Risikan kenal pasti individu bocor maklumat di Sabah

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa berhadapan dengan beberapa kekangan dalam menangani isu pencerobohan di Sabah termasuk kemungkinan berlaku kebocoran maklumat oleh anggota agensi penguatkuasaan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian sedang melakukan risikan jika terdapat individu dalam agensi-agensi penguatkuasaan yang berbuat demikian untuk diambil tindakan.


“Walaupun kita memiliki kelengkapan seperti aset, anggota dan sistem maklumat tertentu bagi menjaga keselamatan Sabah, namun sebagaimana yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kemungkinan berlaku kebocoran. 

“Justeru, kita sedang melakukan risikan dan pastinya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang membocorkan maklumat kepada pihak tidak bertanggungjawab,” katanya menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

-UTUSAN ONLINE-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada