SPRM Juga Tangkap 'Jerung' - TPM

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penangkapan seorang Ketua Setiausaha kementerian menunjukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak hanya menahan 'ikan bilis' tetapi juga 'jerung' yang terbabit rasuah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penangkapan itu amat dialu-alukan memandangkan kedudukan Malaysia yang agak tinggi dalam Indeks Amalan Rasuah yang disenaraikan pihak antarabangsa.

"Oleh itu, kita berharap ia diteruskan, jangan ada kompromi kerana ia meletakkan imej yang baik kepada negara," katanya pada sidang media selepas majlis Pengisytiharan Daerah Bagan Datuk di sini sebentar tadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berharap tindakan penangkapan 'jerung' rasuah itu bukan langkah bermusim, sementara atau kes terasing tetapi usaha berterusan SPRM setiap masa.

Beliau yakin kepemimpinan SPRM sekarang memiliki keazaman yang kuat dan jitu bagi membanteras amalan rasuah dan menahan 'jerung' yang terbabit dalam kegiatan itu.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada