'Pilih Gantung Atau Penjara'

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan terhadap Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 memberikan mahkamah pilihan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah dadah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pindaan membolehkan hakim menjatuhkan hukuman sama ada gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.

Ketika ini, katanya, mahkamah tiada pilihan untuk menghukum pesalah berdasarkan akta sedia ada.

"Akta sekarang menyebut hukuman gantung sampai mati adalah secara mandatori dan mahkamah tidak ada pilihan lain, sama ada gantung atau lepaskan (tertuduh).

"Pindaan ini yang terbaik dan memberi pilihan kepada hakim untuk menilai berdasarkan kes yang dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) VII di Parlimen, hari ini.

RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 bagi meminda Seksyen 39B akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat esok selepas dibacakan untuk kali pertama, 23 November lalu.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada