Posts

Showing posts from March, 2018

Jangan jadikan isu keselamatan mainan politik - Agong

Image
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan atau mainan politik. Baginda bertitah ancaman ke atas keselamatan dan keamanan negara adalah sesuatu yang nyata dan muncul dalam pelbagai bentuk. "Beta menyeru supaya kerajaan terus mempertingkatkan tahap kesediaan terutama dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta usaha membanteras aktiviti pemerdagangan orang. "Beta juga berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik," titah baginda. Sultan Muhammad V bertitah demikian pada sesi pembukaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 di Parlimen, hari ini. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sultan Muhammad V bertitah, ancaman penyalahgunaan dadah dalam kalangan golon

PRU-14: Polis siap siaga

Image
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU- 14) yang mungkin diadakan pada bila-bila masa berikutan tahap kesiapsiagaan pasukan seragam itu kini berada pada 99.9 peratus. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahap kesiapsiagaan luar biasa itu bagi memastikan sistem demokrasi dapat diterjemah sepenuhnya selain memastikan tugas calon-calon pilihan raya yang akan bertanding berjalan lancar. Katanya, kesiapsiagaan itu juga adalah persediaan untuk menghadapi suasana sebelum pembubaran Parlimen, hari tarikh bubar hingga hari penamaan calon, hari pengundian serta harihari selepasnya. “Setakat ini, kita sudah 99.9 peratus siap saga. Kita buat beberapa siri latihan termasuk latihan table top, gerakan tubuh badan dan beberapa lagi. Kemuncak latihan bagi menghadapi PRU-14 akan dijalankan esok. “Ini bagi memastikan persiapan dapat dibuat 100 peratus. Saya sendiri tidak tahu pilihan raya itu bila akan dij