Beri Peluang KP SPRM Buat Kerja - TPM


Semua pihak digesa menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara serta agensi berkaitan menyiapkan siasatan kes video yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga meminta Dzulkifli diberi peluang untuk menjalankan tugasnya.

Tambah Menteri Dalam Negeri itu turut berkata kesahihan tiga video pendek yang viral di media sosial belum dipastikan.

Zahid menjawab soalan tambahan  Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkenaan status siasatan  dilakukan terhadap Dzulkifli ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Dewan Rakyat, Rabu.

Pada Isnin, Dzulkifl membuat penampilan pertama sejak penyebaran video pada bulan lalu.

Beliau dilaporkan memilih untuk menjawab soalan berkaitan dengan Operasi Armada ketika muncul dalam satu sidang media bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

-BNBBC

Popular posts from this blog

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi