongsi pengalaman sebagai pemimpin kanan Asia Tenggara pertama melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Cox's Bazar, Bangladesh, baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, tinjauannya mendapati antara langkah menangani isu berkenaan ialah pelaksanaan cadangan yang disyorkan laporan Suruhanjaya Penasihat Rakhine supaya aspek pembangunan ekonomi komuniti Rohingya ditingkatkan.

Malaysia Rancang Bina Hospital Lapangan Rohingya

Image
KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus menyokong usaha Bangladesh untuk menyelesaikan krisis Rohingya dan membantu mengendalikan hampir sejuta pelarian etnik itu dengan bantuan kemanusiaan dan infrastruktur. Portal bdnews24.com semalam melaporkan, negara Asia Tenggara itu mencadangkan untuk membuka hospital lapangan di Cox's Bazar untuk pelarian Rohingya yang lari daripada operasi berdarah tentera Myanmar di utara Rakhine.

Integriti Dan Rasuah

Image
Sejak seminggu lalu, topik rasuah menjadi paparan utama hampir semua media di negara ini. Ia bermula dengan pendedahan siasatan kes seleweng dana RM1.5 bilion untuk projek luar bandar di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kemudian diikuti kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengenai amaran rasuah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sejak dilantik sebagai KPN pada 4 September lalu, Mohamad Fuzi menjadikan isu integriti anggota dan pegawainya sebagai fokus pentadbiran. Kenyataan pedasnya mengenai ada pegawainya 'berlakon dan bermain wayang' dalam soal pembanterasan kegiatan judi, jenayah bersindiket dan gengsterisme sepatutnya menjadi wake up call.

GNN Dijadikan Program Tahunan Dengan Peruntukan Tambahan - Ahmad Zahid

Image
KEMAMAN - Gelombang Nelayan Nasional (GNN) akan dijadikan program tahunan dengan pihak kerajaan bersedia menyalurkan peruntukan tambahan RM2 juta bagi penganjurannya tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata penganjuran GNN juga merupakan simbolik sokongan kerajaan terhadap golongan nelayan yang sentiasa bertungkus lumus mencari hasil protein untuk dinikmati rakyat.

Kehidupan Rohingya Di Malaysia Lebih Baik

Image
COX'S BAZAR (Bangladesh) - "Kehidupan saya di Malaysia jauh lebih baik berbanding di kem pelarian. Tetapi saya perlu berada di sini untuk menjaga keluarga saya." Demikian kata Musa Khalil, 27, antara pelarian yang berada di Kem Pelarian Kutupalong, kira-kira 35km dari sini.

Manfaatkan STI Untuk Pembangunan Negara - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam melaksanakan mandat rakyat menyumbang kepada kegagalan sesebuah kerajaan, masyarakat dan bangsa. Timbalan Perdana Menteri berkata, penyelesaian kepada hampir semua masalah bergantung kepada sains dan teknologi, bukannya politik.

TPM mahu status fizikal semasa bangunan dinilai semula

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu badan profesional berkaitan menilai semula status fizikal semasa setiap bangunan seperti pusat tahfiz dan rumah orang tua agar ia selamat diduduki. Katanya, inisiatif oleh badan profesional seperti Persatuan Juruukur Bangunan Berdaftar Malaysia (RBS) dan Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) penting kerana pemantauan dan penilaian keselamatan perlu dilakukan berterusan.

ASEAN Digesa Tingkat Kerjasama Capai Digit Tunggal Kadar Kemiskinan

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa negara-negara anggota ASEAN supaya meningkatkan kerjasama dalam mencapai sasaran 'digit tunggal' kadar kemiskinan menjelang 2025. Menurut beliau, tahun lepas kemiskinan di negara-negara ASEAN dicatatkan pada kadar 14 peratus, berbanding 31 peratus yang dicatat pada 1990.

Kehilangan besar kepada UMNO - TPM

Image
AMPANG - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Datuk Maznah Hamid adalah kehilangan besar kepada UMNO, khususnya Pergerakan Wanita UMNO. Timbalan Perdana Menteri berkata, Maznah yang juga Exco Wanita UMNO banyak memberi sumbangan bukan saja di Kedah, malah di peringkat nasional. "Kita merasakan beliau adalah pakar motivasi yang hebat dan banyak memberi semangat kepada anak muda dan usahawan. "Saya mengenali beliau ketika saya bekerja di Permodalan Nasional Berhad. Ketika itu beliau seorang pakar motivasi dan saya amat mengagumi beliau," katanya kepada pemberita selepas menziarah jenazah Allahyarham kediamannya di sini, malam ini. Maznah, yang mendapat jolokan 'Iron Lady' menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung susulan pembedahan jantung pada 28 September lalu. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd itu dilaporkan menjalani pembedahan jantung s

Jiwai Semangat Pahlawan Terdahulu

Image
PUTRAJAYA - Generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) perlu menjiwai semangat kepahlawanan generasi terdahulu yang rela berkorban mempertahankan keselamatan tanah air, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, semangat untuk terus berjuang itu mesti sentiasa tersemat dalam kalangan pasukan keselamatan negara sama ada yang masih berkhidmat atau veteran supaya menjadi cerminan kepada golongan muda.

Bangunan Baharu Pusat Tahfiz Ittifaqiyah Lengkap Ciri Keselamatan

Image
KUALA LUMPUR - Bangunan baharu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mendapat kelulusan pihak Bomba dan turut mempunyai 24 kamera litar tertutup (CCTV). Pengetuanya, Ustaz Mohd Zahid Mahmood berkata penyediaan kelengkapan itu bagi menjamin keselamatan pelajar dan mengelak daripada berlaku perkara tidak diingini.

Wira Pusat Tahfiz Terima Pingat Hang Tuah

Image
BANGI - Wira cilik, Mohamad Farid Iskandar Mohd Zulkarnain, 12, dianugerahkan Pingat Hang Tuah atas keberaniannya menyelamatkan enam rakan dalam kebakaran asrama Maahad Tahfiz al-Quran Wartabiyatul Islamiah, Baling, Kedah, Ogos lalu. Anak sulung daripada dua beradik itu menerima trofi, sijil dan wang tunai RM5,000 daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara 2017 di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) di sini, hari ini. "Saya tak fikir apa dah masa tu, saya terus masuk saja asrama untuk selamatkan nyawa kawan," katanya. Anugerah Pingat Hang Tuah diperkenalkan pada 1960 diberikan kepada tokoh kanak-kanak negara berdasarkan keberanian luar biasa mereka. Dalam kejadian pada jam 1.50 pagi pada 6 Ogos lalu, Mohamad Farid Iskandar terjaga daripada tidur dan melihat kepulan asap dari bilik asrama tingkat tiga Maahad Tahfiz al-Quran Wartabiyatul Islamiah. Menyedari kebakaran itu,

RUU Profesion Kerja Sosial Tingkat Profesionalisme

Image
BANGI -  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet dalam tempoh kurang sebulan. Timbalan Perdana Menteri berkata, undang-undang itu akan meningkatkan keberkesanan penyampaian kebajikan sosial kepada rakyat dibawa ke Kabinet secepat mungkin untuk mempercepatkan pembentangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.