Posts

Showing posts from November, 2015

Malaysia Dilantik Tuan Rumah CHOGM Ke-26 Pada 2020

Image
Malaysia dilantik menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-26 pada 2020, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pelantikan itu merupakan pengiktirafan terhadap peranan penting Malaysia sebagai anggota negara Komanwel sejak 50 tahun lalu. "Malaysia telah dilantik menjadi tuan rumah CHOGM pada 2020, 31 tahun selepas menghoskan mesyuarat berkenaan (1989)," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri majlis penutup CHOGM 2015 di Malta, di sini, hari ini. Ahmad Zahid yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM 2015 berkata, United Kingdom akan menjadi tuan rumah mesyuarat berkenaan pada 2018.

Tiada Perubahan Kedudukan Kerusi Timbalan Presiden Pada PAU

Image
Tiada perubahan kedudukan kerusi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015, yang bermula 8 Dis ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seperti kelaziman perhimpunan agung parti sebelum ini, kedudukan kerusi Timbalan Presiden adalah bersebelahan kerusi Presiden.

CHOGM berminat pelajari kejayaan Malaysia laksana deradikalisasi

Image
Kejayaan Malaysia dalam melaksanakan pemulihan atau proses 'deradikalisasi' terhadap pengganas dan golongan ekstremis sudah mencapai tahap 95 peratus, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan Malaysia dalam menangani pengganas sejak era komunis mendapat pengiktirafan dunia dan banyak negara menyatakan hasrat untuk mempelajari pengalamannya. "Saya telah berkongsi fakta-fakta mengenai kejayaan kita mencegah, membanteras dan memulih pengganas pada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan mereka mahu mempelajari cara kita melakukan deradikalisasi," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri CHOGM di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Zahid Tiba Di Malta Untuk Hadiri Mesyuarat CHOGM

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini pada Jumaat untuk menyertai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-24. Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta pada pukul 9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi Sabtu waktu Malaysia) dengan turut diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.

Ahmad Zahid Ketuai Senarai Penerima Darjah Kebesaran Sultan Perak

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarai 702 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, yang pertama kali disambut selepas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV. Ahmad Zahid adalah penerima pertama Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, berkata SPSN diperkenal buat pertama kali pada tahun ini. Beliau berkata Sultan Perak juga berkenan memberi anugerah secara Anumerta kepada enam penerima. Anugerah itu diberikan kepada seseorang yang telah meninggal dunia. Mereka ialah Datuk Sir Onn Jaafar dan Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, yang menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM); Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Aminuddin Baki (Darjah Seri Paduka Mahkota Perak - SPMP); Tan Sri Koo Chong Kong (Darjah Seri Pan

Malaysia Mampu Setanding Negara Maju Dalam Industri Penulisan Jika Lebih Banyak Buku Diterbitkan

Image
Malaysia mampu setanding negara-negara maju dalam industri penulisan jika lebih banyak buku intelektual diterbitkan dan lebih ramai penulis tempatan bertaraf dunia dikenali dan diiktiraf. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah penting untuk terus kekal relevan dalam industri ini kerana negara masih kekurangan penerbitan buku berbanding dengan negara lain. "Mengikut standard UNESCO, penerbitan buku mestilah pada kadar 1 peratus untuk setiap sejuta penduduk iaitu 1,000 buku (diterbitkan). Tetapi di Malaysia, cuma 15,000 buku diterbitkan untuk 27 juta penduduk Malaysia. "Jadi penerbitan buku di negara ini sangat kurang. Kebolehmampuan untuk membeli buku kini bukan ditahap yang sepatutnya. Harus tanya pada para sarjana, adakah buku yang diterbitkan mempunyai kualiti tinggi, mengikut cita rasa pembaca dan boleh diterjemah di peringkat antarabangsa? "Janganlah jadi juara kampung... jangan jadi jumud... duduk dalam kepompong lama. Nilai keb

Zahid Akan Hadiri CHOGM 2015 Di Malta Dari 27 Hingga 29 Nov

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Malta dari 27 hingga 29 Nov. Beliau akan diiringi isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis. Delegasi Malaysia juga terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, dan para pegawai kanan Kementerian Luar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Unit Perancangan Ekonomi, menurut kenyataan Wisma Putra hari ini. CHOGM, sidang kemuncak dwi-tahunan, ialah platform penting bagi ketua-ketua kerajaan negara anggota Komanwel berkumpul bagi membincangkan isu-isu global dan komanwel dan membuat keputusan mengenai dasar-dasar dan inisiatif secara kolektif. CHOGM di Malta akan menangani isu seperti perubahan iklim, migrasi, ekstremisme dan keganasan melampau, membina daya tahan di negeri-negeri kecil, pembangunan mampan, memperkasakan belia, kesaksamaan gender dan hak asasi manusia. CHOGM 2015 bertemakan "Menambah Nilai Global" akan berus

Isu Pekerja Asing Perlu Selesai Ikut Persefahaman Majikan-kesatuan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu isu-isu berkaitan pekerja asing diselesaikan mengikut persefahaman majikan dan kesatuan sekerja. Beliau berkata kerajaan sentiasa peka dengan keperluan pihak berkenaan berhubung isu pekerja asing, dan cuba membantu dengan sebaik mungkin.

KDN Siasat Dakwaan Warga Bangladesh Salah Guna Pas Pekerjaan

Image
Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat dakwaan bahawa lebih 20,000 warga Bangladesh yang tidak memenuhi syarat kemasukan ke Malaysia, dipercayai dibawa masuk ke negara ini menggunakan pas pekerjaan (EP) bagi ekspatriat dengan butiran palsu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jika benar dakwaan itu, kementerian akan mengambil tindakan bukan sahaja kepada pekerja, malah majikan dan ejen terlibat.

Kajian Prestasi Terhadap 992 Projek Dibuat Setiap Tiga Bulan

Image
Kerajaan akan melakukan kajian prestasi terhadap 992 projek AkuJanji Kerajaan Persekutuan pada setiap tiga bulan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pemantauan itu harus dilakukan untuk memastikan keberkesanan dan kesan kos terhadap semua projek berkenaan.

Agensi Keselamatan Diingatkan Supaya Ketepikan Perbezaan Ideologi Dalam Mengurus Banjir

Image
Pemimpin dan agensi yang terbabit dalam pengurusan banjir diingat supaya mengetepikan perbezaan ideologi dan kuasa masing-masing bagi memastikan pengurusan bencana itu dapat dilaksanakan dengan lancar dan sistematik. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu perlu bagi memastikan kebajikan mangsa-mangsa banjir diutamakan pada waktu mencabar itu.

Timbalan Presiden Tidak Rasmi Mesyuarat Sayap UMNO Pada PAU 2015

Image
Tidak seperti kelaziman pada setiap Perhimpunan Agung UMNO (PAU), Timbalan Presiden UMNO kali ini tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - yang dijadualkan berlangsung bulan depan. Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Selasa memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing.

'Dalang' di sebalik langkah untuk menggulingkan Presiden Umno

Image
Terdapat "dalang" di sebalik 34 bahagian Umno yang didakwa merancang langkah terhadap presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dapat mengesan rancangan dalang yang dikatakan yang kononnya meminta peletakan jawatan Najib pada Perhimpunan Agung Umno yang akan datang.

Tian Chua jangan jawab menerusi media

Image
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua supaya memberi penjelasan dan keterangan kepada polis dan mahkamah berhubung dakwaan menjadi dalang mengatur pertemuan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram. Timbalan Perdana Menteri berkata, Tian Chua tidak perlu menafikan pembabitannya dalam pertemuan Nurul Izzah dengan anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, melalui media. "Saya menasihatkan beliau tidak perlu menafikan melalui media, sila jawab kepada polis apabila kenyataan diminta daripada beliau dan sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau beliau tidak terlibat," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Jangan nafi, jawab dengan polis kata Zahid kepada Tian Chua

Image
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan menarik semula pendedahan yang dibuat terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua yang didakwa mengatur pertemuan pemimpin parti itu dengan anak bekas ketua pengganas, Jacel Kiram. Malah, Ahmad Zahid meminta Chua tidak menafikan perkara itu kepada media, sebaliknya  perlu memberi kenyataan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dipanggil untuk memberi keterangan nanti. zahidhamididr“Sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau dia mengaku tidak terlibat, saya tidak berhasrat menarik balik kenyataan saya pagi tadi. Beliau (Tian Chua) jawablah, kerana beliau sahaja yang tahu mengenai perjumpaan di Manila itu,

Zahid ‘hidu bau’ dalang cuba jatuhkan Najib

Image
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau dapat 'menghidu bau' dalang yang cuba mempergunakan pemimpin akar umbi untuk menjejaskan kepimpinan parti itu. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dalang tersebut mempergunakan ketua-ketua cawangan Umno untuk mencampuri urusan parti itu termasuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan. "Kita fikir eloklah dalang berkenaan sama ada dalang yang nampak atau tidak nampak mengikut perundangan sedia ada. "Saya tidak berhasrat untuk menghentak hati mana-mana pihak, (kerana) Umno hidup dan terus relevan, perkara ini harus dihormati oleh semua ahli dan kepimpinan Umno," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China, di sini, hari ini. Beliau mengulas tindakan 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Najib meletak jawatan sebagai Presiden Umno. Perkara itu diumumkan ketua cawangan Umno

Jangan demo, kita perlu hormat tetamu

Proses Pengampunan Warga Asing Perlu Lalui Sistem Perundangan Malaysia

Image
Proses pengampunan warganegara asing yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Malaysia perlu melalui dan mengikuti prosedur sistem perundangan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Dalam melakukan rayuan terhadap keputusan yang telah diputuskan mahkamah, mereka yang berkenaan boleh melakukannya dengan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan atau boleh dibawa terus ke Mahkamah Persekutuan selepas itu," katanya.

'Menjelang Sidang ASEAN Keselamatan Sedang Di Susun Atur' - Zahid Hamidi

Msia menerima 1.2 juta cap jari suspek pengganas

Image
Malaysia dan Amerika Syarikat semalam menandatangani perjanjian untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam mencegah dan memerangi Jenayah Berat (PCSC). Perjanjian yang ditandatangani oleh Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim, adalah salah satu daripada dua dokumen penting selain Keselamatan Dalam Negeri Arahan Presiden No.6 (HSPD-6) Susunan, yang menjadi prasyarat bagi Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Visa Amerika Syarikat Program Pengecualian (AS VWP). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu berkata, Malaysia menerima 1.2 juta cap jari melalui data biometrik yang akan digunakan oleh pihak polis. "Data ini akan digunakan oleh pihak polis untuk menganalisis senarai pengganas atau pengganas yang disyaki dari dalam dan luar negara, yang memilih untuk menggunakan Malaysia sebagai destinasi transit mereka. "Pemeteraian perjanjian PCSC HSPD-6, bermakna kita pe

Kerajaan Cuba Sedaya Upaya Bebaskan Bernard Then

Image
Kerajaan telah mencuba sedaya upaya untuk membebaskan tebusan kumpulan Abu Sayyaf (ASG) Bernard Then Ted Fen sebelum mangsa dilaporkan dibunuh, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kumpulan berkenaan pada awalnya telah berjanji dengan pihak perunding Malaysia untuk membebaskan Then, 39, dan seorang lagi mangsa, Thien Nyuk Fun, 50.

Malaysia, Amerika Tandatangani Perjanjian Kerjasama Cegah Dan Banteras Jenayah Berat

Image
Malaysia kini semakin hampir untuk menyertai Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat (US VWP) selepas kedua-dua negara hari ini menandatangani perjanjian meningkatkan kerjasama dalam pencegahan dan pembanterasan Jenayah Berat (PCSC). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan majlis penandatanganan perjanjian antara Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Duta Amerika ke Malaysia Joseph Yun.

Belia ASEAN Digesa Guna Kaedah Aman Selesai Perbezaan Pendapat

Image
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa golongan belia negara anggota ASEAN untuk menggunakan kaedah aman dalam menyelesaikan perbezaan pendapat dan pertikaian dalam kalangan mereka. Beliau berkata penggunaan kaedah aman dalam menyelesaikan perbezaan pendapat kini kian penting tatkala perkumpulan serantau itu semakin hampir untuk merealisasikan matlamat mewujudkan Komuniti ASEAN akhir tahun ini.

Malaysia Tunggu Maklumat Rasmi Filipina Berhubung Tebusan Malaysia Dipenggal

Image
Malaysia sedang menunggu maklumat rasmi dari Filipina berhubung kesahihan laporan kononnya seorang rakyat Malaysia dipenggal oleh kumpulan militan di Mindanao, semalam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Filipina berhubung laporan tersebut yang diperolehi berdasarkan maklumat risikan tentera Filipina.

Malaysia Guna Pendekatan Diplomatik Dalam Pertikaian Laut China Selatan

Image
Malaysia akan menggunakan pendekatan diplomatik dalam mengendalikan pertikaian kawasan di Laut China Selatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pendekatan ini, katanya dihargai oleh Presiden China Xi Jinping.

Hanya APBN boleh keluar arahan

Image
Arahan operasi kepada setiap agensi keselamatan yang terbabit dalam pengurusan bencana banjir, hanya boleh dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menegaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang pertindihan arahan sekiranya bencana itu berlaku. "Semua agensi berada dalam Agensi Pengurusan Bencana Negara...jadi percanggahan akan berlaku lagi sekiranya mana-mana jabatan tidak mengikut arahan daripada agensi tersebut," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Shahidan berkata, adalah wajar untuk meletakkan setiap agensi keselamatan yang terlibat dengan bencana, di bawah ABPN. Katanya, satu pertemuan dijangka diadakan untuk membincangkan berhubung pembahagian tugasan antara agensi-agensi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR), kebajikan dan juga berhubung teba

Ahmad Zahid arah PDRM tangkap Alvin Tan

Image
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap blogger Alvin Tan. Beliau turut menyifatkan perbuatan Alvin baru-baru ini sepertimana yang diviralkan di laman sosial adalah sangat biadab dan perlu diberikan pengajaran setimpal.

TPM Peruntuk RM500,000 Bagi Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Tahun Depan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi penganjuran kejohanan antarabangsa sukan Muay Thai berskala besar tahun depan. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kejohanan tersebut dilihat berpotensi menjadi antara sukan berprestij negara apabila berjaya menarik kehadiran penonton.

PDRM Siap Siaga Tahap Optimum Hadapi Kemungkinan Berlaku Keganasan

Image
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di tahap siap siaga optimum dengan penambahan kekuatan anggota bagi menghadapi kemungkinan berlaku keganasan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 minggu depan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai tuan rumah persidangan itu, keselamatan setiap pemimpin negara-negara ASEAN dan rakan dialog menjadi keutamaan.

Malaysia Tidak Biarkan Keganasan Berlaku

Image
Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan dan tidak akan membiarkan sebarang bentuk tindakan itu berlaku sama ada di Malaysia atau di mana-mana pun di dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid. Sambil mengutuk siri serangan di Paris pada Jumaat malam yang setakat ini mengorbankan lebih 100 orang, beliau berkata Malaysia terkejut dan amat sedih dengan serangan pengganas itu yang mengorbankam banyak nyawa di ibu negara Perancis itu.