Posts

Showing posts from October, 2016

Siasat Dakwaan George Soros Biaya Bersih - TPM Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik. "Soalnya bukan "siapa" dibiayai dan "kenapa". Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.

Prasangka Barat Terhadap Islam Kerana Khuatir Ia Pesat Berkembang - Ahmad Zahid

Image
ALOR GAJAH - Prasangka yang 'dilukis' oleh pihak tertentu di Barat terhadap Islam adalah kerana agama itu sedang pesat membangun dan paling cepat perkembangannya di dunia pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pihak terbabit khuatir dengan perkembangan pesat Islam yang kini mempunyai 1.8 bilion penganut di seluruh dunia, dapat memberikan kekuatan kepada agama itu.

Peruntukan Besar Sekolah Agama Terjemahan Komitmen Kerajaan Jaga Islam - Ahmad Zahid

Image
ALOR GAJAH - Peruntukan besar untuk sekolah agama, tahfiz dan pondok dalam Bajet 2017 merupakan terjemahan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan menjaga agama Islam di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata Islam sebagai agama yang progresif perlu dijaga, disuburkan dan dimajukan seterusnya dijadikan suatu cara hidup lengkap untuk masyarakat di negara ini, namun dalam masa yang sama tidak mengetepikan agama lain.

Model Perpaduan Malaysia Jamin Hak Semua Kaum - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Malaysia adalah model perpaduan yang menjamin hak masyarakat majmuk secara adil dan seimbang serta dijamin dalam Perlembagaan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sehubungan itu, katanya kaum-kaum minoriti di negara ini tidak harus berasa terancam untuk mengamalkan agama dan budaya masing-masing serta tidak perlu khuatir akan kehilangan identiti mereka.

TPM Mahu Suruhanjaya Siasatan Ditubuhkan Siasat Kebakaran Di HSA

Image
JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terperinci kejadian kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) hari ini yang mengorbankan enam nyawa. "Hasil siasatan itu kemudiannya akan digunakan sebagai panduan kepada semua hospital di negara ini terutama bagi hospital yang perlu diubah suai atau dinaik taraf," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kebakaran dan menziarahi anggota keluarga mangsa.

Tidak Kompromi Dengan Pertubuhan Ancam Keharmonian Masyarakat - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan pertubuhan yang bergerak atas platform badan bukan kerajaan (NGO) tetapi operasinya menjurus ke arah kegiatan kongsi gelap serta mengancam keharmonian masyarakat negara ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN sentiasa memantau dan mengawal selia semua pertubuhan berdaftar atau tidak berdaftar yang operasinya terjerumus kepada hal yang tidak tercatat dalam pelembagaan pertubuhan berkenaan.

Malaysia Harap Hubungan Dengan Thailand Terus Dipertingkat - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Malaysia berharap hubungan baik dengan Thailand sepanjang negara itu berada di bawah pemerintahan Raja Bhumibol Adulyadej, terus dipelihara dan dipertingkat walaupun selepas kemangkatan baginda. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hubungan baik itu bukan hanya membabitkan hubungan diplomatik dan perdagangan tetapi juga dalam soal keselamatan di sempadan kedua-dua negara berjiran.

Bajet Perkukuh Strategi Tangani Cabaran Ekonomi

Image
BAJET 2017 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa pendekatan menyeluruh merangkumi pelbagai program, insentif dan pendekatan yang menekankan aspek memperkukuhkan sosioekonomi dan kesamarataan dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan. Bajet ini juga dilihat sebagai pendekatan strategik dan pragmatik oleh kerajaan dalam mengemudi hala tuju negara pada iklim ekonomi semasa yang mencabar.

Kesedaran Awam Masih Sederhana Untuk Berpindah Awal Sebelum Bencana - TPM

Image
KEMAMAN - Kesedaran orang ramai untuk berpindah lebih awal apabila berlaku bencana alam terutama banjir masih di tahap sederhana, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata penilaian itu dibuat dengan mengambil kira skala antara satu hingga 10 dan kesedaran masyarakat berada pada tahap lima.

Kerajaan Komited Majukan Masyarakat India Di Malaysia - TPM Zahid

Image
BAGAN DATOH - Kerajaan komited menghapuskan kemiskinan dalam kalangan masyarakat India termasuk menangani isu keciciran pendidikan khususnya di peringkat sekolah menengah dalam usaha memajukan komuniti itu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam usaha mencapai matlamat itu, kerajaan perlu mengekang mereka daripada terjebak dengan gangsterisme.

ASEAN Tolak Cadangan Halalkan Beberapa Jenis Dadah - Ahmad Zahid

Image
SINGAPURA - ASEAN menolak cadangan berapa negara barat yang mahu 'menghalalkan' penggunaan beberapa jenis dadah untuk maksud tertentu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Acuan ini kita tidak dapat terima. Negara ASEAN sependapat acuan ASEAN sesuai dengan ASEAN. Satu hati satu pendirian, kita tolak.

Malaysia Masih Mampu Bentang Belanjawan Terbaik Walaupun Ekonomi Dunia Tidak Menentu - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Malaysia masih mampu membentangkan belanjawan yang terbaik untuk rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini mengambil kira agihan kepada semua golongan dan sektor.

Kerajaan jamin tindakan adil pada merah, kuning

Image
KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan berlaku adil dan mengambil tindakan tanpa 'memilih bulu' terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihak berkuasa tidak akan memilih warna dalam mengambil tindakan terhadap individu yang gagal patuh pada undang-undang dalam perhimpunan itu.

Risikan kenal pasti individu bocor maklumat di Sabah

Image
KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa berhadapan dengan beberapa kekangan dalam menangani isu pencerobohan di Sabah termasuk kemungkinan berlaku kebocoran maklumat oleh anggota agensi penguatkuasaan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian sedang melakukan risikan jika terdapat individu dalam agensi-agensi penguatkuasaan yang berbuat demikian untuk diambil tindakan.

Tahap berhati-hati di lapangan terbang seluruh negara - TPM

Image
KUALA LUMPUR: Lapangan terbang seluruh negara kini berada pada tahap berhati-hati bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini terutama yang melibatkan isu keselamatan. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, ketika ini, kerajaan bersiap-sedia dalam memastikan keselamatan orang ramai di lokasi berkenaan termasuk di kawasan kargo.

Malaysia Teroka Projek Infrastruktur Di Arab Saudi

Image
RIYADH - Malaysia sudah mengenal pasti beberapa projek infrastruktur baharu di Arab Saudi yang boleh diusahakan secara kerjasama pintar oleh syarikat kedua-dua negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata antara projek baharu ialah pembinaan jalan lingkaran di Jeddah dan Makkah.

Jaga Mutu Perkhidmatan Di Luar Negara - Ahmad Zahid

Image
RIYADH - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara agar menjaga mutu dan standard perkhidmatan bagi memastikan sumbangan mereka sentiasa dihargai. Sebagai contoh, timbalan perdana menteri berkata di Arab Saudi, kepakaran rakyat Malaysia sebagai tenaga profesional dalam pelbagai bidang sememangnya diakui oleh negara berkenaan.

M'sia Kongsi Pengalaman Dengan Arab Saudi Laksana Program Deradikalisasi - TPM

Image
RIYADH - Malaysia sedia berkongsi pengalaman dan mencontohi Arab Saudi berkaitan pelaksanaan program deradikalisasi dalam usaha memerangi keganasan serta proses pemulihan terhadap golongan ekstremis, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan perdana menteri berkata perkara itu akan dibincangkan dengan lebih terperinci dengan pihak berkaitan di negara itu, bersempena lawatan rasminya ke negara berkenaan.

Ahmad Zahid Lawat Arab Saudi Mulai Hari Ini

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi mulai hari ini hingga 16 Okt ini. Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini dalam lawatannya itu, Ahmad Zahid dijadual mengunjungi Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota Mohammad Bin Naif Al-Saud dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Al-Saud.

Taking The Harder Option

Image
THE Deputy Prime Minister has never hidden the fact that he needs to improve his command of the English language. In fact, he openly tells his friends that he has to brush up on his English now that he needs to speak at international meetings. So it comes as no surprise if his English speaking skills at the United Nations General Assembly (UNGA) last week was not exactly posh and smooth.
Image
Ahmad Zahid bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Education Background

Program Amal Bantu Pesakit Kanser Wajar Disokong - Ahmad Zahid

Image
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu masyarakat di negara ini menyokong sebarang program amal bertujuan mengumpul dana bagi membantu pesakit kanser. Beliau menarik perhatian bahawa kanser boleh menjadi penyebab utama masalah kewangan disebabkan rawatan yang sangat mahal selain menjejaskan keupayaan pesakit untuk bekerja.

Zahid tidak kecil hati dikritik kerana berucap dalam bahasa Inggeris

Image
IPOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sama sekali tidak ambil peduli atau berkecil hati berhubung kritikan terhadap beliau yang berucap dalam bahasa Inggeris pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-71 di New York baru-baru ini. Sebaliknya, beliau secara sinis berkata apa yang lebih memalukan adalah sekiranya rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di tanah air tetapi tidak mampu bercakap dalam bahasa Melayu.

Malaysia komited isu keamanan sejagat

Image
KETEGASAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap dalam Perbahasan Umum Ke-71, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York baru-baru ini membuktikan komitmen Malaysia dalam menangani pelbagai isu antarabangsa khasnya yang berkaitan dengan keamanan sejagat. Apa yang dijelaskan oleh Ahmad Zahid memang tepat pada waktunya. Sebagaimana maklum, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah sebuah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan tadbir urus dunia sejagat. Namun, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila hari ini, PBB dilihat seperti sudah tumpul taringnya dan tidak berdaya untuk melakukan sesuatu usaha yang efektif, khasnya sebagai sebuah badan pengaman antarabangsa.

Jangan bernostalgia dengan pengundi muda - TPM

Image
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) supaya tidak terlalu bernostalgia apabila berdepan pengundi muda, sebaliknya cuba memahami kehendak mereka. Timbalan Perdana Menteri berkata, ahli MUBARAK perlu menggunakan pengalaman sebagai wakil rakyat untuk menarik perhatian pengundi muda.