Posts

Showing posts from January, 2017

TPM Buka Ruang Seluas-luasnya Pada SPRM Untuk Siasat Ahli Politik

Image
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka ruang seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas ahli politik yang disyaki terlibat dengan rasuah. Malah, tegas Naib Presiden UMNO itu, ruang dan peluang siasatan turut diberikan ke atas mana-mana ahli perniagaan, atau mereka yang berjawatan.

Pembangkang Guna NGO Jatuhkan Zahid Pada PRU-14

Image
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata gerakan untuk menjatuhkannya sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh pada pilihan raya umum akan datang didalangi sebuah parti pembangkang dengan menggunakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sudah mengenal pasti parti politik dan NGO terbabit. "Usaha (menjatuhkan) bukan dari dalam apatah lagi parti komponen Barisan Nasional (BN).

Malaysia Yakin Pentadbiran Baharu AS Teruskan Program Pengecualian Visa - Zahid

Image
PUTRAJAYA - Malaysia yakin pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump akan meneruskan program pengecualian visa AS untuk Malaysia, yang kini telah memenuhi hampir kesemua syarat yang ditetapkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata hanya satu sahaja syarat ditetapkan Jabatan Negara AS yang belum dipenuhi oleh Malaysia, iaitu penolakan permohonan visa kurang daripada tiga peratus.

Kerajaan Pergiat Promosi Tarik Minat Pelajar Asing Ke Malaysia - Ahmad Zahid

Image
PUTRAJAYA - Kerajaan akan mempergiatkan promosi di peringkat global bagi menarik minat golongan sasaran melanjutkan pelajaran di Malaysia dengan pelbagai pilihan kursus berkualiti tinggi dan menepati piawaian antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan mengalu-alukan kedatangan pelajar asing bagi meningkatkan imej Malaysia dalam bidang pendidikan selaras dengan hasrat menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan serantau dengan sasaran 200,000 pelajar asing menjelang tahun 2020.

Pelarian Rohingya akan dijadikan aset - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merancang untuk menjadikan pelarian Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini sebagai aset tenaga kerja negara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penukaran status mereka yang selama ini dianggap tanggungan itu diharap dapat membantu sebagai tenaga kerja dalam sektor memerlukan.

Masyarakat India Terlibat Dalam Pembangunan Bagan Datuk - Ahmad Zahid

Image
BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi jaminan bahawa masyarakat India tidak akan dipinggirkan dalam pembangunan baharu pelbagai aspek termasuk pendidikan di Bagan Datuk. Beliau berkata seperti sebelum ini, masyarakat India akan dilibatkan dalam program pembangunan yang dapat memakmurkan lagi Bagan Datuk, iaitu daerah pentadbiran baharu ke-12 Perak.

Sokonglah Abang Johari - TPM

Image
KUCHING 16 Jan. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap jasa besar ditinggalkan oleh Tan Sri Adenan Satem sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dapat dibalas kerajaan dan rakyat dengan merealisasikan impiannya menerusi aku janji atau manifesto yang dilancarkan Allahyarham semasa Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) yang lalu. Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri berikrar akan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merealisasikan aku janji tersebut, terutamanya melibatkan peruntukan bagi projek-projek yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan kepada negeri ini.

CCTV tak sepadu lengahkan usaha tangani jenayah - TPM

Image
KUNMING - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem kamera litar tertutup (CCTV) secara bersepadu membabitkan polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak swasta di Malaysia perlu dilaksanakan segera bagi menangani jenayah dengan lebih berkesan. Timbalan Perdana Menteri berkata, kini semua CCTV yang dipasang PBT atau pihak syarikat di premis masing-masing tidak dihubungkan terus kepada bilik kawalan polis menyebabkan tindakan segera tidak dapat diambil jika berlaku jenayah.

China-Malaysia Sependapat Wujudkan Kesalinghubungan Rentas Negara - TPM Zahid

Image
KUNMING (Wilayah Yunnan, China) - China sependapat dengan Malaysia supaya dibangunkan kesalinghubungan darat khususnya laluan perkhidmatan tren di antara negara-negara rantau ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membangunkan kesalinghubungan itu bukan sahaja memerlukan kerjasama di antara China dan Malaysia malah, turut membabitkan beberapa negara yang menjadi laluan perkhidmatan itu.

Zahid Ucap Tahniah Kepada KM Sarawak Baharu

Image
KUNMING, CHINA – Pelantikan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu pastinya bukan datang sebagai satu keistimewaan tapi satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau, dalam menyampaikan sekalung tahniah kepada Abang Johari, berkata ini kerana rakyat Sarawak amat dahagakan terjemahan pelaksanaan akujanji Barisan Nasional (BN) yang dibuat semasa kempen pilihan raya sebelum ini.

Zahid tempelak Muhyiddin soal FDI China

Image
BEIJING - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pelabur China 'merompak' peluang pelaburan syarikat tempatan, melalui kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) secara besar-besaran ke Malaysia. Timbalan Perdana Menteri berkata: "Kenapa dulu bila Jepun mengetuai FDI, tak kata orang Jepun 'rompak' peluang pelaburan tempatan?

Jumlah Ketibaan Pelancong China Di Malaysia Meningkat Ketara - TPM

Image
BEIJING - Ketibaan pelancong China di Malaysia meningkat dengan ketara sejak kerajaan memperkenalkan kemudahan pengecualian visa atau kemudahan ENTRI (Pendaftaran pelancongan elektronik) dan kemudahan visa elektronik pada Mac tahun lepas. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jumlah permohonan untuk kemasukan dari China bagi tempoh Mac hingga Disember tahun lepas ialah sebanyak 2.2 juta berbanding 1.2 juta bagi tempoh sama pada 2015.

Perbadanan Koko Dan Kelapa Akan Gantikan Lembaga Koko Malaysia, Kata Ahmad Zahid

Image
BAGAN DATUK - Perbadanan Koko dan Kelapa Malaysia akan diwujud bagi menggantikan Lembaga Koko Malaysia dalam usaha meningkatkan pengeluaran kelapa di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan rundingan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong supaya memasukkan kelapa sebagai komoditi dan tanaman pertanian di dalam Akta Perbadanan Koko Malaysia 1998.

Puskas: Faiz Harumkan Nama Negara - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau mengucapkan tahniah kepada pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah, itu selepas diumumkan selaku pemenang di majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, awal pagi ini.

SPRM Juga Tangkap 'Jerung' - TPM

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penangkapan seorang Ketua Setiausaha kementerian menunjukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak hanya menahan 'ikan bilis' tetapi juga 'jerung' yang terbabit rasuah. Timbalan Perdana Menteri berkata, penangkapan itu amat dialu-alukan memandangkan kedudukan Malaysia yang agak tinggi dalam Indeks Amalan Rasuah yang disenaraikan pihak antarabangsa.

Elemen Tradisional Perlu Dalam Pembangunan Bagan Datuk - Ahmad Zahid

Image
BAGAN DATUK - Elemen tradisional perlu terus dikekalkan dalam pembangunan Bagan Datuk yang secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah pentadbiran ke-12 di Perak hari ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan perimbangan antara sistem pentadbiran dan elemen nilai-nilai tradisional, ia diyakini dapat memantapkan pembangunan di daerah Bagan Datuk.

Kerajaan Lulus RM800 Juta Atasi Banjir Di Kelantan - TPM

Image
JOHOR BAHRU - Kerajaan meluluskan sebanyak RM800 juta untuk melaksanakan dua projek penyelesaian jangka panjang masalah banjir di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut beliau, daripada peruntukan itu, sebanyak RM300 juta disediakan untuk projek tebatan banjir fasa pertama di Sungai Golok.

Jentera BN, UMNO Diingatkan Bersiap Siaga Hadapi PRU - TPM Ahmad Zahid

Image
MUAR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua jentera Barisan Nasional dan UMNO supaya bersiap siaga dari segi strategi menawan hati pengundi terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas timbalan presiden itu berkata gerak kerja jentera adalah melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing terutama di kawasan-kawasan tumpuan yang mana kerusinya BN kecundang atau mempunyai kelebihan sedikit.

Kelantan Dan Persekutuan Perlu Bekerjasama Secara Holistik Tangani Banjir - TPM

Image
PASIR MAS - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan perlu bekerjasama secara holistik mencari langkah jangka panjang bagi menangani masalah banjir yang berlaku saban tahun di negeri ini. Ahmad Zahid berkata beliau harap kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dapat berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah tersebut bagi membantu meringankan beban rakyat yang saban tahun terpaksa berdepan dengan musibah berkenaan.

Nadma urus bencana banjir dengan baik tahun lepas - TPM Zahid

Image
KUALA BERANG - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dapat menangani banjir yang melanda beberapa negeri dengan baik selepas mula melaksanakannya tahun lepas. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini, Nadma berjaya mengendalikan pengurusan banjir dengan lebih tersusun hasil kerjasama sekretariat bencana yang ditubuhkan di pusat, negeri, daerah, mukim dan kampung.

Ekonomi, Politik Dan Budaya Mesra Kerajaan-Rakyat Jadikan Malaysia Negara Pengimbang – Zahid

KUALA LUMPUR – Situasi ekonomi, politik dan budaya yang mesra kerajaan-rakyat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengimbang sama ada di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam ucapan sempena Tahun Baharu 2017, Timbalan Perdana Menteri berkata cabaran kemakmuran ekonomi sesebuah negara adalah faktor penting yang berupaya menggalakkan rakyat mengamalkan nilai-nilai kesederhanaan yang berkait rapat dengan pencapaian ekonomi negara semasa.