Inti pati pindaan Akta Hasutan lindungi keamanan rakyat

9 APR: Pindaan Akta Hasutan 1948 tidak mengubah perkara berkaitan hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan serta prerogatif yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahagian III berkaitan kewarganegaraan dan Perkara 152 berkaitan isu Bahasa Kebangsaan.
Ia juga tidak mengubah Perkara 153 berkaitan isu perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya dan Perkara 181 iaitu berkaitan dengan kekecualian bagi kedaulatan dan sebagainya, Raja-Raja.
zahidhamidids
ZAHID…ketepikan politik
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penambahbaikan terhadap tiga seksyen Akta Hasutan yang dicadang kerajan adalah dengan memasukkan peruntukan prerogatif bertujuan memastikan keamanan dan keharmonian kaum.
Ketika membentangkan Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat, Khamis, beliau memberitahu pindaan terakhir adalah pada 1975 dan sudah masa kerajaan melihat kembali kesesuaian akta yang sudah berusia 40 tahun itu.
Menurut Zahid, kajian berhubung pindaan itu dibuat sejak 2012 dengan perbincangan antara Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta PDRM.
Katanya, pindaan baharu itu dengan memasukkan peruntukkan untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama agama lain yang tidak boleh dihina.
Pindaan itu juga membolehkan tindakan kepada sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak atau mana-mana negeri keluar dari Malaysia.
Elemen-elemen hasutan yang disebar melalui media sosial atau sebarang platform turut dimasukkan ke dalam pindaan.
Zahid berkata, pindaan itu memotong peruntukan yasng melarang kritikan terhadap kerajaan.
Bagaimanapun, kritikan terhadap kerajaan yang melangkaui batas sehingga terjumlah perbuatan fitnah terhadap kerajaan atau perbuatan memudaratkan demokrasi berparlimen  masih merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Pindaan itu mencadangkan memasukkan hukuman penalti minimum dan maksimum serta memasukkan hukuman denda bagi kesalahan di bawah Akta ini mencadangkan untuk menaikkan hukuman yang menghasut dan mengakibatkan kecederaan kepada anggota badan dan harta benda.
Fasal 4 pula, meminda subseksyen 4(1) menggantikan penalti sedia ada bagi kesalahan  di bawah subsekyen 4(1) dengan penaltii minimum pemenjaraan 3 tahun dan masimun 7 tahun.
Memasukkan seksyen baru 4(1A) mengenakan penalti lebih tinggi bagi kesalahan di bawah akta ini sekiranya melibatkan kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta benda
Zahid berkata, Fasal 5 pula,bertujuan mewujudkan seksyen baru 5A dan 5B.
5A memperuntukkan bahawa  jika mana-mana orang dituduh di bawah seksnyten 4(1A)  adalah diperakukan secara bertulis oleh Pendakwaraya  bahawa kesalahan melibatkan kepentingan awam maka tertuduh tidak boleh diberikan ikat jamin.
Seksyen 5B pula memberi Mahkamah kuasa mengeluarkan perintah orang yang dituduh di bawah seksyten 4 yang dilepaskan dengan ikat jamin menyerahkan pasport dan dokumen perjalanan antarabangsa yang lain.
Menurut Zahid, langkah mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan bermakna kerajaan melangkah ke belakang daripada janji untuk melakukan pembaharuan sebaliknya apa dilakukan demi melindungi kepetingan rakyat tanpa mengira kaum, agama bagi mencegah sesuatu yang buruk berlaku di negara ini.
Sehubungan itu, Zahid meminta semua ketepikan kepentingan politik dan kepentingan diri masing serta membuat penilaian rasional demi kepentingan keselamatan dan ksejahteran  serta tidak bertelingkah sesama sendiri berhubung pindaan tersebut.
Oleh : Roslan Bian BNBBC

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Polis, masyarakat berpisah tiada