MP Rompin MP dalam helikopter terhempas

Ahli parlimen Rompin Datuk Jamaluddin Jarjis berada di atas helikopter yang terhempas petang ini di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih.

Menteri Pertahanan Datuk Hishammuddin Hussein mengesahkan Jamaluddin menaiki helikopter yang terhempas itu, demikian menurut New Straits Times.

TV3 juga melaporkan bahawa bahawa Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, juga menaiki helikopter itu.

Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang.

Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.

Manakala jurucakap pasukan penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, pihaknya menunggu unit forensik polis untuk mengesahkan identiti mangsa.

Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.

Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada