Mangsa Banjir Meningkat

BUTTERWORTH - Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) meningkat kepada 2,119 orang awal pagi ini.

Angka itu bertambah berbanding 1,944 orang yang direkodkan pada jam 10 malam tadi, dipercayai susulan air pasang besar tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata semua mangsa ditempatkan di 27 pusat pemindahan yang dibuka sejak malam kelmarin.

"Jumlah terkini mangsa banjir dipindahkan di 27 pusat pemindahan ialah  2,119 orang membabitkan 449 keluarga.

"Sseorang lelaki dilaporkan cedera selepas dipercayai dihempap pokok di Jalan Perusahaan Perai. Mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan pada jam 4 petang semalam,"' katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Antara jalan di daerah SPT yang masih ditutup kerana banjir termasuk Jalan Tok Kangar, Bayu Mutiara dan Jalan Bukit Minyak, Alma manakala jalan yang tidak dapat dilalui kenderaan ringan ialah Jalan Tok Kangar, Juru.

Kawasan terbabit banjir di SPT ialah Taman Siakap, Taman Senangin, Taman Kempar/Kampung Main Road, Permatang Rawa, LLB Jalan Jelawat, Padang Lalang, Jalan Baru, Jalan Tanah Liat, Kampung Telok, Sungai Rambai.

Kawasan lain, Mukim 20 Kubang Semang, Bukit Teh, Kampung Jawah, Kampung Setul dan Kampun Manis.

Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan meninjau ke beberapa kawasan pusat pemindahan banjir di Daerah SPT dan Seberang Perai Utara (SPU) hari ini.

-Berita Harian

Popular posts from this blog

Pekerjaan Sektor 3D Perlu Ditransformasi

Kes bunuh Intan Suraya Mawardi: Syarikat kawalan keselamatan diarah kemuka surat tunjuk sebab

Polis, masyarakat berpisah tiada