Jangan bernostalgia dengan pengundi muda - TPM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) supaya tidak terlalu bernostalgia apabila berdepan pengundi muda, sebaliknya cuba memahami kehendak mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ahli MUBARAK perlu menggunakan pengalaman sebagai wakil rakyat untuk menarik perhatian pengundi muda.

"Kita tidak harus terus bernostalgia dan layan kenangan kerana pengundi muda terutama yang baru pertama kali nak mengundi tak suka perkara seperti ini dan mereka anggap itu sejarah.

"Apa yang pengundi pertama kali ingin tahu adalah apa yang terkini, bagaimana masa depan mereka dan apa yang layak untuk mereka.

"Bagaimanapun, pengundi muda jangan lupakan sejarah kerana ia adalah cermin diri kita yang tidak boleh dilupakan," katanya dalam ucapan ketika merasmikan majlis pecah tanah Wisma MUBARAK dan projek komersial di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Ahmad Zahid berkata, selain usaha menarik pengundi muda, ahli MUBARAK yang mendapat pencen kurang RM3,000 akan dibantu apabila ekonomi pulih.

Katanya, bantuan bukan hanya bagi wakil rakyat kerajaan tetapi semua parti sebagai tanda penghargaan atas sumbangan diberi tanpa mengira parti.

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada