Agensi Keselamatan Diingatkan Supaya Ketepikan Perbezaan Ideologi Dalam Mengurus Banjir


Pemimpin dan agensi yang terbabit dalam pengurusan banjir diingat supaya mengetepikan perbezaan ideologi dan kuasa masing-masing bagi memastikan pengurusan bencana itu dapat dilaksanakan dengan lancar dan sistematik.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu perlu bagi memastikan kebajikan mangsa-mangsa banjir diutamakan pada waktu mencabar itu.



"Gaya pemikiran lama perebutan kuasa dalam kalangan kita harus dihentikan...yang penting ialah kerajaan pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan duduk bersama dan berbincang mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang timbul.

Saya tidak mahu perbezaan pendapat dan kuasa akhirnya menyebabkan mangsa banjir menjadi 'mangsa' keadaan akibat perbuatan manusia. Nasib dan kebajikan mereka perlu diberikan perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat dan Pameran Pelan Pengurusan Bencana Banjir kepada Anggota Parlimen dan Pegawai Daerah dari seluruh negara di sini, Selasa.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mengenai pemberian bantuan wang ihsan RM500 yang dicadang diberi awal kepada mangsa banjir, Ahmad Zahid berkata untuk kali ini pihak berkuasa akan mendaftarkan mereka yang berisiko menjadi mangsa banjir terlebih dahulu.

Sebahagian daripada wang ihsan RM500 itu akan dijadikan bayaran premium perlindungan insurans kepada mangsa, katanya.

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi