Kerajaan jamin tindakan adil pada merah, kuning

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan berlaku adil dan mengambil tindakan tanpa 'memilih bulu' terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihak berkuasa tidak akan memilih warna dalam mengambil tindakan terhadap individu yang gagal patuh pada undang-undang dalam perhimpunan itu.


"Mana-mana individu yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada polis menemui kaitan Bersih 5 dan Daesh seperti didakwa Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Gerakan Merah Malaysia (GNGOM), Ahmad Zahid berkata: "Tidak ada maklumat."

-Berita Harian-

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada