Posts

Showing posts from May, 2018

PDRM diarah siasat ugutan bunuh petugas SPR - Zahid

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima seorang pembantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sembilan pada penamaan calon, 28 April lalu. Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh dikompromi lebih-lebih lagi ugutan itu membabitkan petugas SPR yang bertanggungjawab melaksanakan sistem demokrasi. "Saya telah menyatakan kita tidak boleh berkompromi jika erti menterjemah demokrasi ini dilakukan dengan cara kekasaran apatah lagi ugutan bunuh (terhadap) pegawai SPR kerana mereka adalah pegawai awam. "Mereka (pegawai SPR) hendaklah diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan tugas mengikut Akta SPR dan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini. Ahmad Zahid, yang

Kem tentera bukan untuk tambah undi BN

Image
BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan pembinaan Kem Tentera Darat Malaysia (TDM) di Hutan Melintang dekat sini bertujuan menambah undi Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri berkata, sebaliknya pembinaan kem berkenaan berikutan kelompongan yang terdapat di wilayah selatan Perak yang tidak mempunyai sebarang kem tentera. ‘‘Ada yang pertikai bahawa kita bina kem di Hutan Melintang untuk tambah undi BN sedangkan harus ingat bahawa kem tentera terdekat adalah di Sungai Buloh, Selangor. ‘‘Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula di Lumut dan berlaku lompang di kawasan Perak selatan dan kerana itu kita memerlukan kem tentera yang sudah tentu berpusat di Hutan Melintang, kita bina bukan nak tambah undi,’’ katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia di Kampung Sungai Sumun, Hutan Melintang dekat sini hari ini. Yang turut hadir, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang, Datu

Zahid Minta Muhyiddin Jaga Kawasan, Jangan ‘Sibuk’ Buat Tuduhan

Image
BAGAN DATUK – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya hanya memberi tumpuan kepada kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan bukannya melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan Muhyiddin bahawa BN akan melakukan apa sahaja bagi menghalang rakyat di negara ini keluar mengundi pada 9 Mei depan merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab. “Tidak munasabahlah. Dulu dia (Muhyiddin) pernah berada dalam kedudukan saya. Janganlah sudah tidak ada dalam kerajaan buat dakwaan-dakwaan begitu, jagalah pengundi (Parlimen) Pagoh dan (Dewan Undangan Negeri) Gambir elok-elok,” katanya. Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini hari ini. Beliau mengulas dakwaan Muhyiddin kononnya BN akan melakukan apa sahaja