Posts

Showing posts from April, 2015

Kontraktor Diminta Tampil Buat Laporan Jika Diperas Ugut : Zahid

Image
IPOH: Pihak kontraktor yang diperas ugut oleh kongsi-kongsi gelap bagi membayar wang perlindungan diminta supaya tampil membuat laporan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bertujuan supaya tindakan tegas dapat dikenakan terhadap mereka.

Amendments to sedition act to create absolute security - Zahid

Image
JOHOR BAHRU : The public should not view amendments to the Sedition Act 1948 from the technical aspect as they were made to create absolute security in this country. Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said Saturday, the amended act did not replace the Internal Security Act (ISA) as it was to pre-empt problems in future. "We want to avoid problems in future and now because religious, racial harmony and absolute security need to be created by amending the Sedition Act. "There are no ISA elements as it is a preventive law which imposes heavy penalties as we cannot compromise on issues that threaten national security," he said during a visit to the construction site of Johor Police Headquarters here. Parliament passed amendments to the Sedition Act 1948 after 14 hours of debate at policy and committee levels, a first since 1975. Ahmad Zahid said the amendments were to address religious insults and racial slurs in the social media, tackle militant groups recur

Pindaan Akta Hasutan cipta rekod, dilulus selepas 14 jam dibahas

Image
Perbahasan pindaan Akta Hasutan 1948 mencipta rekod apabila diluluskan selepas 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa. -Gambar fail KUALA LUMPUR : Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948, mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa. Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara. Antara isu utama yang hangat diperdebatkan anggota Parlimen termasuk kekhuatiran akta itu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa susulan definisi 'kecenderungan menghasut' dalam rang undang-undang itu, yang disifatkan kurang jelas dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan oleh pihak berkuasa apabila akta itu diwartakan kelak. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, bagaimanapun memberi jaminan bahawa penyalahgunaan

Inti pati pindaan Akta Hasutan lindungi keamanan rakyat

Image
9 APR: Pindaan Akta Hasutan 1948 tidak mengubah perkara berkaitan hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan serta prerogatif yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahagian III berkaitan kewarganegaraan dan Perkara 152 berkaitan isu Bahasa Kebangsaan. Ia juga tidak mengubah Perkara 153 berkaitan isu perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya dan Perkara 181 iaitu berkaitan dengan kekecualian bagi kedaulatan dan sebagainya, Raja-Raja. ZAHID…ketepikan politik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penambahbaikan terhadap tiga seksyen Akta Hasutan yang dicadang kerajan adalah dengan memasukkan peruntukan prerogatif bertujuan memastikan keamanan dan keharmonian kaum. Ketika membentangkan Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat, Khamis, beliau memberitahu pindaan terakhir adalah pada 1975 dan sudah masa kerajaan melihat kembali kesesuaian akta yang sudah berusia 40 tahun itu. Menurut Zahid, ka

KDN syor JPAM terajui usaha menyelamat - Zahid

Image
ZAHID bersama barisan artis (dari kiri) Ibnor Reza, Nasir Wahab, Norish Karman dan Hasnol pada majlis makan malam khas bersama artis bersekutu di sini malam ini.  PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengesyorkan kepada kerajaan supaya Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) diberikan peranan utama dalam menerajui usaha menyelamat dan urusan penyaluran bantuan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kini terdapat banyak organisasi, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) mengendalikan bantuan dan usaha menyelamat ketika bencana berlaku sehingga sering dilihat tidak tersusun. "Maka, ramai pemimpin negara mahukan satu agensi tunggal mengetuai usaha menyelamat dan menyalurkan bantuan supaya dapat berjalan dengan lancar. Mereka rasakan JPAM terbukti dalam malapetaka besar dan setempat. "Saya akan terus berjuang dalam mesyuarat jemaah menteri atau mesyuarat berkaitan agar JPAM diberi peranan utama dalam mengetuai organisasi menyelamat," kata

Kuasa POTA jauh berbeza daripada ISA

Oleh Dr Shamrahayu A Aziz Ancaman keselamatan negara serata dunia berterusan seperti tidak akan ada penghujung. Konfrontasi nuklear antara kuasa-kuasa besar tidak sepi daripada mengisi ruang berita sehingga hari ini. Seluruh dunia sedang menghadapi ancaman yang berbeza dan lebih kompleks. Keganasan fizikal, serangan siber, serangan bahan kimia, senjata nuklear, senjata biologi dan juga kemalangan skala besar atau bencana alam sudah tidak asing dalam berita yang kita baca setiap hari. Ancaman keselamatan ini muncul dari dalam dan juga boleh menular ke dalam negara dari luar negara. Negara kita juga tidak terkecuali. Bagi negara kita berita mutakhir berkaitan ancaman keselamatan ialah aktiviti kumpulan Negara Islam (IS). Ia sudah mendatangkan kebimbangan serius kepada pasukan keselamatan. Seiring itu, Parlimen juga sedang membahaskan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan susulan daripada pembentangan kertas putih oleh Perdana Menteri pada sesi Parlimen lalu. Tentunya di sini ama

POTA tidak sama seperti ISA - Muhyiddin

Image
0 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mencadangkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) kerana mendapati keperluan satu undang-undang khas bagi membanteras kegiatan keganasan di negara ini malah sejak kebelakangan ini terdapat rakyat Malaysia yang terbabit dengan kegiatan itu di luar negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, akta baharu itu memberi kuasa eksekutif kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang anggotanya dilantik Yang di-Pertuan Agong. POTA tidak memberi kuasa kepada menteri untuk melaksanakannya dan kerajaan memberi jaminan tidak ada campur tangan dengan kuasa politik, katanya mengenai rang undang-undang itu yang baru diluluskan Dewan Rakyat, dalam sesi soal jawab pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat Malaysia di sini malam tadi. Beliau menegaskan POTA tidak sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan. "Ada orang membuat dakwaan kononnya POTA adalah 'ISA 2' dan dakwaan ini tidak benar kerana ia khusus untuk menan

Sekat semua video kekejaman IS – Zahid – Utusan Online

Image
KUALA LUMPUR 4 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat sepenuhnya rakaman video kekejaman kumpulan militan Negara Islam (IS) yang tersebar di media sosial kerana boleh mengancam psikologi masyarakat di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak perlu sedar bahawa usaha memerangi IS tidak hanya tertumpu di medan tempur tetapi menerusi media sosial kerana yang diperangi bukan lagi musuh konvensional seperti satu ketika dahulu. Beliau berkata, hal demikian juga kerana modus operandi IS dalam merekrut, berkomunikasi, merancang operasi dan sera­ngan telah berubah selaras dengan perkembangan dunia siber apabila kumpulan pengganas itu sangat mesra teknologi maklumat. “Jika dahulu kumpulan pengganas mengambil masa setahun untuk merekrut anggota-anggota baharu, namun pada hari ini IS mengambil masa beberapa jam atau hari untuk merekrut pengguna maya, malah tidak pernah m

POTA lulus tunjuk solidariti anggota parlimen kerajaan - Ahmad Zahid

Image
POTA 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat pagi ini menunjukkan wujud kekuatan solidariti dalam kalangan anggota Parlimen. - Gambar Fail KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POTA) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat pagi tadi menunjukkan wujud kekuatan solidariti dalam kalangan anggota Parlimen kerajaan dalam usaha mencegah keganasan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun terdapat beberapa bantahan berhubung beberapa fasal dalam rang undang-undang itu oleh pembangkang, namun kelulusan POTA menunjukkan undang-undang tersebut amat diperlukan. "Alhamdulillah walaupun sembilan kali undi belah bahagian kerana terdapat bantahan terhadap beberapa fasal, namun solidariti yang ada pada ahli Parlimen memungkinkan POTA lulus, demi kepentingan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Rang Undang-Undang POTA 2015 diluluskan tanpa pindaan pada pukul 2.25 pagi tadi selepas dibahaskan lebih 12 jam. Dala

Kerajaan bersiap siaga untuk memastikan tiada keganasan berlaku di negara ini,

Dewan Rakyat Lulus POTA Selepas Lebih 12 Jam Dibahas

Image
Ahmad Zahid Hamidi.Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi Selasa, selepas dibahaskan lebih 12 jam.  POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan). Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh anggota Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi Selasa. Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal, memaksa lapan undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu. Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir

Video: Ancaman pengganas wajar diberi perhatian

Image
Oleh FAZREEN KAMAL 6 APR:  Mengambil contoh ajaran sesat kumpulan al-Arqam, al-Maunah dan beberapa ajaran sesat yang lain perlu dijadikan pengajaran kepada semua betapa bahayanya ancaman kumpulan pengganas ini. Ia ditekankan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika membahaskan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015. Katanya dengan adanya undang-undang ketika itu berjaya menyekat kemaraan kumpulan terbabit daripada memusnahkan Malaysia yang turut memberi kesan kepada rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan bangsa. Ikuti video penuh perbahasan beliau yang penuh dengan hujahan dan fakta yang bernas dan wajar dipertimbangkan betapa pentingnya POTA.- BNBBC

Video: Zahid dedah rancangan culik individu berprofil tinggi

Image
6 MAC:  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari mendedahkan di Dewan Rakyat mengenai rancangan menculik individu berprofil tinggi, menyerang balai polis dan kem tentera untuk mendapatkan senjata oleh mereka yang disyaki terbabit kumpulan keganasan dan IS. Maklumat itu diperolehi selepas kejayaan polis cawangan khas menahan 17 individu berusia 14 hingga 44 tahun, malam semalam. Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 di Dewan Rakyat, Zahid berkata, mereka juga merancang membuat bom berdasar nota yang memperincikan membuat bahan letupan oleh Imam Samudera. Ikuti video penjelasan Zahid berhubung penangkapan mereka yang disyaki terbabit kumpulan keganasan tersebut. - BNBBC

Jangan buat spekulasi - Zahid Hamidi

Image
KUALA LUMPUR Menteri Dalan Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai peristwa nahas yang menimpa enam orang dalam kemalangan helikopter Sabtu lalu. Ahmad Zahid yang tiba dikediaman Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada 10.30 pagi berharap umum dapat menghormati perasaan keluarga mangsa. Ini adalah soal kematian , jangan membuat spekulasi atau membuat cerita tentang perkara yang kita tidak pasti  atau yang kita tidak tahu. Tak kiralah organasasi atau orang persendirian, Harap mereka dapat menghormati keluarga mengsa .  Penyiasatan akan dijalanan untuk mencari punca nahas, Saya telah mengarahkan pihak DCA untuk menjalankan siasatan.  Pihak Polis telah memastikan tempat kejadian teekawal untuk membantu mencari bahan bukti.Jamaluddin , adalah pengerusi Perbadanan PR!MA (PR1MA) dan DatukAzlin ,  Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri dan 4 orang lagi dalam perjalanan pulan dari majlis Perkahwinan anak Perdaa Mente

Dato' Seri Dr Zahid Hamidi VVIP pertama berada di tempat nahas Helikopter

Image
 Dato' Seri Dr Zahid Hamidi adalah VVIP pertama yang tiba di tempat pencarian mangsa  nahas helikopter untuk meninjau keadaan dan proses pencarian di Semenyih. Beliau kemudian nya telah meyambut kedatangan Perdana Menteri yang juga turut datang ke tempat kejadian . Setelah meninjau tempat kejadian Dato' Seri Dr Zahid Hamidi telah bertolak ke  HKL bersama  Perdana Menteri untuk bertemu  keluarga mangsa dan juga rakyat yang sedang menunggu jenazah mangsa untuk di bedah siasat di jabatan Forensik HKL.

Dato' Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi membaca doa

Image
Dato' Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi sempat membaca doa untuk sahabat beliau yang kemalangan Helikopter di perkarangan rumah jenazah HKL dan turut mengaminkan ialah Perdana Menteri dan rakan rakan serta seluruh hadirin yang sama sama menunggu.

MP Rompin MP dalam helikopter terhempas

Image
Ahli parlimen Rompin Datuk Jamaluddin Jarjis berada di atas helikopter yang terhempas petang ini di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih. Menteri Pertahanan Datuk Hishammuddin Hussein mengesahkan Jamaluddin menaiki helikopter yang terhempas itu, demikian menurut  New Straits Times. TV3 juga melaporkan bahawa bahawa Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, juga menaiki helikopter itu. Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang. Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui. Manakala jurucakap pasukan penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, pihaknya menunggu unit forensik polis untuk mengesahkan identiti mangsa. Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini. Sementara itu, Bernama mem

Surat Kepada FBI Bukan Surat Sokongan Jangan Dakwa – Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa surat beliau kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa rakyat Malaysia Paul Phua yang sedang menghadapi pertuduhan di Amerika Syarikat. Beliau berkata surat yang ditulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F. Giuliano pada 18 Dis tahun lepas adalah untuk menjelaskan status Paul Phua. Katanya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara, beliau menjelaskan bahawa kumpulan kongsi gelap 14K Triad tidak wujud di Malaysia dan Paul Phua bukanlah anggota kumpulan kongsi gelap itu di Malaysia. Ahmad Zahid berkata pengeluaran surat sedemikian bukan isu kerana menteri-menteri KDN terdahulu juga menulis dan mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu atas kapasiti menteri yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan. “Maka dengan menggunakan budi bicara, saya mengeluarkan surat penjelasan berhubung status Paul Phua itu kepada FBI, bukannya su

Polis, masyarakat berpisah tiada

Image
BERTEMAKAN  ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ jelas membuktikan masyarakat sentiasa menjadi kepentingan utama barisan pertahanan negara itu. Bertepatan dengan hasrat kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memastikan kemuafakatan antara polis dan masyarakat terus terjalin erat, sekali gus berusaha meningkatkan penyampaian perkhidmatannya kepada seluruh rakyat. Ia juga memperlihatkan betapa pentingnya hubungan saling memerlukan antara polis dan masyarakat. Namun, tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara bukan sahaja terletak di bahu pihak berkuasa, tetapi semua lapisan masyarakat. Ikuti wawancara khas  wartawan Sinar Harian,  SITI ZUBAIDAH MAT ISA  bersama Ketua Polis Negara,  TAN SRI KHALID ABU BAKAR  sempena sambutan Hari Polis ke-208. Apakah cabaran getir yang dihadapi PDRM setiap hari? SELAIN kekurangan modal insan yang perlu diseimbangkan dengan pertambahan jumlah penduduk (30 juta), PDRM turut berdepan kekangan di bahagian logistik. Di mana beberapa p

PDRM berdepan ujian getir; Sabah, PP cari cengkaman

Image
AKSI pemain JDT, Mahalli Jasuli (tengah) yang diasak penjaga gol Balestier Khalsa FC, (kanan) pada perlawanan Piala AFC, di Stadium Jalan Besar, Singapura, baru-baru ini. KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua minggu berehat untuk aksi antarabangsa, saingan Liga Super kembali bersambung minggu ini untuk perlawanan hari keenam dengan satu perlawanan berlangsung, malam ini dan baki lima lagi perlawanan, malam esok. Polis Diraja Malaysia (PDRM) kendalian Azman Adnan yang kini di tangga kedua Liga Super dengan sembilan mata berpeluang merampas seketika tangga teratas liga daripada FELDA United (11 mata) andai mereka berjaya menewaskan Sarawak pada aksi tunggal di Stadium Shah Alam, malam ini. Namun, PDRM tidak boleh bersikap ambil mudah biarpun Sarawak kendalian Robert Alberts tewas kedua-dua perlawanan terakhir mereka di tempat lawan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 di Larkin dan Selangor 2-0 di Shah Alam, 14 Mac lalu. PEMAIN JDT diasak pemain Balestier Khalsa FC, pada perlawa