Posts

Showing posts from November, 2017

BN Tidak Lapuk, Sentiasa Remaja

Image
KUALA LUMPUR – Biarpun berusia berpuluh-puluh tahun, tidak semestinya Barisan Nasional (BN) harus digantikan kerana parti politik itu telah mengalami pelbagai evolusi yang sesuai me­ngikut peredaran masa. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN telah beberapa kali bertukar tampuk kepimpinan sekali gus membuatkan parti itu sentiasa diremajakan dan mengalami pemantapan dasar. Pada masa sama, beliau mengibaratkan parti politik sebagai sebuah kapal yang memerlukan seorang sahaja nakhoda dibantu timbalan-timbalannya, dan jika mempunyai begitu ramai sehingga enam nakhoda akan membuatkan kapal tersebut tiada hala tuju. Walaupun tidak menamakan siapakah enam nakhoda tersebut, dipercayai Ahmad Zahid merujuk kepada Pakatan Harapan yang diketui DAP dan mempunyai enam pemimpin tertinggi berpengaruh. “Ada yang beranggapan BN merupakan parti lama dan perlu diganti dengan parti-parti baharu. Tetapi kita harus melihat, meskipu

'Pilih Gantung Atau Penjara'

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan terhadap Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 memberikan mahkamah pilihan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah dadah. Timbalan Perdana Menteri berkata, pindaan membolehkan hakim menjatuhkan hukuman sama ada gantung sampai mati atau penjara seumur hidup. Ketika ini, katanya, mahkamah tiada pilihan untuk menghukum pesalah berdasarkan akta sedia ada. "Akta sekarang menyebut hukuman gantung sampai mati adalah secara mandatori dan mahkamah tidak ada pilihan lain, sama ada gantung atau lepaskan (tertuduh). "Pindaan ini yang terbaik dan memberi pilihan kepada hakim untuk menilai berdasarkan kes yang dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) VII di Parlimen, hari ini. RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 bagi meminda Seksyen 39B akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat esok selepas dibacakan untuk kali perta

Dadah: AADK Perlu Lihat Semula Aspek Penguatkuasaan, Pemulihan - TPM

Image
PUTRAJAYA - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diarah melihat semula aspek penguatkuasaan dan pemulihan bagi menangani isu penagihan dadah di kalangan masyarakat yang tidak berkesudahan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha memerangi dadah di negara ini masih belum berjaya sepenuhnya walaupun Dasar Dadah Negara sentiasa berubah dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Beliau berkata sebagai agensi utama dalam hal berkaitan pencegahan dadah, AADK perlu terkehadapan dan berinovasi dalam aspek penguatkuasaan dan pemulihan yang digunakan kerana pengedaran dan pembuatan bahan terlarang itu telah berubah kepada kaedah bukan konvensional. "Walaupun dadah adalah satu isu global, kita tetap perlu melakukan yang lebih baik bagi menangani dan mengatasi isu yang berpanjangan ini. "Sebab itu saya telah minta Ketua Pengarah AADK (Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin) untuk melihat semula apa yang tidak kena dengan sistem sedia ada atau kesilapan yang wujud

PRU: Serah Kepada Rakyat, Jangan Racuni Fikiran Mereka - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Wakil rakyat perlu berlapang dada, berjiwa besar dan berfikiran terbuka dalam menerima sebarang keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kuasa menentukan pemimpin negara dan wakil rakyat terletak di tangan pengundi. Tegasnya, kempen pilihan raya perlu dilaksanakan menerusi cara yang terbaik, bukan dengan meracuni pemikiran rakyat. "Jalinlah ukhwah dan kerjasama antara kita. Ya, kita harus jiwa besar, berlapang dada, berfikiran terbuka dan menerima hakikat bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat. "Serahkan kepada rakyat dengan kaedah kempen-kempen yang terbaik dan biar rakyat tentukan (pemimpin mereka). Jangan pernah meracuni pemikiran rakyat. "Kita berikan (pilihan menentukan pemimpin) kepada mereka. Yang baik kita terima dan yang buruk kita sama-sama ketepikan. "Agar (kita dapat) mendaulatkan sebuah negara sebagaimana yang dihasratkan dalam buku Berpisah Tiada, untuk mengharmon

NADMA Siap Sedia Bantu Mangsa Banjir - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah bersiap sedia dan berada di kawasan-kawasan banjir dan lokasi berpotensi berlakunya bencana itu di negeri-negeri Pantai Timur untuk menyelaras keperluan pemindahan dan bantuan kepada mangsa banjir. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu diambil berikutan amaran awal telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai keadaan cuaca dan risiko kemungkinan berlaku banjir. "Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran awal pada kawasan-kawasan yang dijangka berlakunya banjir tujuh hari lebih awal atau lima hari lebih awal dan tiga hari lebih awal. "NADMA telah berada di kawasan-kawasan berkenaan dan mereka telah menyelaraskan dengan semua agensi berkaitan dalam menyediakan bantuan yang sesuai," katanya kepada Bernama di bangunan Parlimen, hari ini. Beliau ditanya perkembangan dan kesiapsiagaan kerajaan untuk menghadapi banjir di negeri-negeri Pantai T

Perhimpunan Palu Gendang Perang PRU-14

Image
PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 hingga 9 Disember ini adalah perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). PAU kali ini akan menguji tahap kesiapsiagaan jentera parti untuk menghadapi PRU-14. Ikuti temu bual wartawan BH, MOHD AZRONE SARABATIN bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengulas lanjut mengenai perhimpunan agung dan signifikan dalam persiapan parti menghadapi PRU-14. S: Apa signifikan Perhimpunan Agung UMNO kali ini dengan PRU-14? J: Sudah pasti perhimpunan kali ini ada kaitan dengan PRU-14. Perhimpunan ini bukan sahaja penting kepada UMNO, malah keseluruhan 13 parti komponen Barisan Nasional (BN). Sebab itulah kita mahu perwakilan yang membahaskan ucapan dasar Presiden mengetengahkan formula dan strategi untuk mencapai kemenangan dan menambat hati pengundi supaya terus menyokong BN. Kita memang sudah lama bekerja untuk rakyat. Kepemimpinan UMNO tidak pernah berhenti bekerja demi

Arab Saudi Puji Kepemimpinan PM

Image
KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi memuji kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah memainkan peranan cukup penting dalam hal ehwal dan kepentingan mengukuhkan kedudukan Islam di mata dunia. Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Saleh Abdul-Aziz Muhammad Al-Sheikh berkata, atas sebab itu pihaknya memilih Malaysia sebagai lokasi pertama penganjuran Muktamar Khayr Ummah 2017 kerana percaya dengan pentadbiran pemimpin-pemimpin negara ini. “Malaysia merupakan negara yang cukup penting dalam dunia Islam kerana kepimpinannya yang cukup berani dalam mengambil keputusan penting dan tepat dalam mempertahankan kebenaran agama serta umat Islam secara keseluruhan. “Malaysia juga telah banyak memainkan peranan penting menghalang berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam daripada kemudaratan, dan ia dibuktikan dengan pelbagai kerjasama antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup Muktam

Jangan Politikkan, Manipulasi Perjanjian Malaysia 1963 - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mahu semua ahli politik berhenti mempolitikkan dan memanipulasikan fakta berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana ia boleh menimbulkan kegelisahan rakyat. Beliau berkata semua ahli politik dan anggota parlimen seharusnya mengetepikan warna parti dan perbezaan masing-masing serta bersikap rasional dalam membincangkan isu tersebut. Tegas beliau, pada hakikatnya secara majoriti rakyat telah menerima kesatuan Malaysia dengan baik. "Malaysia harus hidup bukan sekadar 33 tahun akan datang, apabila kita menghadapi tahun 2050, tetapi Malaysia akan berada sebagai sebuah persekutuan sampai bila-bila." "Sabah, Sarawak dan Semenanjung berpisah tiada," katanya semasa berucap melancarkan buku 'Berpisah Tiada' karya Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen, hari ini yang turut dihadiri anggota Dewan Rakyat. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Nege

'Sabah, Sarawak Dan Semenanjung Berpisah Tiada'

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar pihak tertentu yang menggunakan kajian akademik bagi menimbulkan ketegangan hubungan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian berat sebelah dan prasangka berhubung Perjanjian Malaysia 1963 tidak seharusnya dijadikan sandaran bagi memanipulasi fakta hingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung isu hak Sabah dan Sarawak. Walaupun berbeza pegangan politik, katanya, rakyat dan ahli politik perlu memiliki penyatuan pemikiran atas nama Malaysia, selain mengetepikan agenda sempit yang akan merosakkan kesatuan rakyat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa. "Mutakhir ini, ada ahli akademik menggunakan kajian seumpamanya untuk cuba mempengaruhi pembaca dan menyemarakkan api kebencian terhadap kononnya, kelemahan dalam 20 Perkara yang dipersetujui pemimpin dulu. "Yang tak dapat ditukar hanya al-Quran dan hadis, perjanjian boleh dirunding. "Jika me

Zahid Arah Pembinaan Politeknik Bagan Datuk Dipercepatkan

Image
BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan kontraktor supaya mempercepatkan pembinaan politeknik baharu di Bagan Datuk kepada 38 bulan daripada tempoh jangka siap 45 bulan bagi menyegerakan proses pembelajaran. Tempoh jangka siap yang diberikan kontraktor dirasakan terlalu lama bagi penduduk Bagan Datuk untuk menikmati pembangunan, kata Ahmad Zahid, yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk, ketika berucap pada majlis pecah tanah pembinaan Politeknik Bagan Datuk di sini semalam. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan. Projek yang dianggarkan menelan kos RM220 juta itu dibangunkan di kawasan seluas 16 hektar di hadapan Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) di sini dan bakal menampung 1,200 pelajar. Politeknik baharu di Bagan Datuk yang memberi tumpuan kepada industri maritim j

TPM sokong wujudkan Suruhanjaya Pendidikan

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyokong penuh cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) supaya diwujudkan Suruhanjaya Pendidikan bertujuan memandu dasar serta sistem pendidikan negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, kewujudan suruhanjaya itu mampu memastikan dasar pendidikan yang telah diluluskan tidak terkesan  apabila Menteri Pendidikan atau Menteri Pendidikan Tinggi berubah. "Jangan jadikan murid atau pelajar masuk dalam makmal ujian. Mereka bukan bahan uji kaji, mereka adalah aset negara yang harus terus diperkasa. "Jangan ada agenda peribadi dalam sistem pendidikan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Tahunan GPMS Ke-63 di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dekat sini hari ini. Yang turut hadir Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Reezal Merican Naina Merican; Presiden GPMS, Zamri Mohd. Isa dan Timbalannya, Ezaruddin Abd. Rahman. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan sokongan beliau terhadap

Agenda Melayu bukan perjuangan perkauman - Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Perjuangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dalam memperkasakan agenda Melayu khususnya pendidikan tidak seharusnya disalah anggap sebagai tindakan rasisme, assabiyah mahupun perkauman, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri menegaskan usaha memperjuangkan agenda Melayu dalam kemajmukan bangsa di negara ini bukan bererti wujudnya kebencian mendalam terhadap orang bukan Melayu dan kepentingan mereka. Beliau berkata, GPMS yang ditubuhkan sejak 1948 bukan hanya wadah untuk merealisasikan misi bagi memacu sektor pendidikan dalam kalangan orang Melayu, sebaliknya badan itu menjadi satu pemangkin utama untuk memperkasakan agenda Melayu tanpa mengetepikan masyarakat majmuk di negara ini. "Kemajmukan bangsa di negara kita adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, namun prinsip perjuangan pelajar Melayu dan orang Melayu jangan disalah anggap bahawa berlaku rasisme, assabiyah atau perkauman dalam GPMS. "Menterjemahk

Ahli Parlimen BN dan pembangkang 'bergabung' misi bantuan

Image
KUALA LUMPUR - Perbezaan politik bukan halangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bersatu membantu misi kemanusiaan Rohingya di Bangladesh. Justeru, lapan Ahli Parlimen BN dan empat daripada pembangkang mengetepikan perbezaan ideologi bagi menjayakan misi berkenaan. Misi yang akan disertai 12 Ahli Parlimen itu akan berlepas ke Bangladesh, pada Jumaat ini. Bantuan berupa barangan asas seberat 25 tan hasil sumbangan syarikat multinasional Halal di Malaysia akan diterbangkan ke Bangladesh untuk membantu meringankan beban ditanggung pelarian Rohingya di sana. Sumbangan itu, sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Halal (HDC) yang dikenali sebagai 'Misi Kemanusiaan Halal Malaysia Untuk Pelarian Rohingya di Bangladesh'. Hadir melancarkan misi kemanusiaan itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di perkarangan Parlimen, hari ini. Dengan keprihatinan syarikat berkenaan menaja misi

Malaysia Siap Siaga Ancaman Aktiviti Pembiayaan Keganasan - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Malaysia tetap bersiap siaga menghadapi kemungkinan ancaman keganasan di peringkat rantau ini dan dunia secara keseluruhannya, walaupun sehingga ini tiada organisasi bukan berasas keuntungan (NPO) tempatan didapati terlibat dalam pembiayaan keganasan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata Malaysia mempunyai sistem dan mekanisme tersendiri untuk mengenal pasti mana-mana NPO yang mempunyai kecenderungan dalam aktiviti pembiayaan keganasan hasil kerjasama dan rangkaian dengan rakan-rakan serantau. "Kita amat khuatir mana-mana NPO laksana aktiviti yang ada objektif baik tetapi disalah guna untuk melakukan promosi keganasan termasuk saluran dana. "NPO ini sepatutnya laksana aktiviti yang baik, tetapi kalau ada disalah guna, akan diambil tindakan. Setakat ini, belum dikenal pasti sebarang NPO yang terlibat, tetapi di luar negara sudah ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ketiga Antip

Fadzlette wanita tunggal berpangkat Mejar Jeneral dalam ATM

Image
KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Fadzlette Othman Merican menganggap kenaikan pangkatnya sebagai satu semangat dan cabaran untuk beliau terus bekerja lebih keras dan gigih di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selepas 37 tahun berkhidmat di dalam pasukan. Fadzlette yang dikurniakan pangkat sebagai Mejar Jeneral hari ini melahirkan rasa kesyukurannya terhadap pengurniaan pangkat tersebut dan beliau merupakan satu-satunya wanita di dalam ATM yang memegang pangkat berkenaan setakat ini.

Hikmah Banjir di Pulau Pinang

Image
DALAM Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, yang dipenuhi baju warna merah, perwakilan GERAKAN sabar menunggu kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ia adalah perlambangan kesetiaan mereka kepada parti dan perjuangan Barisan Nasional (BN). Ada yang duduk, ada berdiri bersembang mengenai perjuangan parti dan kehidupan harian.

Ahmad Zahid Jamin Rawatan Terbaik Untuk Anwar

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi jaminan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah kesihatan di Penjara Sungai Buloh, Selangor, diberikan rawatan yang terbaik. Katanya, pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah yang memenuhi permintaan Anwar dan keluarganya berhubung perkara itu.

Tiada bukti Dr Zakir Naik galak keganasan - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada bukti menunjukkan penceramah bebas, Dr Zakir Naik, menggalak atau mempromosi keganasan menerusi ceramahnya di luar atau dalam negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap semua kandungan ceramah Zakir juga tidak menemui bukti penceramah terbabit melanggar undang-undang negara.

Beri Peluang KP SPRM Buat Kerja - TPM

Image
Semua pihak digesa menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara serta agensi berkaitan menyiapkan siasatan kes video yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga meminta Dzulkifli diberi peluang untuk menjalankan tugasnya.

Musibah Banjir Yang Menyatukan, Biarpun Berbeza Politik

Image
KUALA LUMPUR - Musibah banjir yang melanda utara Semenanjung khususnya negeri Pulau Pinang telah menyatukan pimpinan pusat dan negeri biarpun berbeza fahaman politilk demi membantu mangsa banjir di kawasan itu yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata apa yang menarik perhatiannya daripada musibah itu ialah tanggungjawab pemimpin pusat dan negeri bekerjasama menyelesaikan masalah rakyat yang terjejas dengan banjir.

Kunjungan PM Najib, TPM Zahid Ke Pulau Pinang Sikap Pemimpin Prihatin

Image
KOTA BHARU - Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun padang ke Pulau Pinang melawat mangsa banjir menunjukkan sikap sebenar pemimpin yang prihatin. Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata dalam politik tidak boleh 'bergaduh' habis-habisan kerana ada masanya mereka yang berlainan fahaman politik ini akan memerlukan pertolongan.

Mangsa Banjir Meningkat

Image
BUTTERWORTH - Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) meningkat kepada 2,119 orang awal pagi ini. Angka itu bertambah berbanding 1,944 orang yang direkodkan pada jam 10 malam tadi, dipercayai susulan air pasang besar tengah malam tadi.

'Wang PR' Lindungi Judi Haram Akan Dijejaki

Image
KUCHING - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai polis yang bersekongkol dengan sindiket judi haram. Malah amaran Timbalan Perdana Menteri itu turut ditujukan kepada semua anggota dan pegawai agensi penguat kuasa lain yang turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan judi haram di negara ini.

Lima Korban Banjir Terburuk Di Pulau Pinang

Image
GEORGE TOWN - Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir berikutan angin kuat dan hujan lebat lebih 15 jam bermula 2 petang semalam dan disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah. Kejadian banjir terbaharu ini turut menyebabkan lima terkorban membabitkan empat warga emas yang mati lemas dan seorang warga Bangladesh pula maut dihempap pokok manakala rakan senegaranya dipercayai masih hilang.

Ambiga usah 'baling batu sembunyi tangan' - TPM Zahid

Image
BUKIT KAYU HITAM - Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S. Ambiga Sreenavasan perlu berani bertanggungjawab terhadap tindakannya memberikan data dan maklumat yang mengaitkan pemimpin tertinggi Pas menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ambiga tidak boleh bersikap seperti 'membaling batu sembunyi tangan' dalam perkara berkenaan dengan cuba mengelakkan diri daripada ditemui pihak media.

Selaras Akta Kawalan Sempadan Kekang Jenayah - TPM

Image
BUKIT KAYU HITAM - Kerajaan akan menyelaraskan penggunaan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) 2017 dengan beberapa akta lain untuk mengekang risiko jenayah di sekitar sempadan Malaysia-Thailand, terutama membabitkan aktiviti penyeludupan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata selain Akta AKSEM 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Ogos lalu, penyelarasan akan turut membabitkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, dengan berpandukan bidang tugas setiap agensi penguatkuasaan di sempadan.

Masalah Penyelenggaraan ICQS Bukit Kayu Hitam Selesai Hujung November - TPM

Image
BUKIT KAYU HITAM - Segala masalah kecil berkaitan penyelenggaraan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu bagi fasa satu akan selesai hujung bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pihak kontraktor bagi pembinaan fasa satu kompleks itu telah berjanji untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan seperti jalan berhabuk dan jalan tidak diturap sepenuhnya pada akhir November ini.

Zahid Garis 4 Langkah Ke Hadapan Banteras Gejala Sosial

Image
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggariskan empat langkah ke hadapan bagi membendung gejala sosial termasuk usaha menubuhkan Institut Penyelidikan Sosio-Ekonomi. Selain itu, katanya Institut Kajian Etnik, KITA-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan dinaik taraf.

Nilai murni senjata tangani gejala sosial - TPM

Image
PUTRAJAYA - Pendidikan agama, pemerkasaan institusi keluarga dan penerapan nilai murni menjadi senjata utama menangani kerosakan atau keburukan sosial dalam kalangan masyarakat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan keberkesanan kerajaan menangani isu sosial seperti dadah, buli, muflis, sumbang mahram dera, rogol, kehamilan luar nikah, rasuah, pedofilia, gelandangan dan yang semakin serius, ketagihan Internet, akan menentukan sama ada negara ini aman atau sebaliknya.

Sektor Korporat Perlu Martabatkan Bahasa Melayu - Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Sektor korporat perlu memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata usaha memperkasa Bahasa Melayu perlu dilaksanakan pelbagai pihak, bukan sahaja di sekolah, institusi pengajian tinggi dan sektor awam, malah sektor korporat juga.

Tuduhan 300,000 Tiada Kewarganegaraan Cerita Dongeng - PM

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dakwaan pembangkang kononnya ada 300,000 penduduk kaum India di negara ini terabai dan teraniaya tanpa hak kewarganegaraan, sebagai cerita dongeng semata-mata. Perdana Menteri berkata, kempen MyDaftar dilancarkan kerajaan, hanya menerima 12,726 permohonan daripada masyarakat India bagi tempoh 2010 hingga 2016, sekali gus membuktikan dakwaan itu satu pembohongan.